Seks Semasa Mengandung

muntah hamil

Seks Semasa Mengandung. Sepanjang usia kehamilan ibu jadi tidak berminat melakukan hubungan seks semasa mengandung. Bukan tidak kasihankan suami yang sering memberi reaksi mahu berasmara dengan isteri. Namun, isteri tidak berdaya bersama setelah pelbagai simptom kehamilan mematikan moodnya.

Mahu atau tidak suami terpaksa menahan diri, melihat akan kesihatan ibu yang tidak mengizinkan dan demi anak tersayang yang di kandung. Apakah ketika mengandung ibu tidak ada perasaan terhadap seks dan adakah seks ketika mengandung itu membahayakan janin, ikuti kupasan bersama Dr. Patricia Lim Su Lyn.

TETIBA NAFSU MENURUN

“Ibu usah menyalahkan diri mengapa dirinya tidak berminat melakukan seks. Sememangnya ketika seks semasa mengandung nafsu akan menurun disebabkan perubahan hormon. Tambahan pula pada trimester pertama ibu mengandung mengalami alahan muntah-muntah, mual dan cepat penat.

Perubahan mood dan badan yang menyebabkan sakit dan berasa sensitif di bahagian payu dara dan tulang belakang boleh merendahkan nafsu ibu mengandung. Keadaan minda ibu mengandung yang sensitif atau negatif tentang perubahan badannya yang semakin sarat juga boleh menyebabkan nafsu menurun,” kata Dr. Patricia yang turut mengadakan ada ibu yang tidak terjejas untuk melakukan seks.

Bagi ibu yang merasa takut untuk melakukan seks bimbang akan memberi risiko kepada bayinya, ibu harus faham hubungan seks ketika ini membawa banyak kebaikan. Sama ada dari segi psikologi dan fizikal di samping mengeratkan hubungan suami isteri.

Ia boleh dilakukan jikalau ibu mengandung tidak mempunyai kandungan yang bermasalah seperti pendarahan (terutamanya pada waktu awal mengandung), pecah air ketuban, uri dalam kedudukan rendah (placenta preavia/low lying placenta) khususnya jikalau adanya pendarahan dan pangkal rahim yang lemah (cervical incompetence).

Jika semua itu tidak ada dan hanya kebimbangan ibu sahaja, cubalah beri peluang kepada suami untuk membelai anda. Mana tahu ia menghilangkan tekanan anda yang selama ini tidak tahu puncanya.

KAITAN SEKS SEMASA MENGANDUNG MUDAH BERSALIN ?

“Ada penyelidik yang menyatakan seks ketika ibu sarat terutamanya ketika sudah menghampiri tarikh bersalin iaitu minggu 37 ke atas boleh memudahkan atau memulakan proses bersalin. Ini adalah kerana air mani suami mengandungi prostaglandin. Elemen yang penting untuk melembutkan pangkal rahim dan penyebab sakit kontraksi bermula.

Oleh itu, ibu mengandung disarankan supaya mengelak daripada membuat hubungan seks dalam trimester ketiga sebab khuatir bersalin awal dan bayi pramatang. Ibu harus bijak merancang dan tahu kondisi badannya untuk membuat hubungan seks,” kata Dr Patricia lagi.

POSISI KETIKA SEKS SEMASA MENGANDUNG

Sesetengah ibu yang sarat jadi tidak selesa ketika bersama, bagi membantu ibu beliau menyarankan beberapa posisi seks yang boleh dicuba. Antaranya…

  1. Posisi di mana suami berada di atas, jika tidak selesa lagi cuba posisi lain.
  2. Ibu di atas
  3. Baring di tepi suami seperti sudu (spooning position)
  4. Duduk di atas suami; posisi di mana ibu mengandung di atas dua belah tangan dan kaki ( all 4s position/doggy style).
  5. Duduk di atas meja/kaunter
  6. Posisi seks berdiri.

Posisi- posisi ini boleh memberi lebih kepuasan kepada ibu mengandung, tambahan pula selamat kerana bahagian abdomen ibu tidak dihimpit. Mengelak daripada beban badan suami ke atas perut ibu mengandung.

Jarak penetrasi dapat dikawal oleh ibu mengandung kerana bahagian pangkal rahim ibu mengandung lebih sensitif pada waktu mengandung.

Ibu sahaja yang faham bahasa tubuh mereka boleh melakukan hubungan seks atau tidak. Jika ibu tidak berapa yakin dan bimbang memberi risiko kepada bayi, ibu harus pandai berkomunikasi dengan suami.

SUAMI PERLU MEMAHAMI NAFSU MENURUN

Nyatakan tentang nafsu terhadap seks anda menurun. Supaya suami faham bahawa penurunan nafsu ini bukan disebabkan oleh hal-hal lain, tetapi perubahan hormon dan badan yang dialami oleh ibu mengandung. Diharap suami anda memahami dan bersabar buat sementara waktu.

Jika suami masih meminta, puaskan nafsunya dengan cara lain tanpa perlu bersetubuh. Kadang-kala segolongan suami juga mengalami penurunan nafsu disebabkan oleh beban menjadi ayah yang bertanggungjawab, khuatir hubungan seks boleh menyakiti bayi dalam kandungan, atau bimbang tentang keadaan/kesihatan bayi dalam kandungan.

Bersyukurlah anda jika ada suami sebegitu. Hargainya dirinya sepenuhnya bukan mudah untuk menahan nafsu. Buktinya ramai kaum suami curang ketika isteri sedang sarat mengandung. Jadi jangan takut seks semasa mengandung.

Dah tahu bila masa ovulasi yang sesuai amalkan tips-tips ini.Tips ini MESTI dilakukan untuk peluang kejayaan untuk hamil. Rahsia untuk cepat hamil ialah dengan melakukan posisi hubungan seks yang betul. Buat hubungan sekerap mungkin. Ya, kami tak bergurau.

13 Posisi Hubungan Seks Terbaik

Menurut kajian kehamilan ini, wanita yang kerap membuat hubungan kelamin mempunyai sistem immuniti badan yang berlainan dari wanita yang kurang membuat hubungan kelamin. Sistem immuniti badan mereka lebih bersedia menerima sperma, sekaligus memudahkan kehamilan. Jom baca lagi 13 posisi hubungan seks untuk wanita cepat hamil.

  1. Dari Belakang — Wanita yang mempunyai “tipped uterus” mungkin lebih mudah mengandung jika hubungan seks dibuat dengan posisi suami mendatangi isteri dari belakang.
  2. Cara Biasa — Posisi missionary biasa iaitu lelaki di atas dan wanita di bawah adalah antara posisi seks terbaik untuk cepat hamil.
  3. Bagi Isteri Orgasm – Orgasm (kepuasan) pada wanita dikatakan mungkin boleh mempercepat kehamilan. Ini kerana kontraksi uterus semasa orgasm dikatakan mungkin membantu menyedut sperma ke serviks dan tiub fallopian.
  4. Berbaring selepas hubungan seks — Walaupun tiada kajian yang mengesahkannya, berbaring selepas mengadakan hubungan kelamin dikatakan mungkin menyebabkan anda lebih mudah hamil.
    Jaga Pelincir – jika anda menggunakan pelincir ketika bersama, cari pelincir yang mesra-sperma. Kebanyakan pelincir yang ada di pasaran mungkin mengubah pH dan asid dalam kemaluan wanita. Ini sekaligus menyebabkan keadaan dalam vagina tidak sesuai untuk kehamilan.
  5. Beli kit kesuburan – mengira dengan kalendar mungkin tidak setepat alat kesuburan, apa lagi jika haid anda tidak menentu. Kit kesuburan dapat memberitahu anda dengan lebih tepat waktu anda paling subur.
  6. Lihat jus yang keluar – jika kitar haid anda normal, dan ada cecair putih jernih seperti putih telur keluar dari kemaluan anda, ia berkemungkinan waktu subur anda. Ini masa terbaik melakukan hubungan kelamin untuk mendapatkan anak.
  7. Rutinkan – Amalkan hubungan seks sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. 80% wanita normal akan hamil dengan seks sekerap ini.
  8. Elak kedudukan seks wanita di atas dan lelaki di bawah – Ini kerana ianya anti graviti dan tidak menolong sperma untuk sampai ke tempat sepatutnya.
  9. Elak Seks Bebas – Jauhi seks bebas dan rambang. Penyakit yang datang dari gaya hidup ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang membawa kepada sukar mendapat zuriat.
  10. Timing Perlu Tepat– Untuk mudah hamil, anda perlu melakukan hubungan seks sewaktu waktu subur. Wanita selalunya mengeluarkan telur 14 hari sebelum tarikh haid mereka –bukannya dipertengahan bulan seperti yang kerap dipercayai. Untuk mereka yang mempunyai kitaran haid selama 28 hari, ia mungkin sekitar hari ke 14. Jika kitar anda 35 hari, anda akan mengeluarkan telur sekitar hari ke 21, bukan 17 (hari 1 ialah hari pertama anda haid).
  11. Guna termometer untuk ketahui waktu subur – Suhu badan pada waktu awal bangun pagi biasanya meningkat sedikit sewaktu hari subur (36.1 – 36.4 Celcius). Jadi ambil suhu badan pada waktu bangun dan buat jadual. Setelah beberapa lama, anda akan dapat tahu waktu subur anda dengan mudah hanya dengan kiraan masa dan termometer.
  12. Cari jalan Berseronok – Hubungan suami isteri sepatutnya seronok. Jadi cari jalan agar ia tidak menjadi rutin. Buat kejutan dengan baju yang meransang, tempah bilik hotel atau letak wangian di bilik tidur. Kajian mendapati lelaki yang teransang dengan sesuatu di luar kebiasaan akan mengeluarkan 50% lebih sperma dari biasa.
  13. Beberapa kajian mendapati bahawa sperma mengambil masa antara 2 dan 10 minit untuk sampai dari pangkal rahim melalui tiub fallopian (di mana mereka berharap untuk bertemu dengan telur.)

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply