Penyakit Warga Emas

penyakit warga emas

Penyakit WARGA EMAS. Ya Allah tak sabar nak bentang tajuk ini buat pertama kali dalam hidup dan dengan kerjasama daripada professor dalam bidang ini.

Subhnallah tajuk ini jarang dipercakapkan kerana ramai telah meminggirkan warga emas kerana mereka sudah tidak bermaya dan seolah-olah tidak ada makna dalam dunia ini!

  • Apakah penyakit warga emas?
  • Apakah persiapan mental dan fizikal dalam menghadapinya?
  • Apakah persiapan kematian boleh dilakukan?
  • Apakah persiapan mereka yang menjaga warga emas?
  • Apakah pemakanan sesuai buat mereka?
  • Apakah perubahan fizikal yang berlaku?
  • Bagaimana untuk menghadapi keadaan kecemasan?

InsyaAllah jumpa semua dalam zoom semoga tahun ini menjadi tahun paling bermakna untuk semua warga emas yang pernah saya kenali atau tidak.

Warga emas rebah, meninggal dunia ketika berjoging

HULU SELANGOR – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia ketika berjoging dalam kejadian di Taman Riadah Dahliasari, Bandar Sungai Buaya, dekat sini pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, mangsa merupakan pesara sebuah syarikat swasta berumur 75 tahun.

“Siasatan mendapati mangsa sedang berjoging di lokasi kejadian sebelum rebah kira-kira jam 8.40 pagi. “Pemeriksaan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati mangsa telah meninggal dunia kira-kira jam 9 pagi,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, siasatan mendapati tiada unsur jenayah berkaitan kejadian berkenaan. “Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat. “Siasatan awal mendapati mangsa mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan sakit jantung,” katanya. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Jemaah Uzur Pergi Umrah ?

Jemaah : Puan saya nak tanya? Ibu saya uzur berkerusi roda nak pergi umrah dan memang x larat jalan jauh dengan bermacam penyakit, perlu ke saya bawak kerusi roda dari malaysia atau ape2 yang perlu saya sediakan. Me : jemaah warga emas dn uzur bole pergi umrah , ade beberapa perkara yg Jemaah perlu tahu.

  • waris kene ikut bersama supaya bole tolak kerusi roda
  • kerusi roda wakaf ade di mekah dn madinah tapi ikut rezeki..ramai yg nak guna..sebaik2nya jika mampu bawalah dr malaysia
  • bawalah duit extra untuk kite upah tolak bt umrah (harga dalam sekali umrah 350 – 450riyal) bergantung jarak hotel dr masjid
  • bawa ubat ubatan dr malaysia kdg2 ubat2 darah tinggi / kencing manis/kolestral xde jual di farmasi ia ubat terkawal hanya di kluarkan oleh hospital
  • jika jemaah x bole mkn daging atau ayam sbb pantang bawalah sambal bilis kering sbb makanan di hotel biasanya bnyk daging dn ayam
  • bawa pampers dewasa lebih dr malaysia sbb pampers di mekah dn madinah mahal
  • carilah pakej hotel depan masjid supaya mudah ulang alik ke masjid

Jika ade sebarang soalan bole wasap sy kite sembng2 umrah.

PARAS GULA RENDAH

Kebanyakan warga emas akan menggunakan insulin untuk mengawal paras gula dalam darah. Ini kerana ubat tablet sudah tidak mampu membendung dan mengawal situasi penyakit kencing manis mereka. Tambahan pula, suntikan insulin terbukti pilihan yang lebih berkesan jika ingin memastikan paras gula dalam darah sentiasa terkawal.

Tetapi, ada satu kesan sampingan yang biasa berlaku dalam kalangan pesakit yang mengambil suntikan insulin, iaitu paras gula rendah, atau dalam istilah perubatannya HYPOGLYCEMIA. Hypoglycemia boleh didefinisikan sebagai situasi yang mana paras gula dalam darah berada pada bacaan 4 dan ke bawah.

Memang tidak la kita nak cek dengan glucometer sentiasa kan.

Jadi, pesakit perlu menhetahui simptom-simptom awal hypoglycemia seperti menggigil, seram sejuk dan berpeluh. Cara yang terbaik untuk dilakukan sekiranya terjadi hypoglycemia adalah dengan mengambil gula ringkas. Tak kisahlah dalam bentuk larutan air gula, milo, atau gula-gula.

Jangan pulak nak ambil makanan yang mempunyai karbohidrat kompleks seperti nasi dan roti. Memang tak berapa tepat caranya tu. Jadi, sebagai ahli keluarga, kita kena lah sentiasa membantu mereka yang terpaksa mengambil suntikan insulin ni.

Jika keadaan memerlukan, bantulah mereka. Sokongan yang baik daripada ahli keluarga dapat membantu pesakit untuk terus patuh terhadap pengambilan ubat mereka. Tetapi, jika mereka minta yang bukan-bukan seperti air kopi dicampur madu, seperti apa yang encik Jamil minta, mungkin mereka dah pasang dua la kot.

Dalaam kesungguhan kita melawan penyakit jangan lupa bahawa kita sedang berurusan dengan manusia yang mempunyai hati jiwa dan perasaan.

Isu dignity atau penghormatan ini adalah isu yang penting dalam bidang perubatan. Kebanyakkan pesakit yang saya temui meluahkan rasa kurang selesa terpaksa menjalani pelbagai ujian. Sample demi sample. Test demi test. Baru-baru ini, seorang warga emas berumur 93 tahun, jadi sangat grumpy. I was kneeling by her bedside for almost 90 minutes mendengar luahan rasa dia.

Awal jumpa shortness of breath, kepala macam nak pecah.

Towards the end, saya bertanya

“Do you feel better now?”

“Yes, at least I am not anymore struggling to breathe”

Lega rasa bila tengok dia lebih relax.

Ya. Ia isu dignity. Hidup selama 90 tahun, urus keluarga, urus anak-anak, in authority, aktif berdikari, berubah kepada terpaksa bergantung pada orang untuk untuk perkara asas seperti ke tandas, anak-anak dictate itu dan ini. Orang datang ambil sample itu dan ini, nak masuk MRI baju favorite dia ada metal tiny bell, kene buka pakaian dan banyak lagi hal pile up yang menyebabkan dia rasa she is not anymore in authority of her own situation, her own body.

Maka grumpy lah beliau. Saya tahu dan faham clinical team are doing what’s necessary tetapi memahami dan meraikan the emotional side of a human being yang bernama pesakit ini will make a difference.

Nasib baik selepas 90 minit melutut, lutut masih memberikan kerjasama. Biasanya ada kerusi kecil dalam bilik. Kali ni tak ada. Baru masuk, kenalkan diri, patient terus bercerita. Layannn.

OSTEOPOROSIS

Osteoporosis adalah penyakit yang tidak mempunyai gejala pada kebanyakan pesakit sehingga fraktur berlaku. Rawatan awal adalah penting. Proses kereputan tulang boleh diperlahankan jika penyakit ini dikesan awal.

  • Jika anda berisiko untuk menghidap penyakit ini segeralah berbincang dengan doktor terutamanya golongan:
  • Warga emas
  • Wanita hampir atau selepas putus haid
  • Penyakit kronik seperti kencing manis, rheumatoif arthritis dan sebagainya
  • Rawatan yang menggunakan steroid untuk jangka masa panjang.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan tekan butang ‘SHARE’. penyakit warga emas ?

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply