Penyakit Anjing Gila

penyakit anjing gila

PENYAKIT ANJING GILA. Dilaporkan terdapat 55 ribu kes Anjing Gila (Rabies) berlaku seluruh dunia setiap tahun. Kebanyakannya menyerang anak-anak yang berumur bawah 15 tahun. Rabies adalah sejenis penyakit yang menyerang saraf manusia, termasuk otak.

Punca kemasukan virus Rabies ini ke dalam tubuh manusia adalah melalui gigitan haiwan yang telah dijangkiti virus rabies. 99% kes ini merebak melalui gigitan anjing. Pun begitu Rabies boleh merebak melalui monyet, kucing, dan kelawar.

Apabila seseorang itu digigit oleh anjing gila, belaiu mempunyai resiko dijangkiti penyakit Rabies ini. Gejala awal rabies adalah demam, sakit kepala, lemas, tidak nafsu makan, mual serta timbul rasa nyeri dan nyilu pada bekas gigitan.

Selanjutnya dapat diperhatikan gejala khas rabies lainnya iaitu hydrophobia (rasa takut terhadap air), sensitif terhadap cahaya, suara, mahupun angin. Pengidap akan sering mengalami kejang, keluar air liur berlebihan, dan diakhiri dengan kelumpuhan.

Mereka yang sudah dijangkiti virus rabies boleh membawa maut, biasanya setelah 4 – 6 hari setelah gejala awal timbul. Jangkitan rabies yang menyerang anak lebih berat dibandingkan orang dewasa.

Kejadian kes Anjing Gila ini telah dilaporkan sejak sekian lama dalam negara tetapi agak terkawal dan kes berlaku agak terpencil. Wabak penyakit Anjing Gila ini telah dilaporkan merebak sejak akhir-akhir ini terutamanya di negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. berrikut adalah nasihata dari Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menghindari penyakit Anjing Gila ini:

Rawatan khusus

Antirabies Imunoglobulin (RIG) disapukan pada tempat luka dan tisu di sekitarnya. Beberapa dos vaksin disuntik ke dalam kulit atau ke dalam otot (bergantung kepada jenis vaksin yang digunakan). Dos pertama mesti diberikan seawal mungkin selepas terkena gigitan dan dos terakhir dalam tempoh 28 hari sekiranya disuntik ke dalam otot atau 90 hari sekiranya disuntik ke dalam kulit.

Pencegahan tetanus dan rawatan anti-bakteria (jika diperlukan). Elakkan menjahit atau menutup luka (kecuali jika tidak dapat dielakkan). Pencegahan. Vaksinasi di gunakan untuk mencegah dari dijangkiti rabies. Disyorkan untuk: Semua individu yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan rabies dan pelawat kawasan endemik yang tidak mempunyai bekalan vaksin rabies.

Jenis vaksin: Vaksin moden (sel dikultur atau telur berembrio). Bilangan dos: 3 dos, pada hari: 0, 7 dan 21 hingga 28 hari, disuntik ke dalam otot (1ml/dos) atau kulit (0.1ml/dos). Dos tambahan : Selepas 1 tahun, dan setiap 5 hingga 10 tahun, bergantung kepada risiko pendedahan. Kontra indikasi: Pernah mendapat kesan buruk yang teruk terhadap vaksin rabies.

Kesan sampingan: Kesan ringan di tempat suntikan atau seluruh tubuh.

Sebelum berlepas: Individu yang merancang untuk menginap lama atau melawat kawasan yang terdapat banyak kes rabies (hiperendemik) di negara-negara endemik disyorkan mendapat pencegahan rabies. Langkah berjaga-jaga. Elakkan memegang haiwan liar dan haiwan peliharaan yang sesat terutamanya anjing dan kucing di kawasan endemik.

Jika seseorang digigit oleh haiwan yang mungkin dijangkiti rabies atau berhubung kait dengan seseorang yang disyaki menghidap rabies, segera bersihkan luka dengan sabun dan air. Selain itu, segera dapatkan rawatan doktor. Disediakan oleh Dr Suhazeli Abdullah Pakar Perubatan Keluarga.

Apakah itu Rabies/Penyakit Anjing Gila?

Penyakit anjing gila tengah berleluasan skrg… Bukan hanya dari anjing tapi jugak dari kucing…. KKM tengah cuba membenteras supaya virus ini tidak semakin berleluasan..

1)Penyakit rabies adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan Lyssavirus dari haiwan seperti anjing yang dijangkiti rabies.

2)Rabies berjangkit melalui luka gigitan, luka terbuka pada kulit dari air liur, cairan atau tisu tubuh dari haiwan tersebut kepada manusia.

3)Masa inkubasi rabies adalah 3 minggu hingga 2 bulan dari gigitan haiwan rabid hingga timbul gejala.

4)Individu yang dijangkiti rabies akan mengalami tanda klinikal seperti demam, sakit badan dan kepala, hidrofobia, lumpuh dan koma. Rabies adalah satu penyakit yang menyebabkan kematian 100% jika tanda-tanda penyakit telah timbul.

INFO: Penyakit rabies atau anjing gila jika menyerang anjing ianya akan berkelakuan spt dlm video ini. Jangan mendekatinya & hubungi Pejabat Kesihatan atau Veterinar yang berdekatan utk tindakan selanjutnya . Share kalau anda sayang keluarga / kucing / anjing kesayangan anda.

WASPADA RABIES!

rabies dikenal juga sebagai penyakit anjing gila, yaitu penyakit infeksi pada sistem syaraf pusat (otak) yang disebabkan oleh virus rabies. penyakit ini ditularkan melalui gigitan atau cakaran hewan yang terkena rabies yaitu anjing, kucing, kera, dan hewan penular rabies

ciri-ciri rabies pada manusia: demam, mual, sakit tenggorokan, sakit kepala hebat, gelisah, takut air (hidropobia), takut cahaya (photopobia), air liur berlebihan (hipersalivasi). ciri rabies pada anjing.

  • tipe ganas: menggigit dan menyerang apa saja yang bergerak / dijumpai
  • tipe tenang: bersembunyi di tempat gelap dan sejuk, air liur berlebihan, dan kelumpuhan.

bagaimana penanganan luka hewan penular rabies?

  1. segera cuci luka gigitan atau cakaran dgn deterjen/sabun dan air mengalir selama 15 menit kemudian berikan antiseptik.
  2. segera kunjungi puskesmas atau RS terdekat utk mendapatkan penanganan lebih lanjut sesuai Prosedur

Ensefalitis adalah radang akut di otak

yang disebabkan oleh jangkitan kuman atau komplikasi daripada penyakit lain seperti penyakit anjing gila (virus) atau sifilis (bakteria). Malah, terdapat laporan yang mengaitkan virus korona dengan penyakit ini. Ia boleh berlaku tanpa mengira usia, jantina dan etnik.

Gejala yang berlaku termasuklah sakit kepala, loya, ketidakupayaan untuk bertutur dan mengawal pergerakan serta sawan. Pengesanan dan rawatan awal boleh mengelakkan daripada komplikasi yang lebih serius seperti kecacatan otak kekal dan menyebabkan kematian.

Hari Ensefalitis Sedunia disambut pada 22 Feb setiap tahun untuk memberi kesedaran tentang penyakit ini dan memberi sokongan kepada mereka yang terkesan dengan penyakit ini.

Anjing antara binatang yv disebut dalam kitab suci Al Quran.

Bukan saja tak halal dimakan malah tak boleh disentuh oleh org Islam. Namun anjing ini dimuliakan krn bersama dgn org beriman spt dlm kisah Penghuni Gua. Namun kena hati2 dgn anjing yg cedera disakiti krn ia bertambah garang.

Juga kepada anjing gila krn gigitannya boleh bawa maut. Awas dlm masa beberapa hari ini anjing2 sakit dan gila akan berkeliaran di tempat anda. Kalau terdesak tak dapat lari sebut saja khidmir nama anjing peneman pemuda al kahfi. Moga anda faham sefahamnya

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply