Punca Muntah ?

muntah hamil

Punca Muntah ? PESANAN KESIHATAN . Kalau kena penyakit demam denggi, banyakkan minum air, kerana itu sahajalah ubatnya.Perhati diri sendiri akan tanda bahaya, pendarahan, sakit bahagian perut kanan (liver), cirit birit dan muntah 3 kali dan lebih dalam masa sehari.

Nasihat Kesihatan

Kalau gigi berdarah ketika gosok, seperti biasa, itu tak apa. ketika tak gosok pun tiba-tiba ia berdarah, itu perlukan perhatian segera.

Kalau anak tak berak, tak boleh kentut, nampak perut kembung malah sampai muntah, bawa ke hospital, takut intestinal obstruction.

Ataupun anak lepas jatuh dan terhentak kepala, cuba perhatikan samada ada tanda sawan, muntah atau nampak longlai dan tak sedarkan diri. Risau ada intracranial bleed. Pendarahan dalam kepala. Biasa kita pantau dalam masa 6 jam, kalau takde apa-apa, inshaAllah okey.

Kalau sakit perut di bahagian kanan dan bawah, tekan bahagian situ pun sakit, lepas pun sakit juga, tekan perut di kiri pun kanan terasa juga, tak lalu makan, rasa loya dan nak muntah, tidak rasa kerap kencing atau tak sakit masa nak kencing (kencing macam biasa je), kemudian demam, boleh jadi suspect appendic, jangan tunggu lama, pergilah jumpa doktor.

Tanda kencing kotor biasanya, kerap dan tak puas masa nak kencing, pedih di bahagian ari-ari, air kencing jadi keruh atau pekat, boleh check air kencing di hospital, mungkin akan diberikan antibiotik. Banyakkan minum air masak.

Sakit dada di bahagian kiri, merebak ke tulang belikat atau bahu kiri, disertai dengan kebas tangan, loya dan berpeluh sampai basah baju, cepat-cepat ke Kecemasan, itu biasanya tanda penyakit jantung, jika ada jantung tersumbat, perlu ubat cair darah kuat secepatnya… sel jantung semakin banyak yang mati.

Tambah lagi kalau ada faktor risiko merokok,

kencing manis, kolesterol, darah tinggi, keluarga atau ada adik beradik yang meninggal muda sebab serangan jantung.

Andai anak batuk dan tak nak makan, okey lagi asalkan mereka boleh minum air, bagi je air apa yang mereka nak untuk mereka bertenaga.

Kalau minum pun tak nak, nampak letih, mata mulai cengkung, perlu admit hospital untuk dimasukkan IV Drip.

Kalau anak bengkak tonsil, perlu extra hati-hati untuk mengelakkan mereka demam terlalu panas, bagi ubat demam setiap 6 jam, basahkan badan dengan air.

Sebabnya, pesakit yang demam punca dari bengkak tonsil inilah yang selalu akhirnya end up datang hospital kerana dapat sawan, suhu mudah nak meroket setinggi 38-39 lebih. Mudah kena simple febrile fit.

Kalau ada ibu bapa atau ahli keluarga, tiba-tiba muka senget sebelah, bercakap mulai pelat, atau tiba-tiba tersedak tak boleh menelan, itu tinggi kemungkinan strok.

Ada certain hospital besar, jika sampai awal mengikut jam, ada ubat untuk thrombolyse (ischemic stroke), so, cuba untuk bawa ke hospital secepat mungkin. Kebarangkalian untuk sembuh lebih tinggi (depend pada banyak mana bahagian otak yang terkesan juga kerajinan untuk fisio dan support dari family). Better prognosis. punca muntah

punca muntah

Vertigo

Vertigo ialah suatu keadaan di mana pesakit akan merasa tidak stabil. Pesakit akan berasa pening seolah-olah rasa berpusing atau rasa seperti sekeliling kita berpusing.

Punca-punca vertigo, Vertigo kebiasaannya berpunca daripada masalah bahagian dalam telinga. Antara sebab yang boleh menjadi punca ialah:

1) BPPV (benign paroxysmal positional vertigo): BPPV terjadi apabila ketulan kalsium (canaliths) bergumpal di bahagian telinga dalam (inner ear). Bahagian telinga dalam berfungsi untuk menghantar signal berkaitan pergerakan kepala dan badan ke otak. Ia membantu untuk memberi keseimbangan badan kita. BPPV boleh berlaku tanpa sebab yang diketahui dan mungkin berkaitan dengan umur.

2) Meniere’s disease. Penyakit Meniere’s ialah suatu masalah bahagian telinga dalam yang berpunca daripada penghasilan cecair dan perubahan tekanan dalam telinga. Hal ini boleh menyebabkan berlakunya vertigo berserta bunyi desingan di dalam telinga (tinnitus) dan hilang pendengaran.

3) Vestibular neuritis or labyrinthitis. Ini adalah satu masalah pada bahagian telinga dalam yang berhubungkait dengan jangkitan (kebiasannya virus). Jangkitan ini boleh menyebabkan keradangan pada saraf di bahagian telinga dalam yang penting untuk mengawal keseimbangan badan.

Dalam segelintir keadaan, vertigo mungkin berpunca daripada:

Kecederaan leher atau otak
Masalah pada otak seperti ketumbuhan dalam otak atau strok
Sesetengah ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kerosakan dalam telinga
Migrain
Simptom-simptom vertigo:

Vertigo biasanya tercetus dengan perubahan kedudukan kepala kita. Apabila kita menggerakkan kepala, vertigo yang dialami akan menjadi semakin teruk.

Pesakit yang mengalami vertigo kebiasaannya akan mengadu berasa:

  • Rasa seperti berpusing
  • Rasa seperti senget
  • Rasa terawang-awangan
  • Rasa tidak seimbang/ mudah jatuh
  • Rasa seperti ditarik ke satu arah

Simptom-simptom lain termasuk:

Rasa loya
Muntah
Pergerakan bola mata yang tidak normal atau secara tiba-tiba (nistagmus)
Sakit kepala
Berpeluh tanpa sebab
Bunyi berdesing di dalam telinga atau hilang pendengaran
Simptom-simptom ini boleh berlaku dalam beberapa minit atau jam atau lebih dan simptom ini akan berlaku secara berulang.

Izinkan saya update di sini kerana ramai yang bertanya

Keputusan endoscopy dan ultrasound tadi: TIADA CANCER, ULSER, GERD atau apa-apa yang membimbangkan. Alhamdulillah!

Walaupun punca muntah-muntah masih belum diketahui dan agak misteri, saya hanya ingin melihat sisi baik kepada ujian ini; Allah sayang saya.

1. Daripada ujian ini saya dapat ramai kawan yang baik-baik.

2. Daripada ujian ini saya juga kenal siapakah insan dan kawan-kawan yang benar benar ambil berat pasal kita.

3. Daripada ujian ujian begini jugalah saya dapat ilham untuk menulis dan terus memberi inspirasi kepada kawan-kawan yang turut diuji.

Terharu sangat sebab sangat ramai yang mendoakan kami. Malah ramai juga yang call dan mesej personally bertanyakan khabar.

Terima kasih sekali lagi atas doa dan keprihatinan semua.

2 hari ni saya rasa lebih sihat sebenarnya. Saya yakin ia berkat doa kalian semua.

Kehidupan perlu diteruskan. Puan Nur Aisya pun perlukan bantuan untuk kembangkan bisnes dia. Stok #KurmaPremium pun ada lagi ni.

So kita jalan terus dan fokus semula bisnes ya!

Doakan kami.

Hati hati memang mudah anak kena jangkitan ini terutamanya waktu banjir ni ..punca muntah

muntah vertigo

ROTAVIRUS

Sesuatu jenis virus yang tiada ubatnya

Mudah menjangkiti jika tidak menjaga kebersihan, terutamanya golongan anak anak kecil dan bayi
Punca boleh hadir dari persekitaraan yang tidak bersih seperti di pengasuh, taska, tempat makan, rumah dan lain lain..

Disebabkan berpunca dari virus tiada guna ambil antibiotik sebab itu hanya berfungsi untuk melawan penyakit yang berpunca dari bakteria

Virus ini akan menyebabkan usus sensitif dan tidak menyerap zat dengan baik dan akibatnya
1. Cirit birit yang banyak
2. Muntah yang kerap
3. Demam yang tinggi

Akibat dari ini anak anak boleh mengalami dehidrasi dan ini boleh membawa maut. punca muntah

Macam mana nak melawan virus yang tiada ubatnya?

Jawapan kita tak boleh lawan virus

Kita tidak melawan virus tersebut tetapi mengawal kerosakan akibat virus tersebut
Ibarat ribut taufan/hurricane..kita tak boleh lawan Mother Nature dan kuasa tuhan tapi kita boleh ambil langkah langkah untuk mengawal kerosakan akibat dari ribut tersebut..

Langkah yang boleh diambil
1. Pastikan anak anak makan..dapatkan tenaga untuk mereka lawan virus
– bagi makanan yang mudah dihadam tapi padat tenaga
– contoh sup berkrim, roti berkrim, minuman malt,minuman manis, pudding, cokelat
– bagilah sekerap boleh dalam kuantiti sikit sikit takpe..janji ada yang masuk dalam badan mereka

2. Pastikan anak minum sebanyak boleh seperti hari biasa
– ambil la air kosong, air manis, air kotak,sup kosong, air kosong yang ditambah ors…sedut la sikit sikit dan ingatkan anak untuk cuba habiskan air yang diberi..
-jika anak ambil susu fm, boleh tukar sementara ke lactose free/ selang seli dengan fm lactose free untuk kurangkan ketidakselesaan perut…akibat virus ini anak boleh dapat temporary lactose intolerance..walaupun dah lama minum susu tapi tetap boleh cirit (jangan salahkan susu waktu ini)

Jumpa doktor secepat mungkin

-perlu sangat bantuan ubat untuk mengawal cirit birit dan muntah yang dialami anak.
– pada 3 hari pertama anak anak akan banyak sangat muntah dan cirit..dalam kes anak saya dalam tempoh 24jam hampir 20kali muntah dan 15 kali cirit..jika tiada bantuan ubat akan melepek anak
– jangan tunggu sehingga anak penat, tak bermaya sebab ini sudah tanda yang tidak bagus

Ketika menulis post ini throwback sewaktu kedua anak saya sedang warded di hospital akibat virus yang sama tapi simptom mereka berlainan

Seorang anak usia tidak sampai 2 tahun cirit birit sehari boleh cecah lebih 10kali, demam tetapi kurang muntah. Nampak aktif dan ceria tetapi mudah penat dan banyak tidur dari biasa.

Seorang lagi usia 5 tahun tiada cirit, demam hingga 40C, dan muntah sampai hampir 20kali
Disebabkan muntah si kakak sampai takut nak menjamah apa apa makanan walaupun kita bagi makan ice cream atau makanan kegemaran dia.

Walaupun berlainan tetapi seriousnya tetap teruk..Kedua dua mereka perlu bantuan iv drip untuk masukkan air dalam badan nak elak dehidrasi..

Pokoknya virus ini senang dijangkiti, tiada ubat dan penting untuk mommies dan daddies kawal outcome..jangan ambil ringan..punca muntah

Jaga makanan dan minuman waktu mereka tengah sakit sebab dengan penjagaan yang baik In sha Allah kita boleh kawal kesan dari virus ini dan bantu proses penyembuhan mereka

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply