Peratusan Anak Berisiko Ekzema

kayap air

Peratusan Anak Berisiko Ekzema ? WASPADA: IBU ATAU BAPA EKZEMA,

BERAPA PERATUSAN ANAK BERISIKO? PENCEGAHANNYA?

Ibubapa yang ada ekzema atau ada anak dah kena ekzema tentu risau kena kat anak lain kan?
Dah kena confirm serik kalau boleh kita nak buat persiapan untuk langkah pencegahan..

Ekzema dikenali sebagai ruam di kulit kemerahan yang sangat gatal dan sangat sensitif. Penyakit ini semakin berleluasa dan dari masa ke semasa kita sering membaca viral kisah derita anak-anak kena ekzema ini.

Apa yang ramai orang tidak tahu ialah tahu ialah ekzema merupakan sebahagian daripada akibat daripada ALERGI MAKANAN.

Maka bagus kalau kita tahu apa risiko alergi makanan bagi anak-anak kita. Mungkin ekzema, reaksi semput dan gegata tak muncul sekarang tetapi bila-bila masa sepanjang hidup risiko alergi masih ada tertulis dalam kod genetik anak-anak kita nauzubillah. Sama-sama kita ambil langkah pencegahan.

KEBARANGKALIAN RISIKO ALERGI MAKANAN

# Tiada ibubapa alergi :
5–15% risiko anak-anak dapat alergi
# Salah seorang ibu atau bapa ada alergi:
20–40% risiko.
# Adik-beradik ada alergi:
25 – 35%
# Kedua ibubapa ada alergi
40 – 60%
Alergi ibubapa adalah jenis yang sama
50 – 80%

LANGKAH PENCEGAHAN

1) BERSALIN NORMAL
Elakkan bersalin secara pembedahan sekiranya tiada indikasi. Bersalin secara caesarian dikaitkan dengan 7 KALI GANDA risiko alergi makanan mengikut kajian saintifik.

2) SUSU IBU MENCEGAH ALERGI
Eksklusif susu ibu sekurangnya 6 bulan dan boleh diteruskan sehingga 24bulan atau lebih.
Susu HA (hypoalergenik) separa hadam ini boleh diambil sekiranya tiada kemampuan susu ibu.
Majoriti susu soya, susu lembu dan susu kambing adalah tidak digalakkan kerana risiko alergi.
Selepas 1 tahun, pemakanan padat nutrisi boleh menggantikan susu selain susu ibu.

3) BILA NAK INTRO MAKANAN PEJAL?WALLAHUALAM.
Dunia sains sentiasa menyatakan waktu pendedahan makanan selain susu ibu adalah 6 bulan ke atas sambil melambatkan makanan berprotein yang tinggi risiko alergi seperti alergi.

Kajian LEAP bagaimanapun membuktikan sebaliknya. Ia membuktikan kacang yang diperkenalkan seawal 4bulan berisiko hanya 3% alergi kacang pada umur 5 tahun berbanding 17% mereka yang pantang kacang mendapat alergi pada umur 5 tahun.
Bagaimanapun, seeloknya jangan buat di rumah, kerana kajian ini mempunyai metod tertentu. Umum juga masih meyakini 6 bulan HANYA SUSU IBU makanan bayi.

4) BAGAIMANA MULA PERKENALKAN MAKANAN BAYI?
# Mula dengan makanan lembut macam bubur nasi dan puri epal atau pear.
# Kemudian baru mula buah sedikit demi sedikit. Buah avokado, pisang mas, betik dan buah tempatan biasanya tinggi histamin (sensitif dan gatal) jadi mula “dos” sikit demi sikit ya.
# Jangan banyak sangat serat awal-awal ya. Perut baby ni sensitif tak sama perut dewasa! Mengamuk ekzema dan alahan lain jika perut dan usus “stress”.
# Hati-hati dengan makanan protein terutama telur, kacang, soya, daging, ayam. Ikan pilih jenis isi putih dulu ya.
# Mula makanan protein ni satu-persatu..Contohnya ikan dulu seminggu..jika lulus..minggu depan ayam pula.. PERHATIKAN BETUL-BETUL jika ada tanda-tanda alergi atau alahan timbul.
# Yang penting, bagi yang risiko tinggi..PASTIKAN bukan pengasuh yang intro makanan kat anak kita..Dan dapat alergi masa korang takde nauzubillah min zalik..

Anak adalah ANUGERAH jadi jagalah dan laksanakan tanggungjawab kita…BIAR SUSAH..Kita ikhtiar demi kehidupan anak-anak di masa akan datang yang lebih cerah.

Insha Allah.
SHARE pada ibu-ibu muda dan bakal ibubapa ? Semoga membantu mereka di kala fenomena alergi ni makin berleluasa.

Hafiz Sulaiman
-Pejuang kesihatan

Solusi Rawat Anak Ekzema

“Akhirnya jumpa juga solusi macam mana nak rawat ekzema anak ummi… Sekarang setiap malam boleh tidur lena”

“Alhamdulillah, anak ummi dah sihat sekarang. Kalau dulu sampai tahap kulit tertanggal (gambar). Syukur sangat sekarang ummi tak bergantung lagi pada ubat dan anak telah pulih sepenuhnya” Kulit anak pon peloles jer…

Antara moment yang tak boleh lupa bila anak ummi dah tak bergaru-garu lagi dah tak perlu bergantung pada ubat lagi. Alhamdulillah.

Kalau sebelum ni setiap hari ummi akan wasap Kak Na update progress anak. Berkat kesabaran Alhamdulillah anak ke3 ummi pulih ekzema dan boleh makan macam-macam dah tak perlu berpantang lagi…

Antara perkara yang Kak Na guide selalunya tekankan prinsip pulih secara holistik dengan tekankan 5 perkara;

1. Jaga emosi & mindset. Emosi dan mindset negatif lambatkan pemulihan ekzema.

2. Elakkan makanan yang menjadi trigger alahan (gula, gluten, produk tenusu, makanan proses)

3. Persekitaran (elakkan terdedah dengan habuk, hama, sabun beralkali, cuaca terlalu sejuk atau terlalu panas, bahan kimia kosmetik dll)

4. Lifestyle (jaga waktu tidur) – suasana tempat tidur mestilah gelap, sejuk & senyap. Dapatkan tidur yang berkualiti.

5. Usaha & tawakkal – Redha dengan ketentuan Allah setelah berusaha yang terbaik. Trust the proses.

Semoga bermanfaat

Ada ke lagi mommies nak anak pulih cepat tahun 2022 ni? Meh ummi bantu…Ummi akan tolong mana yang ummi tahu dan mampu dgn pengalaman yg ummi ada masa merwat anak ekzema dulu… Boleh klik link wasap ummi kat ruang komen… Ummi tunggu tau :-*

Ummi kepada anak2 bekas ekzema
#aawleeyainspire
#teamkakna
#pulihdalampulihluar

9 TIPS JAGA ANAK EKZEMA

Perasan tak, kalau dulu, jarang sangat-sangat kita dengar baby ada eczema. Tapi sekarang, tiap kali buka group baby, Ada. Kalau keluar pun, ramai. Malah dalam tempoh berpantang pun ramai baby dah mula ada eczema.

Apa PUNCANYA ya.
Eczema ni penyakit multifactorial yang ada banyak faktor boleh menjadi pencetus. Bukan keturunan semata-mata ya.

Apa yang perlu dilakukan oleh ibu ayah yang mempunyai anak yang mengalami masalah alahan ekzema ini?

1. Pemakanan ibu semasa menyusukan bayi. Berhenti dulu makan makanan senyap tinggi radang seperti gula putih, gluten(roti, biskut, kek, kuih muih, mee kuning, pasta dan semua asas tepung gandum), fastfood, processfood dan produk tenusu.
Buat food diary adalah yang paling berkesan untuk mengetahui kita alah atau tidak dengan sesuatu makanan.

2. Emosi ibu harus stabil. Apa kaitannya? Ibu stress, susu yang dihasilkan juga tidak berkualiti (susu stress).
Boleh keluar, bagi kena cahaya matahari pagi untuk stabilkan emosi

3. Persekitaran. Pastikan rumah dalam keadaan bersih, tiada habuk, asap, carpet, bulu haiwan.

4. Mandian dan lotion yang digunakan untuk baby pastikan dari bahan natural bebas paraben, SLS.
Kita pilih natural, tanpa kimia berbahaya macam Milky Bath, Bubble bath atau Rose Geranium dari Honey Olive baby.

5. Kerapkan sapuan pelembab jika kulit anak jenis kering. Boleh cuba Rescue cream, Restore Salve, Shea Remedy. Sebab kita kena sapu kerap dan dalam jangka panjang, lagi elok guna yang natural supaya takda effect jangka panjang.

6. Air mandian anak, seeloknya air yang tidak terlalu sejuk atau panas.

7. Memakaikan pakaian yang longgar dan dari material kapas.

8. Jika menggunakan cream ada steroid, tolong jangan berhenti secara mengejut, belajar untuk buat tapper down.

9. Cari Ilmu, rajin bertanya, cari group support, cari circle Positive kerana dengan ilmu kita dapat uruskan penyakit kita dengan baik.
Kalau tak, kita akan mudah lost, mudah down.

Tips ini secara umum dan boleh diguna pakai untuk pelbagai peringkat umur.

Apa pun, kena ingat, tak semua orang pulih hanya sapuan semata-mata. Kita ikhtiar pulihkan dari dalam dengan jaga pemakanan dan emosi.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply