Ubi Keledek Untuk Diet

Ubi Keledek Untuk Diet

KHASIAT UBI KELEDEK MANIS JEPUN

Ubi Keledek Untuk Diet ? Ubi keledek manis Jepun ini juga dipercayai membantu dalam mengurangkan penyakit jantung dan memberikan kesan yang baik terhadap jantung.

Karbohidrat yang terdapat di dalam ubi keledek manis Jepun ini turut membantu memberi tenaga dan mengawal gula di dalam darah.

Menikmati ubi keledek Manis Jepun juga mampu mengurangkan stress dan meredakan mood oleh kerana kandungan magnesium dan mineral yang terdapat dalam ubi keledek Manis Jepun ini.

Kandungan vitamin A dan vitamin C amat bagus sebagai anti inflammation atau anti radang sekaligus amat baik untuk kesihatan sekaligus menjadikan ubi keledek Manis Jepun ini sebagai makanan anti radang dan menguatkan imun tubuh.

Kandungan fiber atau serat di dalam ubi keledek Manis Jepun juga membantu dalam sistem perkumuhan.

Kandungan vitamin A, C dan E turut membantu mencantikkan rambut dan kulit sekaligus membantu mengurangkan kesan tidak bagus dari sinaran cahaya matahari.

Ubi keledek manis Jepun juga dipercayai antara makanan pencegah kanser dan digalakkan di nikmati dalam diet pemakanan.

KELEDEK KURUS

Hai sis yang jelita, ni Coach Rafiah nak share tentang ubi jepun. Sapa suka makan ubi jepun?
Angkat tangan!!!

Coach belajar jika nak kurus elak makan makanan yang diproses seperti biskut, kopok2, koko crunch dan sekumpulannya.

Tok guru coach dulu cakap nak kurus makan yg natural. Tapi makan ikut komposisi yg betul ikut tahap metabolisma masing2. ( nak tahu tahap metabolisma masing2 boleh cari penimbang TANITA yg boleh baca tahap metabolisma )

So banyak sangat makanan yg natural dari alam yg kita boleh ganti sebagai makanan kita seharian jika nak kurus. Tok guru coach juga kata nak kurus tidak boleh berlapar.

So skang coach sedang lapar. Pikir punya pikir coach pun gi rebus ubi jepun seketul. Ratah makan ubi jepun.

Coach nak cerita sikit tentang ubi jepun.
Dulu coach jejalan di Jepun, susah nak tengok orang yang obese kerana purata BMI mereka adala 21 – 22 sahaja! Dan ini adalah salah satu pemakanan mereka – menggantikan nasi. So, apa yang sis boleh buat untuk menurunkan berat badan gantikan lunch sis dengan ubi ini.

KEBAIKAN UBI JEPUN

Kalori rendah,Nutrisi & Fiber yang tinggi – mengenyangkan dan bagus utk menu diet sis.

Anti-oxidant tinggi – mencegah penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung.

Anti-kanser – Warna purple pada keledek ini baik untuk mencegah kanser terutamanya kanser kolon.

Menurunkan kolestrol (LDL)

Menstabilkan gula dlm darah ( boleh diambil oleh pesakit diabetes)

CARA NAK MASAK

Sis boleh rebus,kukus atau bakar sahaja. Jgn nak tambah gula garam plak ekk. Natural sahaja.

Tapi kalau sis kreatif nak buat keledek goreng, cekodok ubi, goreng2 makan cecah dengan sambal kicap pun sedap..hihi… tapi, maaf la ye.. Nutrisinya dah jadi lain pulak!

Bukan utk buang lemak, tambah lagi lemak ada la gamaknya..

So tunggu apa lagi.Start kereta gi pasar beli simpan stok diumah. Sapa buat dia kurus.

Selamat Berusaha

ubi keledek untuk diet

RESEPI BEBOLA UBI DIET NASI

Susah nak elak dari makan nasi memalam sebab kalau stay up, pasti lapar.

Jom cuba Bebola Diet ni. Kalau korang makan waktu petang, insyaAllah kenyang sampai tengah malam. Sempat la korang tido dulu sebelum perut bekeriuk.

Kalau korang makan pagi, tengah hari tak perlu makan nasi berat sangat. Boleh makan nasi sekali sehari je. Sebelum menjengah malam.

Bahan-bahan
Ubi keledek
Nasi putih
Almond Flakes
Telur
Tepung

Cara-caranya

  1. Kalau ada blender gagah, tak perlu rebus dulu ubi keledek. Boleh terus blender ubi keledek. Kalau takde blender gagah, rebus dulu ubi keledek lepas tu lenyek.
  2. Blender nasi putih dan almond flakes. Dah hancur, masukkan dalam ubi lenyek. Kalau blender ubi, terus masukkan nasi putih dan almond flakes dalam tu.
  3. Dah sebati kacau, masukkan sebiji telur.
  4. Kacau sebati, baru masukkan tepung sekadarnya.
  5. Kemudian, goreng macam goreng cekodok.

Sesuai untuk korang yang nak diet nasi tak nak makan nasi banyak.

Dah cuba, SHARE gambar kat komen tauuu. ubi keledek untuk diet

SWEET POTATO @ ubi keledek.

Ada yang kaler putih, ada yang kuning, oren dan ungu juga

Bermacam warna, semesti nya lah bermacam khasiat yang dia ada.

Nak tau, apa Khasiat Ubi Keledek, haaa. Meh baca sini

1. Bekalkan tenaga

merupakan antara sumber karbohidrat yang baik bagi menggantikan makanan seperti nasi, roti, kentang dan gandum.

Berdasarkan analisis makmal, setiap 100 gram hidangan ubi keledek membekalkan hampir 400 kJ tenaga dengan 20.7 gram karbohidrat.

2. Kaya nutrisi

mengandungi banyak mikronutrien yang bantu tingkatkan kesihatan tubuh badan.

Vitamin B6 bantu kurangkan larutan kimia homosisteina di dalam badan. Homosisteina dikaitkan dengan penyakit degeneratif termasuk serangan jantung.

Vitamin C penting untuk pembentukan tulang dan gigi, penghadaman, dan pembentukan sel darah. Ia juga baik untuk menyembuhkan selesema dan virus influenza.

Vitamin C juga mempercepatkan penyembuhan luka dan menghasilkan kolagen untuk bantu kekalkan keanjalan kulit untuk nampak muda.

Kandungan zat besi di dalam ubi keledek menyokong sistem imun dan memastikannya berfungsi dengan baik di dalam badan. Ia memberikan tenaga, membantu pengeluaran sel darah putih, menentang stres, dan memetabolismekan protein.

merupakan sumber magnesium yang penting untuk kesihatan arteri darah, tulang, jantung, otot, dan fungsi saraf.

Potassium yang diketahui ada di dalam pisang juga turut ada di dalam ubi keledek. Potassium mengawal degupan jantung dan signal saraf. Ia juga melegakan pengecutan otot, mengurangkan bengkak, dan melindungi serta mengawal aktiviti buah pinggang.

3. Anti-oksidan tinggi untuk cegah kanser

Tabiat makan ubi keledek dapat bantu melindungi badan dari toksin yang membawa kepada serangan radikal bebas dan risiko kanser.

Warna oren pada ubi keledek menunjukkan yang ia tinggi karotenoid seperti beta karoten dan sejenisnya. Karotenoid bantu kuatkan penglihatan dan menggalakkan ketahanan kita kepada penyakit. Ia merupakan antioksidan kuat yang mencegah kanser dan melindungi diri daripada tanda-tanda penuaan.

Kajian menunjukkan ada pengurangan risiko penyakit kanser paru-paru pada mereka yang memasukkan karotenoid dalam diet mereka. Karotenoid juga bantu kurangkan kemungkinan serangan semula kanser pada tubuh.

4. Serat tinggi untuk sistem pencernaan yang baik dan kawalan berat badan

Makanan tinggi serat sangat penting bagi memberikan fungsi sistem pencernaan dan penghadaman yang baik tanpa menyebabkan masalah sembelit atau penyerapan nutrisi yang tak lengkap.

Serat juga bantu buatkan rasa kenyang lebih panjang, maka boleh dimanfaatkan untuk tujuan mengawal berat badan atau pencegahan obesiti.

Menurut kajian ubi keledek mengandungi serat yang sangat tinggi yang bagus untuk sistem penghadaman.

Malah, amalan makan ulam-ulaman pucuk keledek juga sebenarnya sangat bagus untuk kesihatan kerana berdasarkan analisis makmal mereka, daun keledek mengandungi serat yang paling tinggi antara semua bahagian.

5. Cegah diabetes dan kurangkan gula dalam darah

Ubi keledek dilaporkan mengandungi antara tahap anthocyanin dan asid fenolik yang tertinggi jika dibandingkan dengan sayuran komersial yang lain.

Melalui kajian, kandungan anthocyanin yang tinggi mampu kurangkan tahap gula dalam darah dengan merangsang penghasilan insulin untuk tukarkan gula menjadi tenaga dalam darah.

Kajian menunjukkan simulasi tindakan anthocyanin tersebut pada peringkat selular yang memberi kesan antihyperglycemic (antidiabetes) ke atas tikus makmal.

6. Memberi gizi dan diet seimbang

Selain ubi keledek sebagai sumber karbohidrat yang baik, daunnya turut menawarkan khasiat kesihatan yang terbaik.

Menurut satu kajian di China, daun ubi keledek mengandungi protein yang sama dengan protein yang terdapat dalam minuman susu.

Selain tinggi mineral dan serat, polifenol yang merupakan antioksidan berharga yang ada dalam daun ubi keledek.

Dari kajian tersebut menyimpulkan bahawa daun keledek boleh dijadikan sebagai makanan lengkap untuk menangani isu diet gizi tak seimbang dengan kos yang sangat rendah dan lebih ekonomi.

Antara lain yang bestnye, keledek yang ungu tu juga ada kandungan antioksida, antosianin dan pelbagai lagi

Lepas ni rajin rajin lah, masukkan keledek dalam menu harian kita

Semoga bermanfaat ye. ubi keledek untuk diet

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply