Roti Untuk Diet

Roti Untuk Diet

Ada dua roti berbeza disini. Satu roti perang. Satu lagi roti putih yang selalu kita makan. Untuk diet roti mana harus jadi pilihan?

1. Roti perang atau roti putih kedua duanya ini termasuk dalam keluarga karbo.

2. Kalori daripada kedua dua roti ini tidak jauh bezanya untuk sekeping roti.

3. Jika kalian sebelum diet memang dah biasa dengan roti putih, maka makanlah roti putih.

4. Namun jika kalian nak cuba benda baru, roti perang mungkin boleh dijadikan pilihan.

5. Perbezaan pada kedua dua roti ini adalah dari segi nilai Glycemic Index.

6. Mudahnya. Jika kadar gula dalam badan dah memang tinggi, nak cuba roti yang lebih tinggi serat. Maka roti perang boleh dijadikan keutamaan.

7. Namun jika kalian sihat wal afiat, masih nak nikmati macam biasa, maka roti putih tetap boleh jadi pilihan.

8. Roti putih atau roti perang tidak menjanjikan kalian terus kurus jika makan.

9. Pengawalan kuantiti masih perlu tak kira roti mana yang jadi pilihan.

10. Makanlah ikut kalori masing-masing. Nak bantu kenyang lebih lama, ambillah roti perang. Nak rasai kelembutan roti, roti putih silakan dinikmati.

Begitulah tentang roti. Yang penting kuantiti ambilan mana-mana roti masih perlu dalam kawalan.

Roti mana selalu jadi pilihan kalian? Rasa pun dah lain dua-dua roti ni.

ROTI LEBAH (BEEBREAD) KELULUT

Roti lebah terkenal boleh meningkat sistem imunisasi tubuh (kerana mempunyai bahan antioksidan yang tinggi) dan meningkatkan pengambilan oksigen.

Sehubungan dengan itu, roti lebah kelulut banyak digunakan untuk tujuan berikut:

✅ Meningkatkan tenaga
✅ Meningkatkan stamina
✅ Untuk menguatkan pernafasan bagi mereka yang ada masalah dengan penyakit yang berkaitan dengan pernafasan seperti asma
✅ Membantu merawat alergi (alahan)
✅ Rawatan berkaitan dengan masalah darah dan kandungan kolesterol tinggi
✅ Masalah mati pucuk, masalah yang berkaitan menopause dan kesuburan
✅ Diabetes
✅ Kekurangan darah merah
✅ Bahan bantuan untuk rawatan obesiti dan meningkatkan berat badan
✅ Digunakan untuk rawatan rheumatoid arthritis
✅ Sebahagian daripada diet untuk makanan kesihatan

Kami ada menyediakan roti lebah kelulut yang dihasilkan daripada ladang kami sendiri dan dijamin asli dan organik.

Dapatkan khasiat berlipat ganda dari alam semulajadi ini untuk kesihatan dan perlindungan diri dan yang tersayang ini sekarang.

Murtabak Roti Bercheese menu sarapan sihat

Bahan Bahan
4 keping Roti Gardenia Wholegrain
2 biji telur
Mozarela cheese

Bahan inti
2-3 batang daun bawang
1 biji size sederhana bawang besar
2 biji bawang putih
5 biji cili padi kalau nak pedas tambah lagi
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk paprika
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk oregano
1/2 biji Lada bengala campur warna
Garam secukup rasa
Minyak zaitun untuk menumis
3 keping dada ayam potong halus

Boleh ikut langkah-langkah nak buat macam dalam video ya

Dapatkan Buku resepi diet terkini di sini untuk mulakan misi kurus anda

TIPS LOSS DSSS

Assalamualaikum, Hi semua, ok la sebab selalu share resepi dan menu² diet harian, ramai pulak minta tips sekali. Ok saya share sikit tips saya loss 25kg+ dalam masa 10 bulan. Tapi ini progress dulu tau, Sebab sekarang masih maintain je. Dah 8 tahun lebih dah amal DSSS ni, Alhamdulillah masih Istiqomah hingga sekarang.

Kalau suka tips saya boleh follow silakan. Semoga bermanfaat untuk semua.

1. Kurangkan garam, minyak dan gula. Kalau boleh elak, elakkan la ambil makanan bersodium tinggi, makanan tinggi gula, makanan process dan fast food.

2. Ambil makanan dari sumber² Semula jadi seperti Ayam, Ikan, Telur, Kekacang, Sayur sayuran dan Buah buahan.

3. Makan kerap tetapi dalam portion yang betul. Ambil Suku Suku Separuh. Suku Karbo (Nasi, Roti, Bihun), Suku Protein (Lauk Pauk), Separuh (Sayur sayuran).

4. Kurangkan pengambilan karbo. Setiap main meal ambil segenggam tangan sendiri sahaja.

5. Lebihkan sayur sayuran. Kalau rasa nak mengunyah, kekacang adalah sumber lemak yang baik untuk mengunyah. Baked kosong ambil 10-12 biji untuk sekali snacking. Atau boleh ambil buah buahan atau sayur sayuran sebagai healthy snack.

6. Kurangkan ambil air manis². Kalau boleh lupakan terus pun takpe air bergas atau berkarbonat tu. Banyakkan minum air kosong dan boleh ambil kopi kosong, fresh milk atau green tea kosong. Sedap.

7. Perlu tahu maksud DIET yang sebenar. Kerana ada sesetengah persepsi beranggapan bahawa diet itu perlu berlapar. TIDAK! Saya sendiri makan 5-6 kali sehari, Ikut keperluan badan saya pada hari² tertentu.

8. Rajinkan diri untuk membaca info² berkenaan kesihatan dan diet yang betul. Kalau rasa nak mengalah, penat dan stress. Rehat kejap dan cepat² baca balik kisah² kejayaan orang² yang dah berjaya! Kalau mereka boleh, takkan kita tak boleh kan? Follow orang² yang rajin share menu² dan tips² diet. Nak follow saya pun boleh. Hari² saya update menu² dan tips² diet InsyaALLAH. Hehe Kita support each other ok.

9. Jangan terlalu memaksa badan untuk cepat kurus. Ini akan menyebabkan badan cepat berasa bosan dan stress. Apabila stress, process penurunan berat akan terganggu. Kena ingat, Kita nak gemuk pun makan masa bertahun tahun, takkan nak kurus dalam masa seminggu kan? Sabar. Slow takpe janji konsisten.

10. Tidur mesti cukup 6-7 jam sehari, Tidur yang berkualiti baik untuk kesihatan. Minum air putih sehingga urin anda berwarna jernih. Bila urin warna jernih InsyaALLAH badan kita cukup air.

11. Bersenam. Saya tak bersenam hari². Hanya 2-5kali seminggu. Janji konsisten. Jangan buat seminggu lepas tu cuti sebulan ok. Hehe Bersenam, Saya suka cardio. Tapi saya buat macam² senaman supaya tak bosan.

12. Menu² Saya tak ada sebarang perasa tambahan. Hanya menggunakan garam dan rempah ratus sahaja untuk memasak. U gaiss Boleh la tiruvasi menu² ni semua ikut keperluan badan masing² ok.

13. Saya suka sayur warna warni. Jadi piring saya memang akan penuh dengan sayur yang berwarna warni. Sayur selalu saya akan lebihkan ulam ulaman, jimat kalori. Dan piring saya ni kecil sahaja ya. Sebab tu nampak penuh.

Ehhh! Kata nak share sikit tips? Ni dah berbelas tips dah share ni. Haha
Ok lah. Ini tips dan cara saya tau. Saya just share apa yang saya amalkan sahaja. Nak follow boleh follow. Taknak follow terpulang. Semoga bermanfaat untuk semua ya.

BIJIAN INDIA

Kita biasa tengok biji bijan ni kan. Tak kira la yang putih atau yang hitam tapi kita tak ambik kisah pun.

Biasanya bijan ni selalu kita jumpa kat biskut, roti dan dalam masakan.

Bijan ni asalnya dari India. Banyak khasiat terkandung dalam bijan ni sebenarnya.

Herba ni sering digunakan dalam rawatan penyakit.

1. Merawat gastrik pun

Pengambilan 1 sudu minyak bijan mampu mengurangkan gastrik dan masalah perut. Minyak bijan ni boleh dicampur bersama madu kemudian diminum.

2. Menguatkan jantung dan arteri.

Bijan kaya dengan zat yang sangat bagus untuk jantung. Pengambilan 40 gram sehari dikatakan mampu menurunkan kolesterol dan trigliserida (lemak).

3. Mengaktifkan sistem saraf.

Biji bijan sememangnya kaya dengan magnesium, vitamin B, antioksidan dan asid amino. Komponen ini sangat membantu mereka yang menderita insomnia dan penghidap stress.

4. Mengurangkan keradangan

Kandungan tembaga yang tinggi dalam biji bijan dapat mengurangkan keradangan pada sendi, tulang, dan otot. Ia membantu mengurangkan rasa sakit yang berkaitan arthritis. Tembaga adalah mineral penting untuk menguatkan saluran darah, tulang dan sendi.

5. Merawat kencing manis

Bijan mengandungi sebatian lignan yang dikenali sebagai sesamin. Ia bersifat antioksidan dan antiradang yang sangat baik untuk menurunkan paras gula dalam darah.

Pengambilan 200mg sesamin selama 8 minggu mampu menurunkan kencing manis.

6. Menurunkan tekanan darah tinggi

Mengambil 2.45g bija
n hitam selama 4 minggu mampu menurunkan tekanan darah tinggi.

7. Mengurangkan berat badan

Biji bijan mengandungi serat diet yang tinggi untuk menghalang pengumpulan lemak walaupun anda makan berlebihan.

Jadi, serat bijan ini akan mengaktifkan metabolisme dan proses pembakaran lemak.

8. Mengatasi masalah selesema.

Caranya sapu minyak bijan ke bahagian dada dan hidung setiap malam.

9. Merawat tumit merekah

Sapukan minyak bijan pada tumit setiap malam sebelum tidur. Anda akan dapat hasilnya.

Begitulah manfaat biji bijan ni, sangat bagus untuk kesihatan. Tak kira la guna biji atau minyaknya.

ULANGKAJI INTERMITTENT FASTING

Lama berehat dari amalkan IF. Perlu ulangkaji apabila badan mula naik kembali. Gara- gara raya sebulan. Lagi 2 minggu nak raya pulak.

Jadi saya kongsikan kembali, bagaimana untuk bermula sambil saya buka kitab IF semula.

Untuk permulaan amal suku suku separuh –

Suku – karbo
Suku – protein
Separuh – sayuran hijau rendah karbo .
Buah low GI .

Karbo – tukar pada beras low GI , brown rice , Cadangan diet utk yg baru nak mula

1. Last makan 7 malam

2. Sarapan pagi di lewat kak ke jam 11 , untuk cukupkan 16 jam

3. Ambil sarapan jam 11 , telur separuh masak 2 biji , boleh ambil roti wholemeal utk permulaan maksimum 2 keping .

4. Tea Break – ambil salad sayuran / buah yg rendah GI ( sedikit saja) – boleh makan bersama greek yogurt ( bagus utk otak ni dan boleh kekalkan rasa kenyang yg lama)

5. Makan malam jam 7
Ambil low GI rice /barley 2 senduk kecil saja
Sayuran
Ikan bakar/ steam

Kalau lapar di antara masa makan , minum kopi / green tea ( lebih baik pilih yg ada antioksidan ) kosong tanpa gula .
Kopi utk tahan rasa lapar .
Jika tak boleh tahan pahit guna stevia atau lakanto
Makanan bergula di larang

Ambil parboiled rice atau barli . Barli adalah makanan sunnah

Protein – ayam ikan daging .

Mulakan puasa 12 jam dulu , kemudian perlahan2 tambah jadi 14, 16 jam .

Semakin lama kita berpuasa semakin tinggi peluang hormon glukagon dan hgh akan terembes . Hormon Glukagon akan membakar lemak simpanan sebagai tenaga . Jadi kita menggunakan tenaga simpanan badan sendiri .

Insulin adalah hormon simpanan gula. Gula di simpan dlm bentuk lemak . Terutama di hati . Ini yg sebabkan berlakunya penyakit fatty liver .

Tujuan puasa juga utk kurangkan rembesan insulin supaya tiada gula di simpan dan rintangan insulin tidak berlaku .

Acar Pisang ni menggoda betul. Masakan orang kampung. Tak makan kecik hati pulak orang kampong. Saya ambil tanpa makan nasi. Ratah-ratah saja.

Begitulah.

Leave a Reply

%d bloggers like this: