Petua Kempiskan Perut Buncit

METABOLIK SINDROM

Petua Tradisional Kempiskan Perut Buncit. 6 PETUA UNTUK KEMPISKAN PERUT YANG BUNCIT SECARA TRADISIONAL @PetuaDankesihatan.

Petua Kempiskan Perut Buncit

PETUA 1 (Asam Jawa)

Ambil sedikit asam jawa dan bancuh di dalam segelas air panas. Biarkan semalaman. Esok paginya, minum air bancuhan asam jawa tersebut. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

PETUA 2 (Daun lidah buaya, asam jawa)

Ambil sedikit daun lidah buaya. Masukkan dalam sebuah periuk dan tambahkan dengan air asam jawa. Didihkan bahan-bahan tersebut dengan api kecil sehingga pekat. Kemudian tutup api dan biarkan ia menyejuk dengan sendiri. Setelah dirasakan suam sedikit, lumurkan ramuan tersebut pada perut.

PETUA 3 (Limau nipis, kapur sirih)

Sediakan limau nipis dan kapur sirih. Perah air limau ke dalam piring atau mangkuk, campur dengan kapur sirih dan gaul hingga sebati. Lumurkan ramuan tersebut ke perut dan balut perut dengan sehelai bengkung. Lakukan setiap malam sebelum anda masuk tidur.

PETUA 4 (Limau nipis, air)

Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Cara penyediaan: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk.

Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda juga akan beransur turun.

PETUA 5 (Teh Cina, limau nipis)

Ambil (3) sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

PETUA 6 (Teh hijau, Serbuk kayu manis, madu lebah)

Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

APA PUNCA SEBENAR YANG MENYEBABKAN PERUT BUNCIT DI KALANGAN WANITA?

1. Amalan pemakanan yang kurang serat dan tinggi lemak tepu

Makanan bergoreng yang menggunakan minyak yg diguna berulangkali juga boleh menyumbang kalori yang tinggi dalam makanan. Makanan bergula tinggi juga boleh meningkatkan paras insulin dalam darah yang menyebabkan pengumpulan lemak dalam abdomen yang banyak. Insulin adalah hormon yang meransang pengumpulan lemak berlebihan dan menyebabkan perut buncit.

2. Kurang aktiviti berbentuk senaman yang boleh mengurangkan jisim otot

Jisim otot berkurangan tidak akan membakar lemak secara efisien terutama di kawasan perut. Otot yang tak aktif akan lembik dan menyebabkan perut menggeleber.

3. Perubahan hormon akibat penuaan

Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan. Untuk wanita menopouse , pengeluaran hormon estrogen akan berkurang jadi menyebabkan timbunan lemak di perut bertambah. Cuba perhati perut mak kita yang dah menopause pasti nampak buncit kan walaupun mak kita tu kurus macam mak saya.. mueheheh ampun mak!

4.Stress yang tak terkawal

Stress menyebabkan berlaku ketidak seimbangan hormon kerana apabila seseorang stress maka paras hormon kortisolnya akan meningkat dan ini memberi kesan menurunkan hormon testosteron, thyroid dan hormon tumbesaran. Bila hormon-hormon ni berkurangan, perut akan menjadi buncit kerana pengumpulan lemak dalam abdomen.

Agak-agak mana satu punca perut anda buncit? Sebab stress ke? Pemakanan ke? atau perubahan hormon, almaklum lah umur dah makin meningkat.

Jangan risau, ada cara yang boleh membantu untuk tukar perut yang konon-konon macam hamil 5 bulan tu kepada perut leper ala-ala model. Fuyooo syiok kan? Tapi of course untuk dapatkan sesuatu kene buat sesuatu. Takde cara mudah nak kempiskan perut puncit. Saya senaraikan tips ni untuk mereka yang takmo lagi disindir suami atau rakan sekerja akibat perut buncit.

penyebab perut buncit

Petua Kempiskan Perut Buncit Kena Tahu Jenis

Lebih bimbang, ada juga yang menandakan penyakit. Ini 5 jenis perut buncit yang perlu wanita ambil berat ??

1️⃣ PERUT KEMBUNG

?? Bentuk perut seperti menggelembung. Biasanya waktu pagi perut kempis tapi mengembang terutama selepas makan. Walaupun perut membesar tapi berat badan tak berubah.
❗️ Satu dari penyebab utama adalah angin. Kurangkan makanan yg susah dihadam termasuk makanan pedas dan manisan. Mengunyah chewing gum atau minum guna straw juga boleh menyebabkan kembung.

2️⃣ PERUT STRES

?? Perut buncit kedepan tapi lembut bukan terasa keras. Bila stress dan tak buat sebarang aktiviti, semua lebihan tenaga tidak pergi ke mana2 hanya tersimpan sebagai lemak.
❗️ Atasinya dgn kawal stress, tidur cukup, dan lakukan senaman. Makan sedikit tapi membantu utk menghentikan fluktuasi hormon. .

3️⃣ PERUT IBU

?? 3 bulan atau lebih selepas bersalin perut masih seperti hamil. Bahagian perut kendur, tiada bentuk dan menggeleber. ❗️Perut yang tak rata selepas bersalin terjadi kerana sewaktu hamil dan melahirkan, otot2 perut terbahagi menyebabkan rahim dan perut melebar mengikuti perkembangan bayi.

4️⃣ PERUT TIROID

?? Penyakit tiroid bukan bahagian perut saja membesar tapi termasuk bahagian badan lain yg nampak seperti membengkak termasuk lengan dan kaki. Dapatkan pemeriksaan lanjut jika keadaan begini.
❗️Penyebabnya adalah kelenjar berbentuk kupu-kupu di leher yang menghasilkan satu hormon utk kawal kadar tubuh memproses kalori dalam makanan. Tanda-tanda tiroid adalah mudah penat, kaki sejuk dan metabolisme lambat.

5️⃣ PERUT PIR

?? Pinggang ramping, tapi bahagian perut bawah nampak lebih besar selain lebihan lemak di pinggul dan peha menyebabkan perut berbentuk seperti buah pir. Boleh disebabkan faktor estrogen, sama ada genetik atau ketidakseimbangan hormon. .
❗Untuk elak perut berbentuk ni dan bahagian bawah badan lebih besar, elak makanan tinggi lemak yg berkait dgn peningkatan estrogen.

(TERBONGKAR) TANDA-TANDA PERUT BUNCIT SEBAB USUS KOTOR

Pernah tahu tak knape perut buncit susah dan kempis sedangkan dh macam2 produk guna??? 90% penyakit punca dari usus yg TAK BERSIH. 500k kematian disbbkan oleh kanser kolon.

Kanser usus pembunuh no 2 selepas kanser payu dara. 5juta rakyat Msia ada masalah pencernaan. Agak² korang dalam lingkungan 5 juta tu ke?

1 – Sembelit dan Buasir
2 – Kembung Perut dan Selalu Kentut
3 – Migrain dan Sering Sakit Kepala
4 – Selalu Lesu Tak Bertenaga
5 – Nafas & Najis Berbau
6 – Tidak subur dan Mandul
7 – Gout dan Stroke
8 – Radang Sendi dan Sakit Belakang

Jika korang ada salah satu dari tanda- tanda di atas, korang berkemungkinan besar mempunyai masalah USUS KOTOR.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply