Rakyat Malaysia Ketagih Gula ?

rakyat malaysia ketagih gula

Rakyat Malaysia ketagih Gula ? Memang betul pun, sekarang ini macam macam makanan viral . Dari milo tabur dalam satu tong, lepas itu donut gergasi, dan macam-macam lagi. Tapi yang biasa ialah teh tarik. Fuuh,, memang gile betul.

Rakyat Malaysia Ambil 26 Sudu Teh Gula Setial Hari !!!

Menurut satu survey yang telah dijalankan, penduduk Malaysia secara purata mengambil 26 sudu teh gula setiap hari!

Ini bersamaan dengan 520 kalori (1 sudu teh gula = 20 kalori) hanya untuk gula. Tidak dilupakan juga kandungan kalori yang anda dapat dari makanan lain yang anda makan.

Dan tahukah anda, untuk membakar gula yang anda ambil dalam sehari, anda WAJIB membuat salah satu aktiviti senaman berikut:

1. Berjalan selama 100 minit
2. Melompat tali selama 45 minit
3. Berbasikal selama 75 minit

Semua ini hanya untuk gula yang telah anda ambil! Berbaloi ke tak? **Sumber: The Star Online (2009)

2 Cara Peningkatan Gula Dalam Darah

  • Insulin adalah hormon yang dihasilkan di organ pankreas oleh sel beta.
  • Insulin berfungsi untuk menurunkan paras gula dalam darah apabila kita makan makanan yang mengandungi karbohidrat.
  • Insulin ini sebagai kunci bagi membenarkan gula masuk ke dalam sel (rumah) sebagai sumber tenaga. Peningkatan gula di dalam darah berlaku:
1. Kerintangan insulin (insulin resistant)

Keadaan ini berlaku apabila insulin tidak dapat mengenali sel atau terdapat banyak halangan insulin ini untuk menemui sel. Contohnya, apabila lapisan lemak menutupi sel-sel badan, gula dari salur darah tidak sampai ke dalam sel badan atau memerlukan masa yang lebih lama untuk memasukkan gula ke dalam sel. Sel ini memerlukan gula bagi menjana tenaga. Perbandingan seumpama hutan yang tebal dan manusia memerlukan masa yang lama untuk mencari jalan keluar. Jadi, insulin ini perlu mencari jalan bagi bertemu dengan sel badan yang tersorok dicelah-celahan lapisan lemak yang tebal itu. Apabila gula di dalam darah semakin meningkat, tubuh badan akan berusaha menghasilkan insulin dengan berlebihan bagi menurunkan paras gula tersebut.

2. Kekurangan insulin yang dihasilkan (insulin deficiency)

Apabila gula di dalam darah semakin meningkat, tubuh badan akan berusaha menghasilkan insulin dengan berlebihan bagi menurunkan paras gula tersebut. Lama-kelamaan, apabila organ pankreas tidak mampu lagi menghasilkan hormon insulin mengikut bebanan yang kita berikan kepada badan. Saya boleh istilahkan sebagai organ pankreas merajuk (overwork) kerana terpaksa bekerja keras bagi menurunkan gula darah yang berada di dalam tubuh individu tersebut. Proses ini mengambil masa bertahun-tahun dan bukannya semalaman.

Kajian menunjukkan di saat individu mendapat tahu mereka menghidap diabetes, 50% daripada sel beta di pankreas gagal menghasilkan insulin. Maksudnya separuh dari organ pankreas tidak mampu untuk membantu penurunan gula darah.

Di dalam keadaan pre diabetes, tiada tanda KETARA kelihatan. Jadi dengan menguji darah, sekurang-kurangnya kita dapat tahu status badan kita.

Manis Bahaya Gula

Bagi lelaki, pengambilan gula tidak boleh lebih dari 7 sudu teh, bagi perempuan 6 sudu teh. Tidak susah untuk terlajak dari mengambil gula berlebihan. 1 cawan teh tarik yang anda minum pagi ini sudah ada 5 sudu teh gula. Milo ais juga ada 4.5 sudu gula.

  • Gula tambahan tidak sama seperti gula yang terdapat dalam buah buahan.
  • Gula dalam buah buahan di serap secara perlahan mengikut keperluan tubuh.
  • Gula tambahan diserap dengan pantas, berdesup paras gula akan naik mendadak dalam beberapa minit.

Kita tahu pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan kencing manis, hakikatnya ia lebih bahaya dari itu. Sama sama kita tinggalkan amalan SUKA MANIS ini untuk kesihatan bersama. rakyat malaysia ketagih gula.

MATI MANUSIA KERANA GULA

Cerita gula putih kalau diikutkan dah lama dah mat saleh buat kajian. Mat saleh itu yang bernama Dr Martin , bukan Ricky Martin dan klasifikasikan gula putih halus ni beracun pada tahun 1957. Hoo, nampaknya kesedaran ni dah berlaku sejak Malaysia merdeka, tapi yang sedar tuh penjajah, bukan rakyat Malaysia.

Kesedaran penuh penyesalan ini berlaku bila wife yang mengikuti program detoks. Macam mana lah tak boleh sedar, hari hari bawak mangkuk sayur sayuran dan buah-buahan. Lepas tuh masuk hari ke empat pulak ialah makanan yang bergelar eat-clean. Hoo, memang terbaik punya,

Impak dia kepada saya  ialah saya tak rasa apa pun, sebab saya tak buat detoks tuh lagi, harapkan puasa je, itupun masa berbuka bedal ayam percik, tak jadi detoks nya. Hahaha, gile ke apa nih ?

Tapi nak dijadikan cerita, wife selalu pesan, selalu sebut pasal GULA PUTIH.

korang baca pelbagai karangan, disebabkan diabetes itu menyerang manusia, hanya kerana GULA. Memang gila gula putih nih. 

– gula puith nih kalau berlebih lebihan boleh jadi kegemukan macam aku sekaranglah. hahaha, yang ni memang kena control habis

– gula putih ni buat kulit cantik, ye, semasa nak huraikan gula, air diserap banyak, sebab tuh muka korang kering dan tak moist bak kata sarah tuh.

-tapi  paling gila aku terbaca tadi ialah ianya boleh lemahkah sel darah putih, sebab tuh sukar nak lawan penyakit kalau asik bedal gula putih. 

– biasanya semut akan datang dengan segera, kalau tak dikawal

– gula putih ini yang merangsang kegilaan dan adrenalin parasit ,cacing, dan semua makhluk jahat dalam badan kita, sebab tuh asyik sakit je.

Hasil Dari Detoks

Hasil dari tinjaun dan pembelajaran detoks itu, nampaklah kami sekeluarga dah mula ubah sikit, cara mudah  ialah gunakan gula organik. Hahha, memang rasa lain sikit. Yang ni masih bergula, tapi lebih sihat dari gula putih biasa tuh. 

Paling best pulak tuh macam aku kata tadi, kalau buat kopi, biar lama sikit, semut tak jadi datang. Tapi  bila tukar gula biasa, tinggal jap gelas tuh semut datang beramai-ramai ajak kawan dia.

Kegilaan nak minum minuman manis, lagilah, hahaha, jadi cubalah korang kurangkan benda-benda manis nih. ADa banyak dah page page kesihatan nih, siap bulan ni bulan tanpa gula, cuba belajar elakkan gula. 

Nak  lagi tambahan lagi, ikutlah petua  Ning baizura tuh. Hahha, hari tuh kan viral jap dia boleh kurus balik sebab dia kurangkan GULA je. Hhaha, ni bagus, lebih bagus dari nora danish yang minta pelepasan cukai untuk selebriti. 

Jadi sebagai penutup pidato abg joe nih, marilah minum AIR MASAK BANYAK BANYAK, KURANGKAN GULA DALAM MAKANAN, MULUT JANGAN MANIS NAK BUAT TAWARAN . rakyat malaysia ketagih gula.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply