Rokok Bazir Duit

rokok bazir duit

Rokok Bazir Duit ? **Khusus untuk para perokok yang didalam hatinya memiliki keinginan untuk berhenti Merokok**

Saban tahun, diperhatikan rokok telah menjadi barang wajib yang dipilih oleh kerajaan untuk dinaikkan kadar cukai dan seterusnya dinaikkan harga…

Harga sekotak rokok popular dahulunya RM 12.00 pada tahun 2013… kini sudah meningkat menjadi RM 17.00 sekotak…

(Peningkatan RM 4 dalam masa 3 tahun-kadar peningkatan ini semakin tinggi saban tahun)

Bayangkan berapa agaknya harga sekotak rokok dalam tempoh 3 tahun lagi?

Selain harganya yang kian mencanak naik…

Terlalu banyak keburukan yang boleh disenaraikan dan menjadi sebab untuk difikirkan oleh para perokok…

Antaranya;

1) Tabiat merokok dikaitkan dengan pelbagai penyakit merbahaya- faktor membahayakan kesihatan

2) Imej si perokok yang tidak disenangi seperti bau mulut serta pakaian yang busuk – faktor menjatuhkan imej

3) Asap rokok bukan sahaja membahayakan si perokok tetapi juga orang disekelilingnya.. -faktor membahayakan keluarga

4) Fatwa majoriti ulama yang telah mengharamkan amalan merokok – faktor tegahan agama

5) Pembaziran wang yang tidak memberi faedah dikala zaman kemelesetan ekonomi – menunjukkan para perokok bukan terdiri dari mereka yang bijak dalam pengurusan kewangan – faktor kewangan

Di Supermom Shaklee Story.. Kami telah merakamkan banyak kisah mereka yang telah berjaya berhenti merokok dengan pengamalan Vivix..

Para perokok tersebut bukan sahaja perokok muda.. Malah ada yang telah puluhan tahun menjadi porokok tegar pun telah berjaya berhenti..Pokoknya dimana ada kemahuan disitu ada jalan..

Jadi ‪#‎ApaPilihanAnda‬ ? Ingin terus dengan tabiat merokok atau cuba berhijrah kepada kehidupan yang lebih sihat?

kredit : Supermom Shaklee Story

rokok jejas otak

Merokok Rosakkan Otak

Bahagian tubuh sebelah mana yang tidak bakal terkena kesan buruk dari aksi merokok ? Rasanya tidak ada. Bahagian otak juga boleh terkena kesan negatif dari kebiasaan suka merokok. Menurut peneliti bidang psikologi di Northumbria University, Tom Heffernan dan Anna-Marie Marshall, merokok sangat boleh merosakkan otak. Mereka mengatakan, rokok yang mengandungi 4000 bahan kimia itu boleh mendatangkan sebuah malapetaka pada otak.

KEROSAKAN OTAK

Peneliti mengungkapkan, sebuah kesan buruk pada otak meliputi penurunan kemampuan belajar dan memori di otak. Keadaan itu diburukkan lagi bila perokok juga sering minum minuman keras. Penelitian ini sudah dilaporkan dalam jurnal Frontiers di Psychiatry.

Dalam jangka masa panjang, merokok juga boleh mengganggu kualiti kerja, penurunan kemampuan kognitif, masalah memori, seperti mudah lupa dengan janji dan tidak ingat buat rutin minum ubat mengikut waktu, dan juga menurut penelitian terbaru, perokok pasif pun bakal terkena kesannya jika menghirup asap rokok.

Merokok dinilai dapat memengaruhi korteks atau lapisan di luar otak yang berkaitan dengan fungsi memori dan pemprosesan informasi. Lapisan korteks itu menipis seiring bertambahnya usia. Tetapi, merokok dapat mempercepat penipisan lapisan korteks.

BAHAN KIMIA DALAM ROKOK

Dari 4000 bahan kimia didalam rokok, sebanyak 50 di antaranya atau bahkan lebih adalah racun. Sebut saja, karbon monoksida yang juga ditemukan pada asap knalpot mobil, butana yang ditemukan dalam cairan kimia, serta arsen, amonia, dan metanol pun terkandung dalam bahan bakar roket.

Bahan-bahan kimia berbahaya tersebut lama-kelamaan bakal masuk ke dalam tubuh, kemudian merosakkan sel-sel yang sihat.

Merokok jadi faktor risiko utama berbagai jenis kanser, masalah paru-paru, dan masalah kardiovaskular. Lebih luas lagi, merokok juga dapat menurunkan kualiti sel sperma lelaki dan memepercepatkan risiko katarak.

Cara mencegahnya, tentu sudah pasti dengan berhenti merokok. Ada beberapa terapi yang boleh membantu seseorang agar berhenti merokok, seperti terapi pengganti nikotin.

Sumber : Indoharian

Kenapa perokok-perokok tidak hanya merokok rata-rata 2 hingga 3 tahun saja dan berhenti?

Rata-rata 70% perokok dah cuba berhenti merokok tetapi gagal. Setiap tahun rata-rata 40% perokok akan cuba berhenti merokok.

Antara faktor utama yang menjadikan usaha untuk berhenti merokok begitu sukar adalah ketagihan nikotin. Jika kita dapat lihat, mereka yang mencuba berhenti merokok akan mengalami simptom-simptom seperti cepat resah, marah, kecewa, merasa tidak selesa, hilang fokus, tidak bersemangat dan sukar tidur malam.

Gejala di atas adalah tanda-tanda ketiadaan atau pengeluaran nikotin. Nikotin di dalam asap rokok hanya memerlukan masa kurang dari 10 saat untuk sampai ke otak dan merangsang dopamin (reseptor untuk nikotin yang membuatkan perokok berasa gembira dan selesa)

Semakin lama otak akan memerlukan lebih banyak nikotin untuk membolehkan perokok berasa gembira. Namun begitu, kesan masa panjang akibat terdedah kepada nikotin akan terkesan dalam bentuk fizikal. Kerana itu, gejala di atas terjadi apabila otak perokok tidak menerima nikotin.

Jadi, untuk menjayakan usaha berhenti merokok memerlukan sokongan dari keluarga selain azam dan tekad yang sangat tinggi terutamanya bagi perokok tegar. Paling UTAMA dalam Proses Berhenti Merokok adalah Hilangkan Ketagihan Nikotin. rokok bazir duit

rokok bazir duit rosak paru-paru

Lelaki 28 tahun Paru Paru Bocor Akibat 11tahun Merokok.

Paru-parunya bocor dan bahagian yang bocor itu terpaksa dibuang. Memang mengerikan, namun itu yang harus diterima Muhammad Aidelhan Surjonoh, 28, akibat merokok.

Pemuda yang tinggal di Kluang itu berkata, semuanya bermula dengan sesak nafas pada 24 Februari lalu.

“Mula-mula saya sesak nafas. Pergi ke klinik di Kluang, dan doktor kata mungkin gastrik atau otot tegang, tetapi selepas beberapa hari, keadaan saya masih belum pulih.

“Kemudian saya ke Hospital Pantai Batu Pahat dan sempat jalani pembedahan untuk keluarkan angin dalam paru-paru, tetapi masih tidak pulih. Apabila buat imbasan CT, doktor dapati paru-paru saya bocor.

“Hospital itu minta saya rujuk ke Hospital Mahkota, Melaka. Di situ, saya jalani pembedahan untuk menampal paru-paru yang bocor. Malangnya kaedah itu tidak berjaya dan doktor sarankan bahagian bocor sebesar lima sentimeter dibuang,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Selepas hampir sebulan menjalani pembedahan terbabit, Aidelhan yang sebelum ini aktif bersukan berkata, dia masih belum pulih sepenuhnya dan tidak boleh menarik nafas dalam.

“Keadaan saya semakin baik, tetapi belum pulih sepenuhnya. Saya belum boleh menarik nafas dalam. Menurut doktor, ia mungkin ambil masa tiga bulan hingga setahun untuk pulih.

“Dulu saya aktif bersukan seperti bermain futsal, takraw atau badminton, tetapi sekarang doktor hanya galakkan saya berjalan,” katanya yang mula merokok sejak berusia 17 tahun. rokok bazir duit

Tambah Aidelhan, dia mula sedar bahawa merokok bukan sekadar membahayakan kesihatan malah ia juga satu pembaziran.

“Sebelum ini saya memang ada niat nak berhenti merokok. Tapi ia sekadar niat, justeru saya anggap apa yang berlaku ada hikmah kerana jika tidak sakit, mungkin saya tak berhenti merokok.

“Sekarang apabila dah tinggalkan rokok, baru saya sedar hampir RM400 saya bazirkan setiap bulan untuk beli rokok. Kalau jumlah itu diberi kepada ibu bapa kan lebih baik,” katanya.

Aidelhan turut dimaklumkan oleh doktor yang merawatnya bahawa paru-parunya boleh hancur sekiranya dia tidak berhenti merokok.
“Sudah sebulan saya berhenti merokok. Saya faham memang susah nak berhenti kerana saya sendiri mengalami pening-pening dan lemah badan pada minggu pertama.

“Masuk minggu kedua dan ketiga, saya mula biasakan diri tanpa rokok. Mula-mula memang susah. Kalau tak boleh berhenti terus, mulakan dengan kurangkan merokok,” katanya. rokok bazir duit

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply