Tiada Sekatan Pelancong China ?

Tiada Sekatan Pelancong China ?

Tiada sekatan pelancong mana-mana negara, termasuk China ke Malaysia – PM

PETALING JAYA: Kabinet memutuskan tiada sebarang larangan atau sekatan dikenakan terhadap pelancong daripada mana-mana negara luar termasuk China ke negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan mengambil pendirian tidak ‘mendiskriminasi’ China melihat keadaan jangkitan wabak Covid-19 di beberapa negara lain termasuk Amerika Syarikat juga berdepan situasi sama.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan akan memperketat kawalan sedia ada seperti penggunaan pengimbas suhu terhadap pendatang asing di pusat Imigresen khususnya daripada negara yang berisiko tinggi berlaku jangkitan wabak.

“Kabinet tanpa ragu memutuskan bahawa aspek kesihatan adalah hal yang utama. Soal pelancongan dan ekonomi tidak boleh mengatasi kepentingan mengawal dan merawat rakyat dari segi wabak dan jangkitan. Tiada tolak ansur.

“Namun, ini tidak bermakna kerajaan harus memberi kelonggaran kepada mana-mana negara termasuk China, kita harus pantau seperti mana mengikut keperluan dan kepentingan.

“Oleh itu, kerajaan akan mengambil tindakan untuk menyelamatkan rakyat kita, sesiapa sahaja yang masuk (ke Malaysia) harus dipantau dan dikenakan syarat yang sama,” katanya dalam sidang akhbar delepas mesyuarat Kabinet hari ini.

Sumber: UTUSAN MALAYSIA

Leave a Reply

%d bloggers like this: