Timun Tikus Sedap Buat Ulam ?

timun tikus

Ini buah timun tikus. Buahnya comel. Sebesar hujung jari kelingking. Sepanjang setengah inci. Warna hijau ketika muda dan merah apabila sudah masak. Boleh buat ulam ketika masih hijau. Khasiatnya untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Rasanya seperti buah timun. Dalamnya pun seperti buah timun. Tetapi ada rasa sedikit masam.

Pokoknya menjalar. Suka memanjat pagar. Tumbuh sendiri. Selalunya selepas hujan. Kalau kemarau, buahnya lebih kecil. daunnya juga kecil. Daun juga boleh masak sayur pedas campur dengan cendawan busut atau pucuk miding.

Cucurbitaceae

sejenis tumbuhan menjalar.rasa seperti timun biasa tetapi saiz buahnya sangat kecil. boleh dimakan buat ulam mahupun diletakkan dalam masakkan. pokok timun tikus dipercayai mengandungi beberapa khasiat dari akar, daun hingga ke buahnya.

ia juga adalah herba bagi mengurangi gula dalam darah(diabetes).selain itu tumbuhan ini dapat merawat deman, kecacingan(antelmenthic),keradangan & penahan sakit. Kandungan yang ada pada pokok ini antaranya:

  • Anti-bakteria ekstrak dari daunnya.
  • daun & akar dapat menurunkan gula dalam darah
  • Daunnya juga dapat merawat luka² pada kulit

ULAM-ULAMAN YANG TERDAPAT DI MALAYSIA, KHASIAT ULAM-ULAMAN : 65 – Nama Ulam : Nama saintifik : Passiflora foetida. Khasiat/Penggunaan. Mengubati penyakit kencing manis dan mengandungi protein, mineral, provitamin A, dan vitamin

Tanaman ini adalah merupakan sejenis sayuran tradisi yang banyak ditanam di kampung-kampung tradisional. Pokok ini mudah tumbuh dan tinggi daya ketahanannya. Ianya boleh tumbuh melata di atas tanah atau di atas tunggul-tunggul kayu buruk atau pun di pagar-pagar di kampung kita.

Coccinia India

Sesetengah orang di dunia sangat menyukai tikus timun contohnya di India, orang di sana memanggilnya dengan nama Coccinia, banyak yang dijual di gerai sayur dan juga pasar raya. Bagi komuniti kita tumbuhan ini mungkin kurang dikenali. Kandungan atau kesan farmakologi yang terdapat dalam tikus timun termasuk:

  • Kesan Antibacterial, ekstrak dari daun dan batang tanaman ini sangat efektik untuk bakteri-bakteri gram positive (seperti bakteri Bacillus cereues, corynebacterium diphtheria, staphylococcus aureus dan staphylococcus pyogenes) maupun bakteri gram negative (Salmonella typhi, Eschericia coli, klebsiella pneumonia, pseudomonas aeruginosa, proteus myrabillis, dan shigella bodyii).
  • Kesan Antidiabetik – penurun gula darah, Juice dari daun sampai ke akar banyak digunakan untuk pengubatan Diabetes, daunnya juga di gunakan untuk mengatasi luka pada kulit, sangat baik juga di gunakan untuk pengubatan Gonorrhea.
  • Anti pryetik – atau tanaman ini juga di gunakan untuk mengubati demam.
  • Antelmenthic dan lanvicidal (ubat cacing dan perawatan terhadap larva cacing).
  • Anti Inflamatory (mengatasi kerandangan).
  • Analgessic ( pengurangan rasa sakit).

Tumbuhan Timun Tikus

Banyak jenis tumbuhan yang tidak dipeduli banyak tumbuh di sekeliling kita. Malah pokok tersebut dianggap sebagai mengganggu dan tiada apa-apa manfaat. Sedangkan pokok tersebut sama ada bunga, buah, daun, batang, akar dan sebagainya boleh dimanfaatkan untuk pelbagai kegunaan.

Contohnya, pokok ini. Pokok ini banyak tumbuh di sekitar tempat tinggal kita. Ia tumbuh dari biji benih yang tersebar melalui najis burung atau haiwan lain yang memakan buahnya. Pokok timun tikus mudah tumbuh. Pokoknya menjalar. Suka memanjat pagar. Tumbuh sendiri dan mudah membesar, terutama pada musim hujan.

Buahnya comel. Sebesar ibu jari dengan panjang boleh mencapai lebih dua inci. Namun, tumbesaran lebih kecil pada masa kemarau. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan bertukar merah apabila sudah masak. Boleh buat ulam ketika masih hijau.

Khasiatnya untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Rasanya seperti buah timun. Dalamnya pun seperti buah timun. Tetapi ada rasa sedikit masam. Daun juga boleh masak sayur pedas campur dengan cendawan busut atau pucuk miding.

Buahnya selain boleh dibuat ulam, boleh juga dimasak lemak cili padi bersama udang. Atau masak tempoyak. Boleh cicah sambal belacan atau dimasak sayur lemak kuning. Seperti masak sayur lemak timun biasa. Tentu sedap juga dimasak bersama ikan masin atau ikan bilis.

Sepatutnya sumber yang ada di sekitar kita dimanfaatkan sepenuhnya. Ia percuma, tetapi kaya khasiat. Jadi, mengapa tidak mencubanya. Petik sahaja jika ada di sekitar rumah anda.

Masakan Sedap

Buah timun tikus biasanya dimakan mentah sebagai ulaman baik bersama sambal kelapa atau sambal belacan. Buahnya rangup atau rapuh cukup enak dimakan bersama nasi putih. Namun begitu buah timun tikus juga boleh dimasak gulai bersama ikan air tawar baik dalam bentuk kari atau gulai masam.

  • Pucuk daun timun tikus yang lembut ini, sesuai dibuat rebusan atau ditumis seperti menumis sayuran sawi atau lobak. Ianya juga boleh dimasak sebagai sayuran campur bersama dengan putik jagung atau cendawan.
  • Pucuk timun tikus yang sedap dibuat sayur. Ada pihak yang mengatakan bahawa dengan memakan sayuran buah timun tikus ini dapat mengawal kencing manis.
  • Pokok timun tikus sejenis pokok menjalar yang tumbuh meliar.
  • Pokok timun tikus mudah tumbuh melalui biji benih dari buah yang matang.
  • Pokok timun tikus biasanya memanjat atau membelit pada pagar. Daun atau pucuk muda sedap dibuat sayur lemak, sayur air, sayur pedas mahupun digoreng celup tepung.
  • Daun pokok timun tikus mirip daun labu, tetapi lebih kecil.
  • Buah timun tikus yang masih muda pula sesuai dibuat ulam dan sayur. Manakala buah tua pula amat diminati oleh burung merbuk jambul atau burung jenis yang suka makan pisang dan buah timun.

Antara khasiat buah timun tikus ialah merawat menurunkan kadar gula dalam darah dan mengawal tekanan darah. Terdapat perbezaan yang luar biasa dari timun biasa, seperti daun dan rasa buah, tikus timun sedikit berasid, tetapi masih menyegarkan untuk dinikmati.

Sedap Masak Timun Tikus

Buahnya selain boleh dibuat ulam, boleh juga dimasak lemak cilipadi bersama udang. Atau masak tempoyak. Boleh cicah sambal belacan atau dimasak sayur lemak kuning. Seperti masak sayur lemak timun biasa. Tentu sedap juga dimasak bersama ikan masin. atau ikan bilis.

Cantik apabila pokok ini melilit di pagar. Warna bunganya yang kuning dan buahnya yang lebat. Kalau sudah masak, buahnya berwarna merah. Berseri. Semoga mendapat manfaat di atas perkongsian ini. Semua ciptaan Allah itu untuk dikaji dan bermanfaat kepada manusia. Cuma manusia sahaja yang tidak mengetahui. Sekian Wassalam.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply