Tips Mulakan Diet IFLK

grilled salmon fish on top of grilled vegetables
Photo by Malidate Van on Pexels.com

Tips Mulakan Diet IFLK ? Susahlah Nak Mulakan IFLK. Bagaimana saya nak mula amalkan IFLK ni? Saya dah 50 tahun makan nasi, mi, bihun, kuetiau, roti canai, fresh orange, cucur, roti, susu, buah bla bla bla bla. Saya rasa saya tak mampu nak buat IFLK lah. Takpelah, biarlah saya cucuk insulin dan makan ubat je. Kalau dah sampai ajal nak mati, mati jugak.

Kalau pikir macam ni, memang sampai ke bulan tak start IFLK. Yelah, kenal je dunia, terus saya makan nasi. Nasi tak bersalah tau. Makin dewasa, makin banyak makan. 6 kali sehari saya makan woooo. Maka, berkembang biaklah lemak2 di seluruh badan. Itu ok lagi, bile dah disahkan KENCING MANIS, pun tak reti nak insof lagi. Dah kene komplikasi itu, komplikasi ini, sakit itu, sakit ini, barulah insof.

Jangan cenggitu kengkawan. Tak perlu nak start mengejutpun kalau tak mampu. Kata orang, ayam belanda sejuk (cold turkey). Buat step by step. Tips Mulakan Diet IFLK

Macam mana tu?

IF start 12jam. Slow2 naikkan 13jam, 14jam, 15jam, 16jam. Same jugak bab berlazy keto. Mulakan dengan stop gula. Boleh ganti pemanis sihat macam SweetLAB Drop tu. Pastu kurangkan waktu makan daripada 6kali sehari jadi 5kali sehari, 4kali sehari, 3kali sehari, 2kali sehari.

Kalau kaki teh tarik 2 gelas sekali minum, kurangkan segelas, order kurang manis, pastu stop. Kalau kaki roti canak 3 keping sehari, kurangkan kepada 2 keping, sekeping, pastu stop terus. Haaaa, gitu.

Jangan bandingkan pencapaian kite dengan orang lain, tapi bandingkan dengan diri kite sendiri yang sebelum2 ni. Cuba baiki diri setiap hari. Upgrade jadi orang yang lebih baik daripada semalam.

Percayalah, suatu hari nanti IFLK tu dah jadi lifestyle. Masa tu barulah kite boleh senyum @ marah teringat zaman2 gelap kite satu ketika dahulu. Boleh? Jom reversed diabetes. Boleh roger saya untuk info ye.

Tips dok berapa nok ringkas untuk restart IFLK selepas Hari Raya Aidiladha:

  1. Tetapkan tujuan dan motivasi: Tentukan tujuan asal kenapa nak amalkan IFLK. Nak turunkan berat badan? Nak tingkatkan tenaga? Nak betulkan masalah metabolik? Bila kite dah tetapkan target akan membantu kita lebih fokus.
  2. Mulakan dengan perlahan: Kalau dah mula hanyut ke lautan dalam, mulakan semula secara slow and steady. Mulakan dengan tempoh 12 jam semula dan tingatkan masa sikit2 sampai dapat tempoh minimum 16jam.
  3. Fokus pada makanan sebenar dan berkualiti: Saat kembali ke lazy keto, pastikan makanan yang dimakan adalah daripada protein sebenar dan berkualiti, lemak sihat dan rendah karbohidrat. Say no to gula.
  4. Perhatikan minum air yang mencukupi.
  5. Dapatkan support @ sokongan: Sentiasa bergaul dengan komuniti yang mengamalkan IFLK. Kalau tak jumpa yang depan2 mata, boleh bersama dalam media sosial. Mereka inilah yang dapat berikan motivasi dan inspirasi tambahan.

Perlu diingatkan, apabila kita restart semula IFLK, badan akan memerlukan masa untuk sesuaikan diri. So, chill out dan jom mulakan sekarang. Tips Mulakan Diet IFLK

kesan obesiti mulakan diet iflk

Kesan buruk obesiti sehingga boleh mengancam nyawa

Menurut kajian, 2 daripada 5 rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti. Masalah ini makin meningkat saban tahun.

Kita sepatutnya memandang serius perkara ini kerana masalah obesiti ini sebenarnya boleh membawa kepada pelbagai komplikasi termasuk kematian. Menurut Datin Paduka Dr Santha Kumari, Pengerusi Persatuan Diabetis Malaysia cawangan Selangor,

“Malaysia kini mendahului sebagai negara yang mempunyai kadar obesiti tertinggi di Asia Tenggara. Hampir satu dari dua penduduk Malaysia mengalami masalah obesiti dan ini meningkatkan kemungkinan diabetis. kajian yang baru dilakukan menunjukkan 22 peratus penduduk Malaysia yang berusia melebihi 30 tahun merupakan penghidap
diabetis.”

Dalam proses menggunakan lemak badan semula sebagai tenaga, kita akan hilang garam dalam sel kita.

Bila badan store lemak, ia akan simpan bersama dengan air dan garam (sodium dan potassium) dalam jumlah balanced. Jadi, bila sel lemak mengecut, air akan hilang bersama dengan sodium dan potassium.

Ini boleh mendatangkan kelesuan/sakit kepala dan simptom keto flu. Ada yang tahan dan ada yang tak tahan. Maka, boleh prepare garam Lake Salt Light (suku sudu teh) dibancuh dalam secawan/segelas air dan diminum sekiranya ada simptom. Tak perlu terlalu banyak dan kerap.

Kenapa Lake Salt Light? Sebab ada content Potassium yang signifikan bersama Magnesium berbanding garam pink yang hanya tinggi Sodium berbanding trace mineral lain. Kalau takde choice, masih boleh guna pink salt.

Kalau cramping, boleh juga guna Magnesium spray dan disapu bahagian otot yang cramp semasa journey IFLK ni.

Siapa yang pandai, mereka mengoptimumkan makanan yg mengandungi garam yang baik. Kuranglah sikit simptom tu. Daging2 ada amaun garam yang bagus, begitu juga ACV. Cuma, kita perlu lebih optimumkan magnesium dan potassium masa journey weight loss, sebab sodium replenishment tak susah, nak topup pota dan mg tu je yg perlu dititikberatkan.

Vital minerals (vitamins)

juga SANGAT membantu kerana badan kita memerlukan antioxidants dalam usaha ia memulihkan keradangan yang ujud semasa kita makan makanan yang merapu. Begitu juga meningkatkan kandungan Omega 3 utk balance out high Inflammation Factor yang datang dari makanan tinggi Omega 6 factor ‘cough cough’ kuih raya dsb. So minyak ikan is one of the best supplements for this.

Note bahawa sumber Omega 3 utk membekal DHA/EPA yang diperlukan oleh badan dan sel, lebih baik dari sumber haiwan berbanding tumbuhan. ‘Cough cough’ brand tumbuhan sangat poor conversion rate dalam hati, hanya hasilkan 10 ke 15% saja DHA/EPA sebab ia Linoleic Acid. You need pure Triglyceride form of usable Omega 3 fatty acids, bukan Ethyl Ester form.

Ah, dan lepas raya, memang keadaan usus besar biasanya kacau bilau. Balik IFLK routine, dan siapa yg ada healthy probiotics, sila ambik. Supplements, kefir, greek yogurt, sauerkraut, kimchi, this is among the best. Jangan ambik yokurt, vitagon, tapai, probiotic dengan gula memburukkan lagi Insulin Resistance.

Minum air dengan cukup, berjalanlah 5K steps at least per day utk yang mampu. Yang tak mampu jalan banyak, optimumkan strategi IF dan Low Carb anda. Make sure fatty proteins melebihi carb portion, or better yet, no carb. Dan STOP pengamalan gula. It does you no good.

Refer pinned post di wall saya utk meningkatkan imuniti ke tahap optimum.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply