Peranan Magnesium Dalam Sakit Batu Karang

Peranan Magnesium Dalam Sakit Batu Karang

Peranan Magnesium Dalam Sakit Batu Karang. PENYAKIT BATU KARANG BUAH PINGGANG & MAGNESIUM

Masalah batu karang buah adalah masalah yang agak biasa berlaku sekarang dan menjadi isu yang membebankan pengidapnya. Ia adalah satu penyakit yang sangat menyiksakan pengidapnya dan menyebabkan rasa sakit yang teruk di bahagian pinggang hingga ke ari-ari. Jika keadaan ini tidak di rawat dengan baik ia boleh menyebabkan kerosakan kekal buah pinggang.

TANDA-TANDA MASALAH BATU KARANG BUAH PINGGANG:

• Rasa sakit yang sangat kuat bahagian belakang sehingga ke ari-ari dan akan datang dan hilang secara berulang-ulang.
• Air kencing menjadi keruh, berdarah dan berbau kuat
• Warna air kencing boleh juga menjadi keperangan atau merah jambu akibat kandungan darah di dalamnya
• Rasa hendak buang air kecil yang kerap tetapi tidak mengeluarkan jumlah kencing yang banyak
• Rasa loya, perut memulas dan muntah-muntah terutama semasa serangan rasa sakit yang kuat tersebut
• Rasa seperti hendak demam dan menggigil semasa serangan sakit teruk
Mereka yang lebih berisiko adalah:
• Lelaki lebih ramai mengalami masalah batu karang berbanding wanita
• Lelaki pertengahan umur di antara 30 tahun ke 50 tahun
• Kurang minum air yang menyebabkan masalah kekeringan (dehidrasi) yang kronik
• Jangkitan kuman saluran kencing yang kronik dan berulang-ulang
• Pesakit yang ada masalah gout
• Pesakit hyperthyroidism
• Pesakit Diabetes
• Pengambilan makanan proses yang tinggi gula, garam, perasa, pengawet dsbgnya.
• Seseorang yang tidak aktif fizikal dan tidak bersenam lansung
• Pengambilan ubat-ubatan yang menyebabkan masalah dehidrasi seperti ubat diuretics (ubat hypertensi dsbgnya)
• Faktor genetik atau keturunan

JENIS-JENIS BATU KARANG BUAH PINGGANG

Terdapat pelbagai jenis batu karang buah pinggang yang boleh terbentuk dalam buah pinggang dan saluran kencing pesakit iaitu:

1. Batu Karang Kalsium Fosfat
Batu karang jenis ini sangat biasa berlaku dan senang untuk di pecahkan dan di alrutkan dalam air kencing yang di asidkan(acidified) dengan vitamin C

2. Batu Karang Kalsium Oksalat
Batu karang jenis ini lebih keras dan juga sangat biasa terjadi tetapi ia tidak mudah larut dalam air kencing yang di asidkan

3. Batu Karang Magnesium ammonium fosfat (struvite)
Batu karang jenis ini jarang berlaku dan selalunya akibat kesan daripada jangkitan kuman dalam saluran kencing. Ia boleh larut dengan mudah dalam air kencing yang di asidkan dengan vitamin C.

4. Batu Karang Asid Urik
Ia berlaku kepada pesakit gout yang kronik yang mempunyai paras asid urik yang sentiasa tinggi yang menyebabkan asid urik menjadi kristal di dalam air kencing dan membentuk batu karang dalam buah pinggang dan saluran kencing. Pesakit akan biasanya mempunyai masalah penyakit gout yang lama dan kronik.

5. Batu Karang Sistin (Cystine)
Batu karang jenis ini sangat jarang berlaku dan ianya terjadi akibat faktor genetik kerana kegagalan buah pinggang menyerap semula bahan sistin (cysteine). Selalunya ia lebih kerap berlaku kepada kanak-kanak dan ia adalah satu yang sangat jarang-jarang berlaku.

PERANAN MAGNESIUM DAN BATU KARANG BUAH PINGGANG

Masalah batu karang buah pinggang dan kekurangan magnesium mempunyai senarai punca yang sama iaitu pemakanan tinggi gula, makanan proses, alkohol, makanan tinggi oksalat dan kopi. Kajian menunjukkan magnesium mempunyai fungsi yang penting mencegah terjadinya penyakit batu karang buah pinggang.

Magnesium meransangkan penghasilan kalsitonin yang menarik kalsium daripada darah dan tisu lembut lain dan menghantarnya masuk ke dalam tulang untuk menguatkan tulang. Ia juga penting untuk mencegah radang sendi dan pembentukan batu karang buah pinggang.

Magnesium juga menekan aktiviti hormon parathyroid dan mencegah masalah reput tulang. Magnesium mengaktifkan vitamin D dan membantu penyerapan kalsium untuk membina tulang yang kuat. Magnesium di perlukan dalam semua aktiviti enzim untuk membentuk tulang baru dan magnesium juga meregulasi pergerakan kalsium dalam tubuh.

Semua fungsi magnesium ini menjadikan kalsium berfungsi sebagaimana yang sepatutnya dan menghalang kalsium membentuk batu karang.

Magnesium juga menghalang kalsium menjadi ter’kristal’ walaupun semasa seseorang mengalami masalah dehidrasi. Oleh itu magnesium adalah sangat penting dalam rawatan dan pencegahan masalah batu karang buah pinggang. Jika paras magnesium tidak mencukupi dalam tubuh ia akan menyebabkan kalsium di depositkan ke dalam pelbagai tisu tubuh yang di panggil sebagai kalsifikasi (calcification).

Masalah kalsifikasi ini lah sebenarnya yang membentuk batu karang buah pinggang, kejang otot, bengkak urat (fibrositis), sakit-sakit urat (fibromyalgia) dan pengerasan saluran darah atau atherosklerosis yang mana berlaku juga kalsifikasi pada dinding saluran darah arteri.

Dr George Bunce telah membuktikan secara klinikal kaitan diantara penyakit batu karang buah pinggang dan kekurangan magnesium. Sejak daripada tahun 1964, beliau telah menunjukkan pengambilan 420mg dos magnesium oksida sehari membantu kepada pesakit yang mempunyai masalah batu karang buah pinggang .

Kajian terkini menunjukkan magnesium oksida ini tidak diserap dengan baik oleh usus, oleh itu sekarang terdapat pelbagai bentuk suplemen magnesium yang mempunyai penyerapan yang lebih baik dan kesan yang lebih baik.

Batu karang kalsium oksalat boleh di cegah secara efektif dengan mengambil secukupnya magnesium melalui pemakanan kaya dengan magnesium seperti sayur berdaun hijau, kekacang dan lain-lain atau ambil suplemen magnesium.

Pengambilan suplemen magnesium sekurang-kurangnya dengan dos 300 ke 400mg sehari. Nisbah yang baik diantara magensium dan kalsium adalah 1:1 dari segi dos nya.Terdapat pelbagai jenis suplemen magnesium seperti magnesium citrate, chelate, malate atau chloride. Suplemen magnesium oksida adalah yang paling murah dan mudah di dapati tetapi hanya 5% sahaja yang akan di serap oleh tubuh dan selebihnya akan menjadikan najis lawas atau mungkin menyebabkan masalah cirit-birit. Suplemen magnesium citrate adalah yang paling baik penyerapannya, murah dan mudah di dapati di farmasi atau klinik.

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS(Manipal), MScAARMMA(UCSI)
MNM(ACNEM), FAGE (MAHE)

References:

1. Thomas LDK, Elinder CG, Tiselius HG, Wolk A, Akesson A. (2013) Ascorbic acid supplements and kidney stone incidence among men: A prospective study. Published Online: February 4, 2013. doi:10.1001/jamainternmed.2013.2296
2. Wandzilak TR, D’Andre SD, Davis PA, Williams HE (1994) Effect of high dose vitamin C on urinary oxalate levels. J Urology 151:834-837.
3. Hickey S, Saul AW. (2008) Vitamin C: The Real Story, the Remarkable and Controversial Healing Factor. Basic Health Publications ISBN-13: 9781591202233
4. Hickey S, Roberts H. (2005) Vitamin C does not cause kidney stones. http://orthomolecular.org/resources/omns/v01n07.shtml
5. Robitaille L, Mamer OA, Miller WH Jr, Levine M, Assouline S, Melnychuk D, Rousseau C, Hoffer LJ. Oxalic acid excretion after intravenous ascorbic acid administration. Metabolism. 2009 Feb;58(2):263-9. doi: 10.1016/j.metabol.2008.09.023.
6. Padayatty SJ, Sun AY, Chen Q, Espey MG, Drisko J, Levine M. (2010) Vitamin C: intravenous use by complementary and alternative medicine practitioners and adverse effects. PLoS One. 5(7):e11414. doi: 10.1371/journal.pone.0011414.
7. Cheraskin E, Ringsdorf, M Jr, Sisley E (1983) The Vitamin C Connection. Bantam Books. ISBN-13: 9780553244342
8. Noonan SC, Savage GP (1999) Oxalate content of foods and its effect on humans. Asia Pacific Journal of Clinical Nutrition. 8:64-74.
9. Kawazua Y, Okimurab M, Ishiic T, Yuid S. (2003) Varietal and seasonal differences in oxalate content of spinach. Scientia Horticulturae 97:203-210
10. Proietti S, Moscatello S, Famiani F, Battistelli A. (2009) Increase of ascorbic acid content and nutritional quality in spinach leaves during physiological acclimation to low temperature. Plant Physiol Biochem. 47(8):717-23.
11. Gasinska A, Gajewska D. (2007) Tea and coffee as the main sources of oxalate in diets of patients with kidney oxalate stones. ROCZN. PZH 58(1):61-67.
12. Pauling L. (2006) How to Live Longer And Feel Better. OSU Press ISBN-13: 9780870710964
13. Manz F, Wentz A. (2005) The importance of good hydration for the prevention of chronic diseases. Nutr Rev. 63(6 Pt 2):S2-S5.
14. Dean C. (2007) The Magnesium Miracle. Ballantine Books. ISBN-13: 9780345494580
15. Bunce GE, Li BW, Price NO, Greenstreet R. (1974) Distribution of calcium and magnesium in rat kidney homogenate fractions accompanying magnesium deficiency induced nephrocalcinosis. Exp Mol Pathol. 21(1):16-28.
16. Carper J. Orange juice may prevent kidney stones, Lancaster Intelligencer-Journal, Jan 5, 1994
17. Bagga HS, Chi T, Miller J, Stoller ML. (2013) New insights into the pathogenesis of renal calculi. Urol Clin North Am. 2013 Feb;40(1):1-12. doi: 10.1016/j.ucl.2012.09.006.
18. L. H. Smith, et al (1974) Medical evaluation of urolithiasis. Urological Clinics of North America. 1:2, 241-260.
19. Hagler L, Herman RH, (1973) Oxalate metabolism, II. American Journal of Clinical Nutrition, 26(8): 882-889.
20. J. A. Thom, et al (1978) The influence of refined carbohydrate on urinary calcium excretion. British Journal of Urology, 50(7): 459-464.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply