Tips Untuk Kurus

Tips Untuk Kurus

Tips Untuk Kurus. Dah puas makan ubat kurus, segala supplement, meal replacement, titis, sapu, rendam, jerut korset, senaman setiap hari tapi masih tak kurus2 lagi. Kalau kurus pun seminggu je lepas naik balik.

Kenapa jadi Macam ni?

1. Cepat sangat berputus asa. 20 tahun gemuk, tapi nak turun 20kg dalam 2bulan. Tak logik yunk.
2. Tidak amalkan pemakanan seimbang. Hanya makan protein saja. Tapi Hot dog, daging burger semua nak bedal. Protein kononnya. Proses food tu lagi menggemukkan.
3. Tidak makan nasi. Sekali jumpa nasi makan seperiuk. Siapa pernah macam ni?
4. Taksub dgn janji manis Ubat Kurus. Makan apa saja kononnya ubat kurus boleh buang lemak. Lemak boleh buang dgn kalori defisit, pemakanan seimbang dan senaman bkn telan ubat berak2.
5. Tidak minum banyak air. Takut gemuk air so kurangkan minum air. What happen to kurangkan makan?
6. Suka skip makan. Kononnya diet tak boleh makan. Tapi sekali makan 2 pinggan lesap sebab lapar sangat.
7. Bersenam tapi lepas bersenam makan makanan berkalori tinggi dgn alasan harini bersenam boleh makan banyak. 1jam bersenam bakar 500calorie. 5min makan mee goreng 700calorie.
8. Breakfast makanan berkarbohidrat tinggi. Tak makan nasi tapi makan kueh bihun coco crunch biskut.
9. Suka makan jajan aka junk food. Kerepek, biskut, kek, gula, kacang2 bersalut garam.
10. Semangat yg sementara sebab tiada JERUNG yg mengejar utk Turun Berat badan. Slow and steady je. Turun 10kg 5tahun anda cukup bahagia.

Siapa yg rasa dia ada sebab2 di atas? Sebenarnya nak turun berat badan tu tak susah pun bila tahu cara.

Jika anda betul2 Focus utk Kurus saya sedia bantu dan sama2 kita atasi semua masalah yg menyebabkan anda tak kurus2.
Semoga info ini bermanfaat.

Dah bosan gemuk dan serius nak kurus?

1. Mula-mula sekali kena tetapkan objektif misi dan target, nak sihat dan bebas daripada pnyakit. Mesti aim yang strong so bila kita down ke..kite tengok balik aim kita tu.

2. Cari ilmu, research cara yg paling sesuai. Saya amalkan konsep 70 peratus pemakanan seimbang. 30 peratus senaman

3. Kenalpasti kalori keperluan seharian DCR (Daily Calorie Requirement dan Basal Metabolic Rate)

4. Pelbagaikan routine senaman sekurang-kurangnya 30 min sehari. Waktu paling ‘mujarab’ bersenam ialah di waktu pagi. Tak kisah lah apa jenis senaman contoh lari ke basikal ke swimming ke gym keyang penting anda enjoy.

5. Banyakkan makan Sayur dan buah kerana ia Sangat Baik utk badan kita

6. Tangkap gambar utk ‘compare’ diri sndri selepas beberapa minggu utk naikkan semangat. Kdg2 berat tak berapa nak trun tapi inchi loss ade.

7. Don’t skip meal at all especially breakfast and eat 5 to 6 times per day

8. Cari kawan-kawan yang ada misi lose weight yg sama utk support dan sentiasa motivate each other. Cth groupworkout.

9. Keep ur body well hydrated. Sangat penting.

10. Konsistensi. Biar la orang sekeliling cakap apa. Yang penting kite kene be positive and keep moving. InsyaAllah akan dapat kemanisan di hujung usaha kita.

Credit : fauzul kabir JK1M

NAK KURUS SECARA SIHAT & SELAMAT

Anda pernah terdengar tentang diet kurus dengan telur? Pasti ramai yang pernah mencuba but Fareed tak pernah lagi. Maybe kerana Fareed x minat makan telur rebus. Dikatakan diet telur rebus nie boleh meningkatkan metabolisme badan dan membakar lemak dengan cepat.

? Kandungan kalori 1 biji telur rebus – 72 kalori.

? Pilih Telur Rebus (TR) bukan Telur Goreng (TG) – kandungan kalori lebih tinggi untuk TG.

? Ambil dalam kadar yang sederhana – hanya 2 biji semasa sarapan pagi.

?Bagi menu lunch & dinner, telur boleh dimakan bersama dengan ayam & ikan. Tambahkan juga sayur2 & buah2. Nak tahu lebih lanjut, boleh jer search Diet Atkins (low carbo meal).

❇️ Apa yang anda perlu lakukan ketika mengamalkan diet telur:-

? Kurangkan pengambilan gula & garam.

? Minum air kosong – minimum 8 gelas air sehari.

? Elakkan makanan & minuman bermanis – coklat, kek,aiskrim, air berkarbonat & etc.

? Senaman ringan – 30 minit sehari

❇️ Simple aja tips di atas & x susah untuk dicuba ka ?Tak semahal mana pun wang yang perlu dibelanjakan. Apa yang penting adalah consistent dalam mengamalkannya. Mungkin kita boleh bermula dengan 3 hari dalam seminggu dan boleh perlahan-lahan meningkatkan amalan diet TR ini.

❇️ Fareed pun ada kelemahan dalam diet makanan yang perlu diperbaiki terutamanya dalam pengambilan makanan & minuman bermanis. Jom kita berubah bersama.

Hari ini saya akan kongsikan amalan seharian saya sehingga ke tahap ini.

Tempoh masa yang diambil setahun (May 2019 – May 2020, bersamaan 116kg ke 66kg)

1) Wajib ambil sarapan pagi, jangan pernah skip langsung walau sekali. Disarankan jangan tidur selepas subuh. Waktu terbaik untuk sarapan pagi adalah 7.00 hingga 8.00 pagi. Contoh sarapan yang diambil roti wholemeal, telur rebus/separuh masak 2 biji, pisang/ jambu batu/yogurt greek.

2) Jam 10.00-11.00 pagi, makan lagi buat mcm snacking sambil2 buat kerja tu buat snacking seperti kekacang, jambu batu atau epal.

3) Jam 1.00-2.00 ptg lunch time. Wajib ambil lunch ye! Jgn sesekali skip! Lunch yg biasa diambil segenggam nasi putih pastikan sebesar penumbuk, ayam/ikan/tempe (sumber protein paling baik!) dan sayur sayuran (protein dan sayur sayuran pastikan yg tidak bergoreng)

4) Jam 3.00-4.00 ptg buat snacking lagi seperti epal/kekacang/jambu batu/buah naga/pisang

5) Jam 5.30-6.30 ptg ambil masa untuk workout atau buat kardio atleast 30 minit! Saya selalu akan jogging atau hiking.

6) Jam 7.00-7.30 mlm dinner time. Saya elakkan nasi utk waktu malam. Tp saya akn ambil sumber protein yg byk untuk naik kan muscle hasil penat dari workout. Saya amalkan 1/2 protein dan 1/2 sayur sayuran untuk satu pinggan yg besar. Antara sayur sayuran yg bagus adalah timun, brokoli, lettuce dan tomato.

7) Jam 9.00-9.30 mlm selepas isyak, saya akn buat teh hijau panas tanpa gula.

8)Tips lain2 , jgn sesekali ambil minuman yg bergula, bayankkan minum air kosong setiap hari, elakkan apa jua sos, banyakkan buat research, pastikan tidur awal pada waktu malam, pastikan dapat rehat yang cukup dan mental kena sentiasa kuat! Semoga manfaat untuk semua

Pssst: Cuma bulan puasa je tak boleh nak control makan sebab makanan yg dijual semua mengiurkan

Losing weight is a mind game. Change and never give up your mind. Trust me

Perkongsian Dari FB Faiz Saumi

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply