Resveratrol Penawar Penyakit Kronik ?

Resveratrol Penawar Penyakit Kronik ?

Kajian saintifik mendapati pengambilan RESVERATROL mampu membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan kandungan gula dalam darah, anti-keradangan, bahan anti-kanser selain mampu mengawal berat badan.

Kelebihan Resveratrol

Resveratrol adalah sejenis plolyphenol yang dipanggil phytoalexin, merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan tumbuhan tersebut terhadap penyakit. Ia dihasilkan daripada tindakbalas tumbuhan tersebut terhadap jangkitan kulat, tekanan, kecederaan akibat dirosakkan haiwan, sinar UV, cuaca ekstrem dan sebagainya. Tumbuhan yang menggunakan pestisid dan herbisid biasanya tiada atau kurang menghasilkan bahan ini kerana mereka dilindungi oleh racun perosak tersebut. Tumbuhan yang paling banyak menghasilkan resveratrol adalah anggur, raspberi dan kacang. 4 Kajian Saintifik Mengenai Resveratrol ialah

1. Kanser

Menurut American Cancer Institute, rasveratrol adalah antioksidan yang sangat berkuasa. Ia mengurangkan pengaktifan NF kappa B, yakni sejenis protin yang dikaitkan dengan pembentukan kanser dalam tubuh. Menurut laporan kajian yang dibuat oleh Department of Biochemistry and Molecular Biology, New York Medical College, resveratrol menjadikan proses proliferation dalam kanser payudara menjadi kurang aktif. Menurut American Cancer Institute, meminum sumber resveratrol setiap hari menurunkan risiko kanser prostat. Malah meminumnuya sekali seminggu boleh menurunkan risiko kanser prostat sebanyak 60%.

Anggur muscadine adalah anggur yang paling tinggi nilai resveratrolnya. Ikatan kimia dalam anggur muscadine ini jauh berbeza dari anggur2 jenis lain, yang mana ia kaya dengan anthocyanins, yang mempunyai antioksidan yang tinggi dan menunjukkan beberapa kesan antitumor, termasuk menghalang sintesis DNA dalam kanser payudara dan perkembangan saluran daran dalam sesetengah tumor, termasuk enzim perebak tumor.

2. Diabetes

Menurut Department of Patholody, Northwestern University Feinberg School of Medicine membantutkan perkembangan CCR6-mediated migration pada sel yang rosak dalam kes diabetes. Resveratrol membantu mengelakkan rintangan insulin, satu keadaan di mana badan menjadi kurang sensitif kepada kesan penurunan gula hormon, darah insulin. Rintangan insulin adalah pelopor kepada diabetes.

3. Penuaan – Anti Aging

Resevratrol juga terkenal sebagai ejen anti penuaan. Dalam kajian oleh Douglas Mental Health University Institute, McGill University, resevratrol melindungi kulit serta melambatkan kesan penuaan kulit dan lain2 kesan penuaan pada kulit.

4. Jantung

Resevratrol juga berperanan dalam meningkatkan tahap ‘kolesterol baik’ dan melindungi dari kerosakan arteri, sekaligus menjaga kesihatan jantung. Masyarakat di Barat mengambil wain merah untuk mendapatkan sumber resevratrol, namun kajian terbaru menunjukkan kesan alkohol pada wain boleh memberi kesan kepada golongan tertentu.

5. Penyakit Alzheimer.

Resveratrol dapat melindungi sel-sel saraf daripada kerosakan dan pembentukan plak yang boleh menyebabkan Alzheimer.

Japanese Knotweed Ibu Segala Resveratrol ?

Japanese Knotweed atau nama lain nya Polygonum cuspidatum antara tumbuhan yang ada di dalam dunia. Japanese Knotweed ni dah lama digunakan oleh perubatan China, dan Jepun bagi melancarkan peredaran darah , kesihatan usus serta pencernaan.

Polyganum Cuspidatum adalah ibu resveratrol. Kaya dengan resveratrol yang berfungsi sebagai anti radang, anti kulit, anti bakteria atau anti virus yang boleh membuatkan wajah kita awet muda. Ia digunakan sebagai ubat tradisional untuk merawat rambut beruban di negara China dan Jepun selama lebih 100 tahun. Potensi polifenol semulajadinya adalah untuk menyokong diet yang sihat dan mampu memberi kesan positif kepada penuaan sel yang sihat.

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Universiti Harvard, anggur muscadine dan polyganum cuspidatum telah dikenalpasti antara sumber antioksidan terbaik yang boleh membantu menurunkan paras asid urik dalam badan pesakit gout. Kesimpulannya Polyganum Cuspidatum (Japanese Knotweed) ini memberikan 4 kelebihan utama untuk kesihatan kita iaitu:

  1. antioksida yang sangat kuat dan berkuasa
  2. antiradang
  3. antipenuaan
  4. memperbaiki sel mati dan meningkatkan penghasilan sel hidup.

10 Khasiat anggur

1. Kanser.

Anggur kaya dengan antioksida yang dinamakan POLYPHENOL.
Dan RESVERATROL yang didapati pada kulit anggur.

Kajian mengatakan, RESVERATROL mampu melambatkan sel sel merbahaya ini.

#2 Kesihatan Jantung.

Kajian mengatakan, Quercetin dan Resveratrol boleh mengurangkan risiko atherosclerosis dan melindungi dari kerosakan salur darah akibat kolesterol jahat LDL.

Resveratrol dalam anggur mampu mengurangkan kolesterol LDL dalam darah.

The American Heart Association AHA mencadangkan pengambilan potassium supaya ia melancarkan tekanan darah dan juga kesihatan jantung.
Anggur kaya dengan potassium tau.

#3 Tekanan darah

Potassium melancarkan tekanan darah dan juga perjalanan darah.
Potassium mampu mengurangkan kandungan sodium (garan) berlebihan dalam darah.

Makan garan banyak, darah tinggi boleh naik.

#4 Sembelit

Sebab apa? Sebab Anggur kaya dengan serat.
Ia melancarkan perjalanan “isi kandungan usus” heheeh.
Ia dipanggil peristalsis.

#5 Allergi

Dalam anggur ada Quercetin, ada kajian yang mengatakan, anggur boleh mengurangkan rengsa allergi. Tetapi kajian ini tidak begitu kukuh.

#6 Kencing Manis (Diabetes)

Kajian pada 2013 mengatakan anggur boleh mengurangkan risiko kencing manis. Buah tau, bukan jus.
Dalam masa kajian selama 22tahun, seramai 187,382 orang peserta mengambil bahagin. Dan, hanya 6.5% sahaja mengalami Diabetes.

#7 Masalah penglihatan

Masalah penglihatan akan menjadi lebih teruk jika seseorang mengalami masalah kencing manis.
Resveratrol boleh melindungi dari masalah kencing manis seterusnya masalah penglihatan akibat kencing manis.

Anggur juga mengandungi zeaxanthin, yang melindungi mata dengan baik.
Membantu mencegah katarak dan kerosakan pada retina.
Juga Glaucoma.

#8 Jerawat

Dalam kajian journal yang disiarkan dalam Dermatology and Theraphy, mengatakan Resveratrol boleh membantu merawat jerawat.

Beserta dengan gabungan Benzoyl peroxide.

#9 Masalah kesihatan lain

• Alzheimer
• Osteoarthritis
• Meningkatkan tahap kesihatan seseorang.

Kesan Side Effect Vaksin

Kesan sampingan yang sangat kerap (mungkin lebih dari satu (1) dalam 10 orang mengalaminya) adalah sakit dan/atau bengkak di tempat suntikan, keletihan, sakit kepala, sakit otot, sakit sendi, menggigil (chills) dan demam.

Kesan sampingan yang kerap (mungkin satu (1) dalam 10 orang mengalaminya) adalah kemerahan di tempat suntikan dan rasa loya. Kesan sampingan yang jarang (mungkin satu (1) dalam 1000 orang mengalaminya) adalah bengkak pada nodus limfa, rasa tidak sihat, kesakitan anggota badan, gangguan tidur dan gatal di tempat suntikan.

Kesan sampingan yang amat jarang berlaku (mungkin satu (1) dalam 10,000 orang mengalaminya) adalah kesan sementara otot sebelah muka menjadi lemah (temporary one-sided facial drooping). Kesan sampingan yang tidak diketahui (tidak dapat dianggarkan dari data yang sedia ada) adalah tindak balas alahan yang serius.

Reaksi alahan yang serius berkemungkinan boleh berlaku, walaupun hubungkaitnya tidak dapat dipastikan lagi. Reaksi alahan yang serius biasanya berlaku dalam beberapa minit hingga satu jam setelah mendapat suntikan vaksin. Tanda-tanda reaksi alahan yang serius adalah termasuk kesukaran bernafas, bengkak pada muka dan tekak, denyutan jantung yang laju, ruam yang teruk pada keseluruhan badan, pening dan lemah badan. Oleh itu, penerima akan dipantau 15-30 minit selepas suntikan vaksin ini di pusat pemberian vaksin

Resveratrol boleh digunakan untuk ikhtiar kepada side effect yang teruk selepas vaksinasi. Kalau rasa pening, rasa sesak nafas, rasa tidak kuat, rasa lemah, boleh cuba minuman resveratrol kerana manfaatnya yang banyak.

Untuk memilih resveratrol yang terbaik, boleh terus klik untuk dapatkan RESVERATROL TERBAIK .

Leave a Reply

%d bloggers like this: