Tips Dapat Anak Lelaki

tips dapat anak lelaki

Tips Dapat Anak Lelaki ? TIPS MERANCANG JANTINA BAYI. RASULULLAH PUN ADA AJAR. ” Doc, anak saya dah 5 orang. Semuanya lelaki. Sebenarnya hati ini terdetik nak menimang anak perempuan. Kalau doc ada ilmu atau amalan boleh kongsi dengan saya tak. “

Biasanya bila dapat soalan macamni, saya berfikir sekejap. Menyusun kata2 bertahap. Yelah, soal merancang jantina anak ini bukan isu baru, viral dari zaman tok nenek moyang kita lagi. Bermacam jenis petua yang dikongsi. Ada yang menjadi ada juga yang tidak.

Memandangkan kakak ipar Sai sendiri ada anak 5 orang, selang seli antara lelaki dan perempuan, jadi Sai terfikir untuk berkongsi beberapa pandangan yang agak logik dan bernas dari sudut sains dan pandangan agama.

Kita pernah dengar, isteri memikul ‘tanggungjawab’ penuh menentukan jantina anak samaada lelaki atau perempuan. Sebenarnya, itu hanyalah mitos. Yang betulnya kita manusia ni terbentuk daripada kromosom XY atau XX. XY itu lelaki dan XX adalah perempuan.

Satu X datang dari isteri, satu X atau Y datang dari suami.

Ini bermakna benih suami 100% berperanan menentukan bayi didalam kandungan samaada bayi lelaki atau perempuan.

Menurut Dr Landrum Shettles dan David Rorvik, 75% pasangan boleh usaha memilih jantina bayi mereka. Cuma sebagai orang islam, kita wajib letakkan pergantungan kepada Allah sesudah usaha kan. Ok kita mulakan.

TIPS UNTUK DAPATKAN ANAK LELAKI.

1) PEMAKANAN.
Banyakkan makanan yang tinggi kandungan alkali seperti pisang. Genetik lelaki yang ada di dalam benih suami cenderung bertahan di dalam cecair yang bersifat alkali. Begitu juga isteri. Air kelapa dan buah tembikai adalah makanan beralkali. Boleh google sumber makanan lain.

2) WAKTU BERSAMA
Benih bayi lelaki bergerak laju dan jangka hayatnya pendek. Berbeza dengan benih bayi perempuan (X), ia bergerak perlahan dan agresif.
Jadi bila isteri berada dalam fasa subur, benih lelaki akan bergerak pantas bergabung dengan ovum, cuma anda perlu kenalpasti waktu mana yang sesuai untuk benih lelaki mendapatkan ovum.
Jadi anda kena tahu bila waktu subur.

CARA KIRAAN WAKTU SUBUR

1) Kenalpasti tempoh kitaran haid bulan ni dan bulan seterusnya.
Contoh kitaran haid anda bulan ni hingga bulan depan adalah selama 28 hari. Jadi, jumlah ini tolakkan dengan angka 14.
28 – 14 = 14.
So, hari ke 14 selepas hari pertama period itu adalah waktu subur anda.
2) Ovulation kits.
Boleh beli ovulation kit di farmasi. Ia indikator macam pregnancy test, sejenis alat untuk mengesan waktu subur. Baca arahan di kotak. Cuma cara ini sesuai untuk mereka yang period teratur.
3) Keluar cecair umpama putih telur.
Hormon estrogen yang tinggi semasa waktu subur akan memberi kesan pada dinding faraj wanita.
Jadi cecair yang likat umpama putih telur antara tanda anda dalam fasa subur.

Untuk ikhtiar anak lelaki, seeloknya bersama dengan pasangan SEMASA atau BEBERAPA JAM SELEPAS fasa subur. Kenapa beberapa jam selepas? Sebab jangka hayat ovum sangat pendek. Ia hidup dalam tempoh lebih kurang 36 jam sahaja.

Waktu ni kita nak tangkap benih Y iaitu benih baby boy untuk senyawakan dengan ovum, sebab benih ni jangka hayat pendek dan bergerak laju berbanding benih X.

Tips untuk mendapatkan bayi lelaki:

Sebelum & Selepas:

1. Berdoa sebelum bersama dengan niat usaha utk mendapatkan bayi lelaki

2. Bersama suami pada waktu tidak subur isteri (antara hari dua puluh satu hingga hari kedua puluh lapan /hari sebelum period dari kiraan hari pertama selepas waktu subur)

Kenapa dalam waktu tidak subur isteri sahaja?
Sebab suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan gen X/Y yang perlu dikumpulkan perlu lebih sedikit pada waktu ini. Hanya dalam waktu tidak subur ini saja, hormon suami perlu lebih aktif dari isteri. Agak susah nak dapatkan bayi lelaki tapi depends gak.. (kebanyakan pasangan baru berkahwin selalu dapat bayi perempuan sebab first time bagi si isteri melalui ‘gitu-gitu’ so excited terlebih sikit… tapi kalau merancang, memang mudah dapat bayi lelaki)

3. Suami melepaskan/merembeskan 100% air maninya di dalam rahim isteri dan sedalam mungkin (Tujuan : mengizinkan kesemua sperma disalurkan kedalam rahim isteri supaya gen XX lebih banyak dr XY; Suami membawa XY, isteri membawa gen X – so penentu jantina bayi adalah dari sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kanan (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu takpun cuba ubah tempat tidur supaya tidak membelakangi suami tapi masih dlm keadaan beralih ke kanan)

5. Berdoa.

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dalam proses pembentukan janin):

1. Banyakkan makan laut (seafood) serta daging
2. Banyakkan makan yang berasid
3. Amalan minuman kurang manis

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf untuk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah Maryam untuk pembentukan minda bayi) * lebihkan/kekerapan kepada surah Yusuf

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dengan bayi dalam kandungan dengan memanggilnya dengan nama “Muhammad” atau “Ahmad”/”Amin”

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi lelaki – perutnya membesar atau meruncing ke hadapan.

Selamat mendapatkan baby pilihan anda! Kita hanya merancang dan berikhtiar, tapi Allah swt yang tentukan. tips dapat anak lelaki

Tips Pemakanan Baby Boy

Jika mahukan baby boy, suami perlulah lebihkan memakan makanan laut (seafood).Manakala jika mahukan baby girl, suami perlulah memakan daging sama ada ayam atau lembu.

Kenapa suami? Kenapa bukan isteri??Kerana suami yang bawa kromosom Y yang mana menentukan boy atau girl. Maka suami-suami main peranan besar kat sini ok.Apa yang saya dan suami usahakan ialah sebulan (bulan rancang nak hamil bermula daripada hari pertama saya period) suami dilarang makan apa-apa jenis seafood.

Sebulan memang hari-hari sumber protein yang suami ambil hanyalah ayam, daging atau telur. Sampaikan ayah beli ketam dan siput sedut pun dia kena telan air liur je. Suami tak ada masalah untuk ni sebab dia memang suka ayam dan daging.

Selain tu, suami juga kena lebih makan masam. Yang ni mencabar sikit untuk suami sebab dia memang tak suka buah masam-masam, tapi direlakan juga bila isteri beli buah yang masam untuk dia.

Isteri juga boleh membantu dengan lebihkan mengambil makanan bersumber tenusu. Susu, cheese dan butter. Saya kongsi ni lebih kepada untuk baby girl, so kalau nak boy, kena sebaliknya. Elakkan makan masam dan isteri elakkan makanan tenusu. tips dapat anak lelaki.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply