Tanda Penyakit Kesan Melalui Perubahan Badan

Tanda Penyakit Kesan Melalui Perubahan Badan

BERBAGAI TANDA PENYAKIT DI BADAN

KEAJIBAN YANG WAJIB SEMUA TAHU.

  1. Sakit di bahagian bahu.
    -Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
  2. Kebas tangan :
    -Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
  3. Kebas tangan kiri dan lengan :
    -Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.
    Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
  4. Kebas kaki :
    -Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
  5. Sakit tapak kaki :
    -Menandakan buah pinggang lemah.
    Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
  6. Sakit tumit kaki :
    -Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
  7. Rasa panas di tapak kaki :

– Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

  1. Gatal di celah-celah jari kaki :

– Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

TANDA-TANDA DALAMAN KEPALA

  • Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
  1. Pening / sakit di bahagian depan kepala :
    -Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
  2. Pening /sakit di bahagian belakang kepala
    -Bahagian atas : Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
    -Bahagian bawah (tengkuk). :Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
  3. Sakit kepala dan rasa gas keluar dari telinga :
    -Menandakan penyakit migrain.
  4. Bisul terjadi di kepala:
    -Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
  5. Rasa pening yang memusing

– Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

  1. Mulut / kerongkong / lidah loya / muntah.
    -Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
  2. Muntah darah
    -Darah merah :
    Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan

– Darah hitam:
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

  1. Lidah rasa tegang dan pendek :
    -Tanda sakit jantung.
  2. Keluar air liur yang pekat :
    -Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
  3. Kerap kencing :
    -Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
  4. Air kencing berkapur :
    -Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

12 Air kencing berminyak :
– Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

  1. Air kencing pekat berwarna coklat :

– Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

  1. Air kencing berdarah :
    -Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

BUANG AIR BESAR

  1. Cirit -birit / kerap buang air besar :
    -Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar
    . Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
  2. Sembelit:
    -Membersihkan toksin dari usus kecil.
  3. Najis berdarah

– Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
– Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

  1. Najis berwarna hitam :

– Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

  1. Badan:
    -Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
  2. Sakit menyucuk :

– Proses menyeimbangkan urat saraf.

  1. Sakit sengal:

– Menandakan luka di dalam badan.

  1. Sakit menyentap:

– Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

  1. Sakit menegang :

– Proses melancarkan pengaliran darah.

  1. Badan terasa berat/ malas/ lenguh .
    -Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
  2. Badan terasa panas .
    -Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
  3. Badan terasa ringan :

– Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

  1. Rasa takut mengejut.

– Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

  1. Cepat naik darah / marah :

– Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

  1. Rasa bimbang dan takut :
    -Sistem paru-paru yang lemah.
  2. Rasa seronok atau bimbang tanpa sebab :

– Sistem jantung yang lemah.
– Sistem saraf otak yang lemah.
– Masalah pengaliran darah.

7 TANDA-TANDA PENYAKIT KOLESTROL TINGGI

1. Jari kaki dan tangan sering kebas
–> terjadi kerana penyempitan salur darah pada dinding arteri.
2. Mudah letih dan Cepat Mengantuk
–> Aliran darah membawa oksigen ke otak terhalang membuatkan kita cepat mengantuk.
3. Senak dada sebelah Kiri
–>tanda pembuluh darah pada bahagian jantung mulai tersumbat.
4. Sering Sakit kepala, rasa berat dan tegang di belakang leher
–> Arteri semakin sempit membuatkan aliran darah ke otak berkurangan dan saraf di leher tertekan.
5. Kaki membengkak
–> Pembuluh darah semakin sempit dan kaki adalah bahagian sedikit mendapat darah.
6. Timbul bintik-bintik putih (biji Lemak)
–>Di bahagian bawah mata, kawasan wajah dan leher.
7. Tanda Kuning muda
–> pada tengah atau hujung kelopak mata. ada juga alami benjolan padat pada siku, tumit atau lutut
PERHATIAN SEMUA!!
Implikasi sekiranya Kolestrol Tinggi tidak dibendung
strok
serangan jantung

TANDA TANDA SAKIT JANTUNG

Pada zaman ini, penyakit jantung adalah pembunuh utama. Setiap saat yang berlalu ketika pesakit tersebut mengalami sakit jantung, adalah amat berharga. Oleh itu, ketahuilah tanda tanda sakit jantung yang mungkin boleh menjadi penentu di antara hidup atau mati. Ini sumber dari Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar, DBKL.

RAHANG TIDAK SELESA – Antara tanda tanda sakit jantung yang sangat jelas adalah ketidakselesaan atau sakit di bahagian rahang anda. Anda mungkin boleh rasa ketegangan di dalam dan di sekitar bahagian bawah rahang pada salah satu atau kedua-dua belah bahagian. Ketidakselesaan ini boleh merebak dari dada ke rahang anda.

LEHER RASA TERBAKAR – Mereka yang pernah alami sakit jantung menggambarkan ketidakselesaan di bahagian leher seperti tercekik atau perasaan terbakar di dalam leher. Ketidakselesaan ini boleh merebak dari dada atau bahu ke leher anda.

SAKIT DI BAHU – Antara tanda tanda sakit jantung yang seterusnya adalah ketidakselesaan atau sakit di dalam atau di sekeliling salah satu atau kedua-dua belah bahu anda. Ia digambarkan seperti sakit biasa, berasa berat atau tekanan yang merebak dari dada ke bahu.

RASA BERAT DI BAHAGIAN DADA – Seterusnya, tanda tanda sakit jantung yang lain ialah apabila terasa sedikit berat, tegang atau tekanan di bahagian tengah dada. Sakit yang dirasa begitu teruk sehingga anda boleh merasa tidak sihat. Walaubagaimanapun, sakit dada seperti perasaan tajam dan dicucuk-cucuk kebiasaannya bukanlah antara tanda tanda sakit jantung.

SAKIT BELAKANG – Sakit belakang juga merupakan di antara tanda-tanda bagi mereka yang megalami sakit jantung. Biasanya sakit itu dirasai di antara kedua-dua tulang belikat anda dan boleh merebak dari dada ke bahagian belakang anda.

TIDAK SELESA PADA LENGAN – Ketidakselesaan atau sakit di salah satu atau kedua-dua belah lengan juga merupakan tanda-tanda sakit jantung. Ketidakselesaan ini boleh merebak dari dada ke lengan anda.

RASA LETIH – Merasa letih yang amat sangat juga dialami oleh sesetengah orang yang berdepan dengan risiko sakit jantung. Mereka memberitahu yang mereka sukar untuk melakukan aktiviti yang senang, seperti berjalan ke bilik air atau mengambil segelas cawan untuk minum. Elakkan aktiviti bersukan yang berat. Jangan tidak tahu, ada yang meninggal dunia kerana main futsal buat pertama kali. Jangan sesekali abaikan tanda tanda sakit jantung seperti ini.

RASA LOYA – Selain daripada itu, anda juga mungkin mengalami loya atau tidak sihat untuk tempoh yang lama. Anda juga mungkin berasa pening di samping tanda-tanda sakit jantung yang lain. Peluh yang sejuk atau peluh jantan juga mungking dapat dirasai. Dan akhir sekali, anda mungkin berasa seperti semput atau alami kesukaran bernafas. Ia boleh digambarkan dengan seseorang yang perlu menarik nafas yang panjang disebabkan dada terasa seperti ketat atau sempit.

Ini sumber dari DEMC yang menyenaraikan tanda tanda sakit jantung dalam bentuk yang ringkas:

Sakit dada semasa melakukan aktiviti kecergasan seperti apabila berjalan laju, naik atau turun tangga, bermain bola, berjoging atau sebagainya. Badan merasa cepat penat, sentiasa termengah-mengah, lelah atau batuk berlebihan. Kebolehan melakukan aktiviti yang biasa dilakukan berkurangan daripada biasa. Terasa letih, lesu, pening dan mudah pitam. Anda boleh merasakan denyutan jantung anda bergerak laju (palpitasi) dan cepat berpeluh.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply