Sindrom Quervain Akibat Lama Main Game ?

Sindrom Quervain Akibat Lama Main Game

Sindrom Quervain Akibat Lama Main Game ? BERMAIN GAME DI HENFON PERMAINAN TERLALU LAMA BOLEH MENYEBABKAN SINDROM QUERVAIN

Jangan Main Game Lama-lama

“Assalamualaikum, doctor. Baru-baru ini jari dan pergelangan tangan saya sebelah kanan saya mengalami kekejangan dan lenguh. Saya memang ada bermain game dalam henfon. Adakah ia berkaitan? Terima kasih”

Bermain permainan, terutama pada telefon bimbit (henfon) adalah aktiviti santai yang banyak dilakukan oleh anak muda sekarang. Ia bagus sebagai melepaskan kebosanan tetapi ia boleh menyebabkan ketagihan. Bermain dalam jangka masa yang terlalu lama boleh menyebabkan sindrom Quervain yang melibatkan pergelangan tangan dan ibu jari.

Tangan dan jari kita bergerak dengan bantuan tulang, otot, dan tendon untuk memegang henfon dan menekan butang pada henfon. Berlebihan penggunaan tendon akan menyebabkan ia membengkak. Tendon yang membengkak boleh menyebabkan rasa sakit dan merebak sehingga ibu jari dan pergelangan tangan. Keadaan ini dipanggil sindrom Quervain atau de Quervain tenosynovitis.

Tanda yang paling biasa dirasakan adalah rasa sakit yang melampau di pergelangan tangan dan bahagian bawah ibu jari anda. Rasa sakit ini dirasakan apabila memegang atau mencubit sesuatu. Kesakitan ini lebih kuat apabila menggerak-gerakkan ibu jari memutarkan pergelangan tangan.Kesakitan iniboleh merebak ke seluruh lengan.

Selalunya doctor akan memberikan ubat tahan sakit untuk melegakan rasa sakit ini. Pesakit boleh menekapkan ais pada bahagian yang sakit jika rasa sakit tidak berulang. Jika masih tidak berkurangan, doctor akan mentuntikkan steroid sekeliling tendon bagi mengurangkan kebangkakan. Pesakit boleh berurut secara perlahan-lahan di bahagian yang sakit bagi mereda bengkakan pada ibu jari dan pergelangan tangan. Jika masih tidak selesai, pembedahan akan dilakukan boleh membuka pelapis tendon bagi menyebabkan tendon bergerak tanpa rasa sakit.

Semoga menjawab soalan yang diberikan.

KAKI KEBAS DAN RASA SEMUT-SEMUT? INI 5 PUNCANYA

Pasti ramai yang pernah merasai sebah dan semut-semut di bahagian kaki. Fenomena ini mungkin kerap berlaku jika duduk pada posisi salah atau berdiri terlalu lama. Namun kadangkala, rasa sebah di kaki mungkin disebabkan isu kesihatan yang lebih serius. Dr Anthony Geraci, pengarah Pusat Neuromuscular di Inistitut Kesihatan Sains-neuro di Manhasset, New York, berkongsi bersama laman Health.com berkata:

“Jika seseorang mengalami rasa sebah dan semut-semut lebih dari seminggu dan melibatkan lebih dari satu tubuh badan, ia mungkin membayangkan sesuatu (yang lebih serius).”

Dr Anthony Geraci, pengarah Pusat Neuromuscular, Inistitut Kesihatan Sains-neuro di Manhasset, New York
Berikut merupakan antara perkara yang boleh mengakibatkan sebah dan semut-semut di kaki:

1. SARAF TERHIMPIT
Menurut laman Health.com, urat saraf boleh terhimpit oleh otot, tendon, tisu dan tulang yang berdekatan dan mengakibatkan pelbagai rasa.

Ini antara punca utama rasa kebah di kaki.

Selain rasa kebah atau semut-semut, urat saraf yang terhimpit juga boleh mengakibatkan rasa sakit.

Namun, kondisi ini lazimnya boleh dirawat dengan agak mudah, seperti membetulkan postur badan, urutan dan menguatkan otot-otot berkenaan.

Namun bagi sesetengah kes, menurut Dr. Geraci, ubat pelali atau pembedahan juga diperlukan.

2. HERNIA CAKERA TULANG BELAKANG
Tulang belakang manusia disambung dengan cakera pepejal. Apabila cakera ini terengsot, ia boleh mengakibatkan hernia pada tulang belakang, ‘slip disk’ atau cakera teralih.

Keadaan ini boleh disebabkan oleh badan yang bongkok terlalu banyak atau mengangkat berat dengan posisi yang salah.
Akibatnya, urat saraf akan terhimpit dan menyebabkan rasa sebah dan semut-semut.

Seperti kes pertama, cakera yang teranjak ini juga boleh dirawat dengan senaman, urutan, ubat tahan sakit atau pembedahan pada sesetengah kes.

3. Kencing Manis
Dalam Buku Pegangan Diabetes karya Bilous dan Donelly R ada menyebut bahawa kesemutan yang muncul berulang kali tanpa sebab menunjukkan tanda-tanda penyakit kronik yang berbahaya seperti diabetes.

4. Angin Ahmar
Jika anda masih muda, rasa kebas di kaki jarang disebabkan angin ahmar kerana ia lebih kerap berlaku pada warga emas berusia lebih 60 tahun. Namun berwaspadalah kerana malang tidak berbau.

Antara simptom angin ahmar yang lain ialah percakapan kurang jelas, rasa sebah dan kelemahan atau tidak boleh bergerak pada sebahagian badan. Simptom-simptomnya akan datang secara tiba-tiba dan lebih kerap berlaku pada individu berisiko tinggi, seperti yang menghidapi penyakit darah tinggi, perokok dan pesakit kencing manis.

Ubat boleh mengelakkan kerosakan yang kekal, tapi perlu diambil secepat mungkin. Penting untuk mendapat bantuan serta-merta apabila terdapat simptom angin ahmar.

5. PENYAKIT ATERI PERIFERAL
Penyakit arteri periferal (PAD) berlaku apabila arteri tersekat dan menghalang aliran darah ke tangan dan kaki. Selain mengakibatkan rasa kebas dan semut-semut, PAD juga mengakibatkan rasa sakit ketika berjalan.

PAD selalunya menandakan terdapat pengumpulan lemak dalam arteri yang boleh mengakibatkan serangan jantung atau angin ahmar pada masa depan.

Rawatannya? Berhenti merokok, makan makanan sihat dan bersenam, urutan, bekam serta makan ubat yang sewajarnya.

Berbekam mampu melancarkan pengaliran darah .Jika anda sering kebas-kebas dan mahu mendapatkan rawatan urut .

7 PUNCA KEBAS TANGAN

Ada yang terasa tangannya kebas bila bangun dari tidur. Perlu risau ke kalau tangan rasa kebas? Jari-jari antara ibu jari hinggalah kelingking ibarat mesin yang bekerja untuk kita. Mungkin ramai yang tak ketahui pentingnya tentang kesihatan jari-jari tangan anda.

#Penggunaan tangan yang berlebihan contohnya kerja menaip.

#Guna tangan berulang-ulang dengan kuat seperti kerja di kilang dengan penggunaa jentera atau mesin.

#Gangguan hormon seprti diabetes, tiroid, menopaus dan mungkin juga takungan cecair contohnya wanita hamil.

#Pergelangan tangan terdapat kecederaan lama.

#Wanita berisiko 10 kali ganda lebih tinggi daripada lelaki antara sebabnya banyak menggunakan tangan dan jari untuk kerja-kerja di rumah.

#Mudah berlaku kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas. Saraf median pergelangan tangan tertekan dan berlakulah rasa kebas di tangan. “Carpal” merupakan istilah perubatan yang merujuk kepada pergelangan tangan. “Sindrom” pula ialah kombinasi simptom dan tanda-tanda yang diakui oleh doktor sebagai keupayaan sesuatu penyakit tertentu atau sesuatu keadaan perubatan.

#Dalam sindrom terowong carpal, saraf median tertekap di dalam terowong carpal. Masaalah ini biasanya diceritakan oleh pesakit diabetis akibat kerosakan saraf yang dikenali sebagai diabetic neuropathy dan hampir separuh pesakit diabetes mengalami kerosakan saraf ini terjadi daripada beberapa factor.

* Langkah dan penjagaan kesihatan untuk anda yang mengalami simptom kebas pada tangan dan kaki, sebaiknya segera mendapatkan pengesahan yang lebih lanjut daripada mana-mana pegawai perubatan yang berhampiran sekiranya simptom tersebut berlanjutan.

* Lakukan ujian gula di dalam tubuh anda. Ambil suplemen tambahan seperti kalsium dan vitamin.

* Dapatkan juga nasihat daripada pegawai farmasi mengenai symptom anda. Lakukan senaman-senaman ringan bagi melancarkan lagi system darah anda.

* Elakkan mengambil ubat-ubatan yang boleh menyempitkan saluran darah.

* Berhenti merokok kerana nikotin menyebabkan pembuluh darah mengecut.

* Sentiasa panaskan badan dengan masuk ke dalam rumah apabila sejuk.

* Lakukan aktiviti berjalan 15 hingga 30 minit, dua kali sehari adalah lebih baik.

* Rehatkan diri dan lari daripada situasi yang menyebabkan tekanan.

* Memakai pakaian yang tebal misalnya topi (kepanasan badan hilang ke persekitaran melalui kulit kepala).

* Mengambil makanan dan bahan semulajadi.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply