Tak Boleh Minum Ais ?

tak boleh minum ais

KENAPA TAK BOLEH MINUM AIS? Ramai yang bertanya kepada saya kenapa tak boleh minum ais, makan aiskrim, makan makanan sejuk, minuman sejuk, tak boleh makan buah tembikai,timun, jambu batu, nenas, dan apa-apa jenis makanan yang sejuk mejuk.

Inilah jawapannya ya sayang-sayang ku

Kalau boleh berpantang la dalam masa ambil jamu untuk kesihatan kalian juga. Kalau pada saya lebih baik tak payah terus minum dan makanan yang berunsur sejuk-sejuk .Air gas dan air sejuk dr peti, buatnya kalau minum seteguk je sudah buatkan peranakan kembang balik atau mungkin lagi teruk dari sebelum guna jamu, jadi nasihat saya lebih baik tidak minum terus benda-benda sejuk ni lebih-lebih lagi kalau kalian sudah mengalami masalah peranakan turun, peranakan kembang, miss V berair, miss V berbau, keputihan yang berlebihan.

Jadi langkah yang paling baik adalah minum jela air masak/air suam/ air panas. Tak rugi pun yang sihatnya anda.

Jadi perempuan memang banyak yang kena disiplin. Terutamanya kalau dah bersalin, dah pernah keguguran. Jaga ketika masih muda, sebab sekurang-kurangnya dihari tua nanti tidak lah menanggung sakit sana sini. Tak selesa sana ini.

Kadang kala bila badan masih muda memang tidak terasa.

Tapi apabila umur meningkat ke satu peringkat umur kita akan rasa.

Ramai perempuan hanya sedar bila badan dah bagi tanda lemau, boyot, lohong, busuk, hanyir, hancing dan macam-macam lagi.

Jadi pesanan orang yang dah pernah mengalami permasalahan diatas, Nak makan jamu nak sihat kena disiplin.

Kalau rasa tak boleh disiplin dan tak boleh nak ikut peraturan. Dan rasa peraturan itu ini ketat. Saya sarankan tak perlu pun makan Jamu. Nanti kalau tak pantang dan tak disiplin dan produk tak berkesan. Terus salahkan produk tak berkesan.

So daripada salahkan produk tak berkesan. Walhal diri sendiri tak jaga diri. Lebih baik jangan ambil jamu. Kerana anda akan bazirkan wang ringgit sahaja sayang.

3 Keburukan Minum Ais Selepas Makan

Salam sejahtera semua. Hari ni terbaca lagi blog kesihatan, oklah, nak share dengan korang 3 keburukan minum ais, info menarik ni terbaca dalam blog janahazana, memang cool dan best artikel dia, ok jom baca semua.

1) Minuman berais ganggu proses penghadaman

Minuman ais akan mengganggu kebolehan semulajadi tubuh untuk memproses makanan yang dimakan dengan sempurna. Ia menyebabkan proses-proses tersebut menjadi lebih perlahan. Ini akan mengganggu penghadaman dan boleh menyebabkan tubuh gagal menyerap zat & nutrisi dari makanan yang diambil. Makanan juga tidak dapat ditukar kepada tenaga.

Makanan yang dihadam dengan sempurna akan ditukar kepada tenaga dan nutrisi bagi memastikan setiap organ dapat berfungsi dengan lancar. Malah tenaga tersebut digunakan untuk kita menjalankan tugasan harian. Apabila tubuh tidak mendapat tenaga dan nutrisi yang mencukupi, ia boleh menyebabkan antaranya sistem imun terganggu. Tubuh akan mudah mendapat jangkitan penyakit seperti demam, sakit tekak dan selesema.

2) Hilang kandungan air dalam tubuh

Lagi, apabila minum minuman berais sejumlah tenaga diperlukan untuk mengimbangi suhu dalam badan kita supaya kembali kepada normal. Maka tenaga yang sepatutnya ditumpukan kepada proses penghadaman telah berkurangan. Sebab tu selepas makan disertakan minuman berais, tubuh akan rasa lemah dan lesu. Lagi, apabila banyak tenaga digunakan ini akan menyebabkan tubuh kita cenderung untuk kehilangan kandungan air. Sebab tu kalau diperhatikan, minum ais sebabkan lebih cepat rasa haus dan kulit jadi kering.

3) Lemak terkumpul

Terdapat kajian yang menunjukkan minuman berais menyebabkan lemak-lemak dalam makanan yang diambil mengeras dan lebih sukar untuk diproses dan dicerna. Oleh itu tubuh tidak dapat menyingkirkan lemak-lemak tersebut dengan sempurna. tak boleh minum ais ?

sumber: janahazana

Amalan Rendam Kaki Dalam Ais

Dah dua hari amalkan rendam kaki dalam ais. Best juga, memang banyak kebaikkannya untuk gout, sakit kepala, sakit badan, lesu, minor stroke, sakit urat, tak lena tidur malam. Badan rasa berat dan penat, try laa.

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit dan Ais Batu ?

Untuk pengetahuan anda, amalan rendaman kaki dengan air yang dicampurkan dengan sedikit ais batu dapat melegakan ketegangan otot dan ianya dapat mengelakkan dari gangguan jin.

Tahukah anda? Bila anda bangun dari tidur bila di pijak kaki pada lantai yang sejuk jika anda terasa menyucuk di tapak kaki itu maknanya dalam badan anda banyak angin. Angin dalam badan anda itu adalah angin tidak elok.

Sesiapa yang mengalami masalah tersebut, kerap sakit kepala, sakit belakang, sakit belikat ,lenguh tengkuk, kerap sendawa, kerap kembung perut.

Terapi rendaman kaki dengan air yang dicampurkan bersama sedikit ais bagi orang yang sukar tidur malam adalah baik jika diamalkan.

Bagi masalah sakit kepala pula ataupun bisa sakit-sakit badan adalah elok untuk mengamalkan rawatan rendaman kaki yang dicampur bersama dengan ais ini.

Menurut Perubatan Islam, sekiranya anda ada mengalami gangguan jin yang kronik anda pasti akan rasa sakit seperti menyucuk-nyucuk di kaki yang direndam itu, itu adalah tandanya yang tubuh kita ada mangalami gangguan makhluk halus. Oleh itu sekiranya diamalkan, inshaaAllah izin Allah jin akan terhindar dari pada tubuh anda.

Menurut sumber, untuk kesan yang lebih baik lagi campurkan air rendaman kaki tersebut dengan daun bidara, limau nipis dan garam bukit dalam air berais itu. Kesannya amat baik dalam tubuh badan kita.

Bolehlah diamalkan membaca sebelum rendam kaki

Surah Al Fatihah 7x
Surah Al Ikhlas 7x
Dan selawat 7x

InshaaAllah dengan izin Allah, kaki badan akan berasa ringan.

Menurut Perubatan Islam, kesan gangguan makhluk halus adalah seperti:

1. Kaki anda berasa Pijar bila di rendam kaki anda dalam Ais
2. Lenguh dan kebas pada kaki
3. Sakit mencucuk di kaki

Haruslah diingat ini adalah salah satu cara alternatif dalam rawatan islam dan ianya juga adalah sebagai salah satu iktiar untuk merawat pesakit, inshaaAllah dengan izin Allah, sakit anda akan sembuh atau berkurangan. Ianya juga adalah mengikut kesesuaian tubuh badan anda, wallahualam.

Kredit: Fatin Adila Razali

LESEN AIS

Tentu anda pernah tertanya-tanya, bagaimana caranya memastikan ais yang kita minum pada setiap hari selamat?

Dan siapa yang wajib memohon lesen ais?

Sudah semestinya SEMUA pengusaha ais WAJIB memohon lesen untuk tujuan jualan dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM. Dan jenis-jenis ais yang memerlukan lesen jualan terdiri daripada jenis ais tiub, hancur, kiub, flake, turbo, blok dan hancur. Antara syarat yang harus dipatuhi adalah kilang ais telah siap dibina serta sedia untuk digunakan.

Selain itu juga, ianya harus juga berdaftar dengan KKM melalui laman sesawang http://fosimdomestic.moh.gov.my

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM


Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply