Tips Diet

nak makan banyak

Tips Diet Bertangguh bukan malas. Pagi ni, kak ifaz dapat ilmu baru. Tentang procrastination (bertangguh). Rupanya bertangguh ini bukan sejenis kemalasan. Tapi ia adalah cara berhadapan dengan stress.

Cuba kita fikir semula. Biasanya kita akan bertangguh untuk bekerja, buat exercise turunkan berat badan dan untuk bina sesuatu habit yang baik. Tapi kita tak bertangguh untuk buat benda yang kita suka, layan youtube, scroll media sosial, tengok kdrama. Setuju? tips diet

Sebab untuk bina habit yang baik tak mudah. Jadi kita cenderung untuk bertangguh.

Ala, esok la diet. esok la buat kerja tu. Sebenarnya bila kita bertangguh, kita sedang buat sesuatu untuk legakan stress kita. Tengah buat kerja, kita scroll media sosial. Kerja pun bertangguh. Ada satu hormon kat otak akan dirembes dan kita rasa kurang stress.

Masalahnya ia bersifat sementara sahaja. Orang yang sekali bertangguh, akan bertangguh lagi dan lagi. Sebab apa? Sebab otak kita craving for rasa ‘kelegaan dari stress’ itu.

So, apa langkah pertama untuk kita kurangkan sifat bertangguh.

Mel Robbin, penulis buku The 5 second Rule kata, langkah pertama adalah MAAFKAN DIRI SENDIRI sebab bertangguh. Sejujurnya kak ifaz rasa terkejut dengan saranan penulis ini. Tapi, bila difikirkan balik, betul juga. Bila kita selalu blame diri sebab bertangguh, kita lagi stress, lagi kita susah nak teruskan kerja itu.

STEP KEDUA : Bayangkan apa kita nak jadi akan datang, bina vision board

Contohnya: kita nak kurus. Bila kita rasa nak bertangguh untuk exercise dan jaga makan, Vision board kita bantu kita untuk kembali on track. tips diet

STEP KETIGA: Just get started.

Buat sahaja apa yang perlu kita buat. Kira 5, 4, 3, 2, 1 dan terus bangun dan buat. Boleh Buat benda senang dulu sebagai permulaan. Buku ‘ The Atomic Habit’ banyak bagi tips. Antaranya buat sesuatu tu tidak lebih 2 minit untuk permulaan.

Contoh nak rajin baca buku. Untuk permulaan, baca buku tidak lebih 2 minit. Esoknya pun sama. Baca untuk 2 minit lagi. Dan seterusnya. Kita akan cenderung untuk baca lebih lama selepas itu.

tips diet

NAK KURUS PILIH MAKANAN THOYIBAN, AZKA

Baca balik tips dr norman norawi nih bukanlah sukar mana. Tapi kena faham konsep dan disiplin yang betul, baru boleh jadi. tips diet

Cuba baca tips no1 sampai no3, ianya lebih kepada mengelak , mengurang, atau buang terus makanan yang diproses, artificial, dan seangkatan dengannya. Dalam surah alkahfi ayat ke 19, ada istilah AZKA, yang lebih suci,pure. Surah ni pun untuk elak fitnah akhir zaman. Jadi salah satu nak survive akhir zaman ialah pilih makanan yang lebih natural , lebih pure, kurang diproses.

Tips selanjutnya pun mudah, pilih makanan yang THOYIBAN. Makanan thoyiban pun dari tanah, tentunya natural , yang Allah buat. Lagi satu makanan thoyiban pun ada ciri ciri therapuetic, boleh menyembuhkan dan menyihatkan badan.

Abam ada masalah harituh, berat susah nak turun. Harituh tersekat dekat 64kg. Sebelum nih makan main bedal je. Makan je kuih muih waktu petang, bedal makanan proses macam mee, roti, biskut jajan semua. Lepas tuh abam tengok dokumentari netflix ” The Game Changer”, terus rasa nak tukar ke plant based diet dan cuba buang makanan proses kuih muih . Lepas tuh banyak makan buah waktu snacking. Macam biasa abam pengamal IF sekian lama sampai sekarang.

Bila mula kurangkan ayam,daging,ikan,telur, kuih,biskut,jajan,roti,mee, baru berjaya pecah berat statik 64. Perut rasa lebih senang membuang . Memang nak target sebelum raya dapat cecah berat bawah 60kg, bmi bawah 23 level asian. Badan akan terkejut sekejap, tapi lama lama rasa enjoy. Takdelah masak clean sangat, tapi makin lama makin ok.

Apapun ingat dua ni, THOYIBAN dan AZKA.

Nanti ada progress lain, abam share. Bolehlah cari baju raya slim fit kalau perut dan mengempis.

Ramai yang ingin berdiet, tapi belum dapat motivasi secukupnya. Tengok orang kurus, teringin nak kurus. Apatahlah lagi tengok orang berkulit cantik, bertudung cantik dan berbaju cantik. Ramping pulak tu. Macam usia 30-40an walaupun usia sudah mencapai usia pencen.

Rasa teringin. Tetapi belum cukup. Keinginan diterjemahkan ke dalam bentuk tindakan. Tindakan yang bersungguh-sungguh.

Tapi kita masih lagi struggle dengan nafsu makan kita. Kalau bulan puasa, kita tak ada masalah untuk berpuasa. Di luar bulan Ramadhan rasa tak berdaya walaupun baru makan 2 jam lepas. Perut rasa nak makan sentiasa. tips diet

Puncanya kita tak fokus. Fikiran kita sibuk dengan memikirkan tugas yang mencabar. Kita stress. Kawan ajak makan. Akhirnya diet kita ke laut. Orang kata Diet Nelayan. Hahaha. Pagi-pagi dah ke laut.

Tips yang saya kongsikan adalah kita rancang apa yang nak kita makan.

Waktu pagi nak makan apa, waktu tengahari nak makan apa dan waktu malam nak makan apa?

Seeloknya kita ‘tulis’ dalam otak kita. Takut lupa? Kita tulis dalam diari. Tak ada diari? Tulis dalam henfon kita. Tak ada henfon, tak ada diari, tak mampu tulis dalam fikiran? Saya ucapkan bye-bye.

Sebab dalam hidup kita ini semua berdasarkan pilihan kita. Kita memilih untuk masa depan kita. Jadi rancang pilihan kita. Jika tidak kita akan terperangkap dengan nafsu sendiri.

Jangan salahkan kawan-kawan, jangan salahkan pasangan, jangan salahkan kenduri kendara. Itu yang memilih apa yang hendak kita makan pada hari itu.

Jangan terikut-ikut. Jangan nak tadah mulut je. Ingat, kita bertanggungjawab atas pilihan kita.

Jadi apa menu kita pada hari ini ? Pagi ini saya bersarapan dua biji telur rebus bersama sedikit sambal tumis dan kopi O.

Semangat sikit… Semoga Allah permudahkan urusan kesihatan kita. Sihat, bertenaga dan dapat memberikan manfaat pada orang lain.

TIPS NAK TIMBANG BERAT BADAN

Naik penimbang untuk timbang berat badan semasa diet adalah saat mendebarkan. Saat nombor keluar dari penimbang boleh menentukan kemana arah tujuan kita selepas itu. Ada yang akan terus bersemangat kerana ada penurunan berlaku. Ada yang hampir atau putus asa bila berat tak berubah atau meningkat.

Perasaan akan lebih terganggu bila kita dah jaga makan dan workout utk turunkan berat badan tapi hasilnya adalah berat semakin naik!!! Atau tak berubah!!!! Kalau nak bercakap pasal penimbang ni, ramai yang patah semangat dan give up sbb penimbang. Kenapa hal begini berlaku? Sebab sebenarnya ada tips dan cara untuk kita naik penimbang ni. tips diet

Saya kongsikan 4 tips yang saya amalkan untuk naik penimbang berat badan.

1. Seminggu sekali, kalau gagah 2 minggu sekali, jangan buat hari hari. Ya timbang berat badan anda seminggu sekali. Contohnya setiap hari khamis.

Sebenarnya kekerapan timbang terpulang pada individu, saya pernah lalui timbang setiap hari, seminggu sekali dan kadang tu 3 bulan tak timbang pun. Ianya bergantung kepada apa yang kita nak capai dengan matlamat kita. Jika kalian baru nak bermula turunkan berat badan, dua minggu sekali amat sesuai untuk diamalkan.

2. Pakai penimbang yang sama setiap kali. Jangan tukar penimbang lain. Sebab pengalaman saya, setiap penimbang bagi result Yang berbeza beza. Saya tak tahu kenapa. Malah, letak penimbang pada lokasi yang sama juga tips yang baik. Permukaan lantai mainkan peranan ketepatan bacaan. Pastikan ianya rata, dan keras. Jangan letak atas karpet yer.

3. Timbang berat badan selepas anda bangun pagi, dan yang penting selepas anda buang air kecil dan buang besar.

4. Naik penimbang tanpa sehelai benang. Ini memastikan tiada faktor lain yang diambil kira semasa menimbang.

KEPENTINGAN SNACKING

1-Snacking penting untuk stabilkan gula dalam darah.
2-Snacking membantu kenyang lebih lama.
3-Snacking meninggikan metabolisma dan membantu membakar lemak lebih laju.
4-Snacking memberi tenaga sepanjang hari.
5-Snacking mengawal nafsu makan yang berlebihan ketika makan berat.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply