Pengalaman Buat Carnivor Diet

Pengalaman Buat Carnivor Diet

Kak Ainun takde rasa ‘craving’ ke? Ada. Macam orang lain, Kak Ainun bergelut juga. Masa buat keto, asyik makan dessert keto. Tu berat susah nau nak turun.

Masa awal2 buat carnivor, lagi hebat craving tu. 2 bulan lebih kak Ainun berlawan dgn rasa craving. Duk carik formula yang bersesuaian. Rama ‘ ahli’ cakap, apa yang kita makan waktu 1st meal itu, akan dapat bantu kawal perasaan nak makan. Well, setiap pagi kak Ainun minum kopi, makan telur dan daging. Tetap nak makan carbs, benda2 manis.

Pertengahan bulan ke 3, masa ni kak Ainu dah mula amal makan BUTTER 1 STICK setiap hari. Kadang2 lebih. Sampaikan ada yang bagi teguran cara kak Ainun salah. Malah, kakak pun tegur takut adik dia dapat sakit jantung. Terima kasih atas ingatan kalian. Tapi, sebelum Kak ainun buat apa2 pasti dah banyak kajian kak Ainun baca dan ikuti. Apa yang Kak Ainun dapat?
1. Berat turun 4kg. Alhamdulillah. Permulaan yang positif setelah berat naik 8kg.
2. Inci atau ukur lilit dah dapat yang asal. Berat naik, inci naik 3 inci, sekarang dah balik pada ukur lilit asal.
3. Tidur lebih lena. Tidak lagi terjaga waktu malam.. tepat waktu kena bangun, insyaa Allah cergas dan segar. Tidur jam 10 sedar jam 0340am atau 4am. Alhamdulillah boleh la sunat tahajjud.
4. Craving. Makan seperti kek, donut, keropok lekor, karipaff, nasi lemak, nasi kerabu..malah KFC! Semua dah jinak. Tengok anak2 makan pun tak terliur. Malah memeikirkan hingga termimpi2 pun takde
5. Kak Ainu dah tak bergantung dengan kopi. Air suam pun dah cukup pagi2 .
6. Sembelit tarak. Cuma kl cirit tu..lemak terlebih, pandai2 la.
7. Emosi tenang. Stress lebih mudah di kawal . Ini adalah ketenangan yang mahal.
8. Lebih bertenaga. Ya..sangat bertenaga. Nak masuk ketosis tak perlu tunggu lama.

Pada Kak Ainun, yang nak buat Carnivore kena dah biasa buat keto. Barulah tak sakit. Kena buat literature studies cara pemakanan carnivore ni bukan sekadar makan daging semata. Lebih protein pun bahaya. Lebih lemak pun tak boleh juga. Tapi kejayaan anak bimbingan kak Ainun berjaya pulihkan diri dia dari masalah tidur, hormon adalah satu kebanggaan . Alhamdulillah.

Ps; Kak ainun demam panas dan selsema. Hari ni hari ke 2. Doakan kak Ainun cepat pulih ya

Leave a Reply

%d bloggers like this: