Protein Berkualiti Tinggi

Protein Berkualiti Tinggi

Apakah itu protein berkualiti tinggi?

Apabila nutrisi harian anda adalah berdasar ke atas protein berkualiti tinggi, anda akan mendapat komposisi badan yang lebih bagus. Pengambilan protein yang berkualiti tinggi akan menolong anda rasa lebih kenyang. Badan anda juga tidak senang menyimpan lemak badan yang berlebihan.

Selain daripada itu, pengambilan protein yang berkualiti tinggi menolong mengoptimumkan kesihatan tulang, mengawal selia darah dalam gula, meningkatkan kesihatan otak dan just menyokong kesihatan kardiovaskular dan tekanan darah.

protein berkualiti tinggi

Protein yang berkualiti tinggi adalah protein yang mengandungi semua sembilan essential amino asid (EAA) iaitu:

  • Leucine
  • Isoleucine
  • Valine
  • Threonine
  • Histidine
  • Lysine
  • Methionine
  • Phenylalanine
  • Tryptophan

Makanan yang mengandungi kesemua sembilan EAA itu adalah protein yang lengkap. Sumber makanan yang mengandungi EAA adalah daripada haiwan, seperti daging lembu, ayam, telur dan juga barang tenusu.

Soya juga mengandungi EAA tetapi kualitinya tidak setanding dengan sumber haiwan dan tidak begitu berkesan untuk sintesis tisu otot. Salah satu sebabnya adalah kerana protein daripada sumber tumbuhan tidak mengandungi kandungan leucine yang optimum.

Satu lagi masalah protein daripada soya adalah kerana soya mengandungi phytoestrogen. Jika tidak dikawal, ia akan meningkatkan hormon estrogen dalam badan dan telah dikaitkan dengan masalah-masalah seperti badan berbentuk pear dan juga kanser payudara. Untuk golongan vegetarian, memang rugi sikit dan anda mungkin memerlukan suplemen untuk melengkapkan keperluan protein anda.

Bagi kebanyakkan orang, lebihkan pengambilan daging haiwan. Badan anda memang memerlukannya untuk mencapai kesihatan yang optimum.

Bila sebut sahaja ‘protein’, jangan terus ingat pasal whey protein powder dan sebagainya. Itupun benda diproses dan tidak digalakkan. Eat real food!

Leave a Reply

%d bloggers like this: