Tips Makan Nasi Lemak

tips makan nasi lemak

Tips makan nasi lemak untuk kurus sihat dan bertenaga. Kena tahu kita boleh enjoy makan. Tapi kenalah belajar macam mana nak makan. Lagi lagi jangan melampau sudah. Ok jom baca beberapa tips best makan nasi lemak.

Tips makan Nasi Lemak Seringgit bagi yg tengah diet & pesakit Kencing Manis

(1) Kuantiti nasi dan sambal dah ok. Cuma protein dan sayur sangat tak cukup. Tengoklah timun Menu A tu. Celah gigi je fuh ini masalah besar bagi pesakit kencing manis
(2) Kena ingat selalu bahawa sumber protein, sayuran dan lemak..badan lambat hadam berbanding karbohidrat. Ini membantu dalam melambatkan kenaikan gula dalam darah
(3) Jadi kena selalu ingat ya. Nasi lemak seringgit yg kosong tak berapa sesuai utk pesakit kencing manis.

Nasi lemak yg Rm3-5 sesuai. Kena ada tambahan lagi sumber protein macam telur sebiji..sambal kerang atau sotong, atau ayam goreng. Dan jangan lupa sayur timun kena banyak ok! – boleh bawa bekal timun siap2 jika dah plan nak beli nasi lemak singgit sarapan nanti! Semoga bermanfaat!

tips makan nasi lemak

Adakah Kurang Makan Nasi Boleh Kurus ?

Salam sejahtera , pagi isnin yang indah ini, tentunya ramai yang nak teruskan program diet mereka. Ada yang sahur dengan kurma sahaja, tak lupa juga bebudak shaklee ni, sahur dengan ESP dan CINCH, Performance Drinks dan sebagainya. Kiranya macam-macam resepi boleh buat untuk anda sekeluarga, janji SIHAT. OKlah, hari ni nak borak-borak sikit tentang satu topik khas, saya rasa ramai tahu dah, pasal kurang makan nasi ni, bagus ke tak bagus ? boleh kurus ke ? ok jom kita tengok.

Makanan Ruji 

Bila sebut pasal nasi putih je, confirm dah kata, hoo, aku selalu makan nasi. Tak kurang juga bila orang kata kita ni lemah buat kerja, mulalah cakap, “hang kurang makan nasi ke ?” . Nampaknya kat Malaysia, dan amnya orang Asia memang suka makan nasi, dah jadi makanan ruji, sampai zakat pun ikut harga beras. Di Malaysia ni, macam-macam nasi dah orang buat, nasi goreng, nasi biryani,nasi minyak, nasi campur, dan yang paling syok ialah Nasi Lemak, hahaha. Sekarang ni pulak, orang melayu suka layan Nasi Arab, dah jadi trend sekarang orang melayu bedal Nasi Arab kat bumi Malaya ini. Kalau ada orang kata dia tak makan nasi, maknannya dia ni tentu diet, ataupun memang dia ini dah jadi orang western, sampai macam tu sekali kena label dek masyarakat majmuk kita.

Tips Kevin Zahri

Kalau nak ikut kata abang otai Kevin Zahri, dia pun kalau nak sihat, makan nasi juga, 2 kali sehari juga, tapi yang penting, dia control makan nasi, kalau boleh nasi ambil satu genggam tangan je, ok yang ni ikut tangan sendiri, bukan genggam tangan orang lain, tak jadi dietnya. So aku dengar tips ni pun dari majalah Irfan Khairi juga. hahaha. 

Diet Atkins

Diet Atkins ni kiranya kita tak ambil karbohidrat, ambil banyak protein dan sayur-sayuran. Ada yang berjaya dengan diet macam ni, dulu ada satu budak ni, siap berjaya buat website, badan dia kurus, tak makan nasi katanya. Tapi aku pelik, budak tu dah tak nampak muka. Aku ingat lagi, budak sekolah menengah je, hahaha, tapi gaya dia paling cool sekali. Tapi bak kata pakai, kalau ikutkan, badan kita kena cukup 3 makro nutrien ni, karbo, protein dan lemak. Kalau tak balance ada masalah nya. Bak kata wife aku Ainul Mustafa, kalau kita terlebih protein, boleh rosak buah pinggang kerana memproses protein terlampau banyak. Kalau dah rosak buah pinggang, macam-macam penyakit boleh terjadi. hoo. So permakanan kita bialah seimbang.

Makan Nasi Jadi Pendek ?

Hahaha, aku pernah dengar juga satu kajian khusus pasal permakanan orang Asia dan Eropah, katanya orang Eropah ni semuanya tinggi-tinggi, mungkin sebab baka dan sebagainya. Tapi dalam satu kajian yang dibuat, sebenarnya faktor permakanan amat penting untuk tumbesaran kanak-kanak di dunia ini. Orang Eropah memang kita tahu suka makan roti sebagai makanan utama. Orang Asia katanya pendek sebab makan nasi. Tapi bila ada orang Asia yang tukar kepada makan roti, memang ada yang berjaya tinggi macam orang Eropah !!! Kuasa diet seseorang dapat membantu perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak di dunia ini.

Beras yang lebih sihat

Tak kurang juga sekarang ni, ramai yang dah bertukar kepada beras yang lebih sihat, macam macam iklan kat Malaysia ni yang tunjukkan kelebihan beras yang sihat dari beras biasa. hahah, yang ni macam biasa, harganya lebih mahal ok ? Jadi beras pilihan rakyat Malaysia yang kurang berduit ini, beli beras biasa je. Katanya juga, beras sihat ni rasanya tak sedap, hmmm, tak tahulah nak cakap.

stress perut buncit

Diet oh Diet – Susahnya Nak Diet ? Jom ikut cara saya !!!

Salam sejahtera, diet oh diet, stress sangat ke nak diet ? Sebelum, anda tahu ke apa maksud diet  ini? Diet ni sebenarnya paling senanglah ialah amalam permakanan dalam bahasa melayu. Tapi, ramai juga yang salah tafsir, bila orang tak nak makan je, diorang cakap diet, bila orang tu puasa sunat je, orang tu cakap diet, bila orang tu takda  duit  nak makan, pun cakap DIET DIET DIET !!!. Apapun, diet ini penting untuk kesihatan, lagi lagi siapa yang nak kuruskan badan. Ingat, makan tu biarlah berpada-pada, silap silap kena penyakit. Oklah, jom kita tengok sedikit cerita diet ini.

Tak seronoknya menjadi gemuk

Inilah satu kenyataan yang  memang ramai tak mau mengaku, iaitu tak seronok nye badan gemuk. Anda perlu tahu, kurus belum tentu sihat, tapi GEMUK confirm tak sihat. Saya cadangkan anda memahami situasi sebenar anda, adakah anda rasa gemuk sebab apa ? makan terlalu banyak ? kurang senaman ? Tapi macam- macam cara anda boleh lakukan untuk kurus, dan yang paling penting sekali ialah AKTIF !!! Kita mungkin kerja sibuk, tapi dengan aktif bergerak sapu sampah semua, sekurang-kurangnya  boleh membakar kalori.

Perut buncit ialah petanda orang yang STRESS

Mengikut pendapat Dr Mehmet Oz  yang popula itu, perut  buncit ni jelas menunjukkan anda stress, dan kesihatan anda teramat tengganggu. Jadi, ingatlah kenalah jaga diet permakan, jangan malas malas, sebab malas ini ialah punca segala penyakit dalam badan kita. Kalu malas bersukan jadi gemuk, malas solat jadi jahat, malas kerja jadi miskin, dan sebagainya.

Kenapa Diet Anda Gagal

Oklah,bila dah tahu anda dah  mengalami berat badan yang melampau dan menghantui anda, anda cubalah nak berdiet, katanya ada yang tak makan nasi tengah-hari, ada yang ambil roti  sahaja diwaktu pagi, dan macam-macam cara lagi yang anda dengar. Mengikut kata  pakar  Shaklee, antara punca diet anda gagal ialah pelan diet yang anda ikut itu tak munasabah, susah nak ikut, dan menyebabkan anda rasa stress  sangat. Bila anda tak makan, anda rasa anda dah turun, tapi bila makan balik, berat anda naik mendadak. Situasi itu  dinamakan yoyo effect, dan benda ini selalu terjadi kepada orang yang gagal dalam berdiet.

Tips Diet Kevin Zahri – Makan nasi segenggam

Satu tips yang bagus dari kevin zahri ialah makan nasi segenggam sahaja, jangan lebih-lebih. Walaupun begitu, kevin zahri ini makan jugak nasi 2 kali sehari. Cuma biasalah, kenalah control makan,  tapi kalau  ada kenduri tu, janganlah segan -segan makan, kenalah gembirakan tuan rumah, nanti lepas makan banyak, kenalah senaman, dan detox badan tu sekali. Satu lagi tips menarik ialah komposisi makanan anda itu . Petua jejaka tampan ini ialah 55:30:15 untuk kaborhidrat, protin dan lemak.

Tips Sihat Irfan Khairi

Satu lagi tips dari Irfan Khairi jutawan muda yang  berjaya  dengan internet ini ialah pertama kena jaga berat badan, kedua makan sayur dan buah-buahan dan banyakkan gandum dan bijirin, dan yang terakhir ialah makan dengan kuantiti yang sedikit. Ingat, selalu kita ni makan 3 kali sehari, tapi makan tak ingat punya banyak. Antara yang paling bagus ialah makan 6 kali sehari, tapi biarlah sedikit. Seperkara lagi, jangan biarkan perut anda lapar, cuba alas dengan  biskut atau makanan yang mengandungi unsur fiber.

Tidur Cukup

Anda perasan tak bila anda tak cukup tidur, anda nak makan dengan banyak ? Selalu terjadi kepada saya, bila malam tu stay up lama nak update blog pasal shaklee, mulalah pagi tu nak makan banyak, petang pulak tak senaman, tak main bola, jadilah badan yang gemuk lagi montel. Mengikut  kajian, kita ada hormon lapar dan hormon kenyang. Kalau kita tidur cukup, hormon kenyang ini akan stabil, dan menyebabkan kita tak ambil sarapan yang berat. Tapi  kalau kita tak cukup tidur, hormon lapar ini akan meningkat dan menyebabkan kita rasa nak makan banyak.

Kongsi Makanan Dengan Anak

Kongsi kongsilah makanan kalau nak jaga badan. Biasanya saya suka kongsi makanan dengan anak saya, katalah kita makan nasi, separuh tu bagi kat dia makan. Anak saya yang comel ini, memanglah kuat makan, tak larat  saya dan wife  saya ainul mustafa nak suruh dia berhenti makan. Alhamdulillah dengan cara itu, saya takdalah nak makan banyak, dan dapatlah juga kawal berat badan ini.

Amalkan gaya  hidup sihat

Last sekali, sebelum mengundur diri, amalkan gaya hidup sihat, jangan stress dengan diet, belajar cara diet yang betul, ambil supplement, insyaallah anda akan sihat dan kurus. Yang paling penting juga jaga amalan rohani kita. Nanti kita bincangkan lagi tentang amalan rohani yang sebenarnya bagus untuk kesihatan kita. Sekian sahaja untuk kali ini. tips makan nasi lemak


Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply