Roti Untuk Kencing Manis

sliced bread on gray surface
Photo by Mariana Kurnyk on Pexels.com

Roti Untuk Kencing Manis ? Ramai yang nak diet dan memilih roti sebagai pilihan tetapi tahukah anda tak semua roti tu sama?

Saya ingat lagi bila saya bawakan bekal untuk anak ke sekolah dengan roti wholemeal, ada kawan-kawan sekolah dia gelak dan kata : ‘Kenapa ibu kau bawakan roti orang kencing manis nih?’ Hihi .

Ok gak sebenarnya sbb at least mereka aware perbezaan roti dan untuk kesesuaian penggunaan .

Ok, simple je saya nak share satu tip: Jika anda nak mula diet dan nak mencari roti yang lebih sesuai, pilih roti berdasarkan Glycemic Index.

Apa itu Glycemic Indeks?

Glycemic Index (GI) atau Indeks Glisemik ini adalah ukuran relatif bagaimana sesuatu jenis makanan yang mengandungi karbohidrat itu memberi kesan kepada tahap gula dalam darah.

Mudah je, hanya ingat —> Lebih tinggi nilai GI bermakna lebih lebih pantas makanan tersebut diproses dalam badan dan tahap gula akan mencanak naik dengan cepat.

Secara kasar, makanan yang manis dan terproses biasanya mempunyai GI yang tinggi dan perlu dielakkan jika anda nak turunkan berat badan mahupun nak mengawal tahap gula dalam darah.

Tetapi jangan terpedaya kerana tidak semua yang manis tu mempunyai GI yang rendah, sebab tu kena prihatin sedikit dengan jenis makanan dan nilai GI makanan tersebut.

Glycemic Indeks ni diberi dari skala 1 hingga 100 dan di kategorikan kepada 3 kumpulan:

  • GI Tinggi : 70-100
  • GI Sederhana : 56 – 69
  • GI Rendah : 0 – 55

So bila pilih makanan, kena belek skit label kat belakang. Tengok Nilai GI yang diberikan dan pilih makanan GI rendah paling ok, GI Sederhana still better berbanding GI tinggi.

Mantra mudah yang saya selalu kongsikan pada peserta-peserta di Slimming Masterclass ialah ‘Gula Meningkat, Insulin Meningkat dan Lemak akan Terperangkap!’

Roti putih tak dilabel putih dengan nilai GI. Cuba anda cari nilai GI roti putih dan share di ruangan komen

Degil Betul Gula Ni Nak Turun

“Encik, gula encik ni tinggi sangat ni. HbA1c encik ni pun tinggi. Dah ada kencing manis ni encik. Encik lepas ni kene kurangkan makan dan kurangkan ambil gula. Jangan lupa senaman.”

Sebulan berlalu…

“Encik, gula pakcik tinggi lagi ni. Encik tak kontrol makan ke?”

“Saya dah kontrol makan. Saya dah kurang makan nasi. Dulu 3 pinggan sekali hadap, sekarang 1 pinggan je. Saya ganti makan biskut, roti, oat dan buah je. Air pun saya dah tak ambil gula. Dulu saya selali minum kopi o buh gula, sekarang air saya dah tak letak gula. Letak susu pekat je. Itupun saya tambah air kosong banyak2 taknak kasi manis. Tak tahulah kenapa gula ni degil sangat nak turun.”

Lalu kedengaran alunan lagu “Entah siapa yang salah, ku tak tahuuuuuuu”

Sesungguhnya, nasi, biskut, roti, oat, buah, gula, susu pekat ni tinggi karbohidrat. Karbohidrat ni jugaklah bila dimakan akan diproses menjadi glukosa dalam darah. Memang takkan rendah gula selagi tak berenti semua benda tu.

Takpe2, kite boleh mula amalkan IFLK untuk kontrol gula tu. Makan sedap, kenyang dan yang penting TIDAK MENAIKKAN gula dalam darah.

Jom reversed diabetes. Boleh roger2 saya ye. Roti Untuk Kencing Manis.

roti untuk kencing manis

Homemade Roti

Atas permintaan dari kakak ipar, saya nak kongsi resepi untuk buat roti… saya pun dapat dari internet gak…

Bahan-bahan:

6 biji kentang – kupas dan potong kiub

1 bungkus kecil yis kering

1 1/2 cawan air suam (45degree C)

2/3 cawan gula

2/3 cawan shortening

2 biji telur

1 1/2 sudu teh garam

6 1/2 cawan tepung serba guna

1/4 cawan mentega, dicairkan

cara-cara:

1. rebus kentang (dlm 15 minit). toskan airnya. tunggu sejuk dan kemudian lenyekkan kentang tersebut.

2. dlm bekas yang besar, larutkan yis dlm air suam. biarkan sehingga pekat (dlm 10 minit)

3. apabila yis dah ok, campurkan 1 cawan kentang lecek, gula, shortening, telur, garam dan 3 cawan tepung. Tambahkan baki tepung, 1/2 cawan pada satu-satu masa sehingga doh menjadi kenyal tetapi masih masih lembut. letakkan dok tersebut diatas permukaan yang telah ditabur sedikit tepung. gentel sehingga licin dan elastik (dlm 8 minit). letakkan sedikit minyak dlm bekas besar dan letakkan  doh kedalamnya. pusing2kan agar doh disaluti dengan minyak tersebut. tutup dgn pembalut plastik dan sejukkan paling kurang 8 jam sehingga maksimum 5 hari.

4.  kempiskan doh tersebut dan letakkan diatas permukaan(taburkan sedikit tepung ke atas permukaan tersebut). bahagikan doh kepada 2 bahagian, dan bentukkan bulat. leperkan doh kepada bulatan berdiameter 12 inci. letakkan mentega cair dan potong doh kepada 16 bahagian. kemudian gulung  setiap bahagian bermula dengan bahagian hujung yg paling besar. letakkan diatas dulang yang disapu sedikit minyak. tutup dan biarkan naik untuk 1 jam. sementara itu, panaskan oven kepada 200 degree C.

5. bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 15-20 minit atau sehingga roti telah masak dan berwarna agak coklat…

untuk buat roti ni boleh ikut kreativiti sendiri…saya selalu tambah sosej je waktu gulung…atau boleh letak jem/kaya…buat bentuk bulat2…x yah terap… tapi teringin nk letak butter plak dlm tuh…sedap ke x yek… nnt ada masa boleh cuba…

* nak tgk gambar…sila klik di sini

Khasiat Roti Sarang Lebah

Biji labu
– sumber protein yang baik
– Kaya dengan asid lemak omega-3 dan omega-6
– Mengandungi zat besi, beta-carotene, folate
– Bantu kawal gula dalam darah,
– Kaya dengan antioksidan, lantas bantu lawan sel radikal bebas

Kacang Badam
– Sama macam biji labu, dia pon sumber protein yang baik.
– Kaya dengan Vitamin E, manganese dan magnesium
– Kacang badam pon kaya antioksidan.
– Dia pon ada ability bantu kawal gula dalam darah

Chia Seed
– superfood yang famous
– Kaya dengan asid lemak omega-3
– Chia seed kaya dengan fiber. Senang uii membuang kalau rajin makan Chia Seed.

Eh tengok balik. Saya buat roti sarang lebah. Bukan tengah hardsell jual vitamin ??.

Tapi itulah. Ramai sangat takut vitamin sebab overdose la bagai2.

“Saya hanya makan makanan sebenar. Tak makan pil pil ni” ?

Kami pengedar vitamin pon makan makanan sebenar wei. Malah, kalau korang perhatikan, diorang-diorang ni jugak la yang amalkan
– eat clean
– suku suku separuh
– exercise regularly

Semuanya memang mengikut apa yang KKM sarankan.

Dalam makanan kita macam roti sarang lebah ni, memang ada vitamin. Dari topping badam, chia seed, biji labu, malah dari tepung tu pon ada je vitamin.

Ya, pil2 yang kitorg telan tu untuk topup je apa-apa yg kita tak cukup dari makanan sebenar.

Bukanlah replace 100% pon.

Tapi cubalah tengok makanan kita, biasanya makanan yang ada supernutrient tu hanyalah taburan di atas makanan yang kita melantak tu haa.

Tak sampai 10% of the composition pon.

Sedangkan kalau ikutkan Recommended Daily Allowance kita, kita serba serbi tak cukup micronutrient.

Apa yang kita cukup dan berlebih-lebih?

Tu laa. Carbs dan macronutrient.
Gula, gula, dan gula.
Roti bawah sarang lebah ni??

Ayam nak makan besar2.
Daging harimau menangis nak makan 2,3 paket sekali hadap.
Nasi nak sebumbung ?

Tapi yang tu orang tak takut dengan
– Lemaknya
– Garamnya
– Gulanya

Bear in mind, kalori yang tak diguna akan disimpan sebagai lemak.

Bear in mind juga, vitamin-vitamin tiada kalori ya.

So jangan salahkan vitamin kalau jadi gemok, sebab vitamin tak salah. Kalori yang tak digunakan tu yang bersalah?

Makan tak salah.
Makan tak berpada-pada tu yang salah.
Vitamin tak salah (sebab kita tak pernah cukup pon)

Tapi makan too much macronutrient dan terlalu sikit micronutrient tu yang salah.

Hurm…
Ada ke yang nak kutip biji labu, kadang badam dan chia seed dari roti sarang lebah ni? ??

Banyak manfaatnya tu (bukan overclaim)
Hahah.

Done menjustifikasikan pembikinan Roti Sarang Lebah??

kredit : Farha Maskury

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply