Ubi Keledek Untuk Kesihatan

ubi keledek

Ubi Keledek Untuk Kesihatan. UBI KELEDEK : 5 KEBAIKAN UNTUK KESIHATAN. Semenjak dua ni saya suka makan ubi keledek. Banyak variasi ubi keledek yang ada, tapi secara personal yang warna oren paling sedap.

Warna apa pun ubi keledek ia tetap mempunyai sumber vitamin dan mineral yang baik, fiber yang tinggi dan sumber antioksidan. Banyak kebaikan ubi keledek dan

5 antara paling baik kepada kesihatan adalah

1. Tinggi sumber kebaikan. Dalam 200g ubi keledek mempunyai.

Calories: 180
Carbs: 41.4 grams
Protein: 4 grams
Fat: 0.3 grams
Fiber: 6.6 grams
Vitamin A
Vitamin C
Manganese
Vitamin B6
Potassium
Pantothenic acid
Copper
Niacin

Tambahan, ubi keledek berisi ungu dan jingga kaya kandungan antioksidan bagi melindungi kita dari radikal bebas.

Radikal bebas adalah molekul DNA yang tidak stabil dan penyumbang kepada masalah keradangan. Dan ia adalah punca kepada penyakit berbahaya seperti kanser dan penyakit jantung.

2. Mengoptimumkan fungsi Usus.

Kandungan fiber dan antioksidan yang tinggi membantu usus berfungsi dengan baik. Ubi keledek mempunyai 2 jenis fiber, larut dan tak larut.

3. Melawan Kanser

Dalam ubi keledek mengandungi Anthocyanins yang membantu melawan kanser. Kajian mendapati Anthocyanins mampu memperlahankan sesetengah jenis kanser seperti kanser usus dan kancer payudara.

4. Membantu Kesihatan Mata.

Ubi keledek sangat tinggi dengan kandungan Beta Karotin. Antioksidan ini yang menyebabkan warnanya menjadi jingga yang cantik. Malah kulitnya juga ada banyak jumlah beta karotin. Sebab tu saya suka makan ubi keledek bersama kulitnya, memang sedap.

5. Mampu Meningkatkan Imunisasi Badan

Kandungan Beta Karotin yang tinggi di tukar menjadi Vitamin A didalam badan. Dan vitamin A sangat penting untuk imunisasi tubuh.

Malah kebaikan yang saya tulis diatas sebenarnya menyumbang kepada sistem imunisasi badan. Bila kita makan ubi keledek yang punyai vitamin dan mineral yang baik ianya menyumbang kepada kebaikan usus, dan mampu melawan keradangan. Ini faktor imunisasi tubuh kita meningkat.

ubi keledek untuk kesihatan

Banyak variasi hidangan boleh dibuat dengan ubi keledek

Rebus, bakar dan goreng. Ianya terpulang kepada kekreativitian kita. Tapi secara peribadi saya lebih suka menikmati ubi keledek yang di goreng melalui air fryer. Dengan suhu 200°c selama 30 minit bergantung kepada saiz.

Tekstur ubi keledek yang lembut dengan baunya yang harum membuatkan ia bertambah sedap. Dan percayalah ia sangat mengenyangkan dan memuaskan.

Jika kalian peminat ubi keledek boleh jadikan makanan ini sebagai sumber karbohidrat kalian. Kalau saya dalam seminggu saya akan ambil 3 ke 4 kali hidangan. Dan melalui pengalaman saya masa yang baik untuk makan ubi keledek ialah pada waktu pagi. Sumber kalori dan kebaikan vitamin akan menyebabkan kita segar dan bertenaga.

Penulisan ini banyak saya rujukan dari website Healthline.com

Jika kalian individu yang ingin turunkan berat badan saya syorkan ubi keledek untuk dijadikan rutin pemakanan kalian. Tapi ingat, kebaikan yang banyak hanya akan hadir bila ianya dimakan dengan jumlah yang sederhana. Jangan pulak sebab kebaikan dan kesedapannya kita makan terlebih lebih pula.

Jejari Keledek | Keledek Goreng Rangup

Menu makan pagi dan petang yang sangat simple dan mudah disediakan, rangup dan manis keledek pasti disukai seisi keluarga
Jom Buat
Bahan Bahan Untuk Salutan Tepung :
12 sudu besar (membukit) tepung beras
1 sudu besar tepung ubi
1 biji telur ayam gred C
Sedikit garam
½ sudu kecil air kapur
½ sudu kecil serbuk kunyit
200 ml air sejuk @ air dari peti sejuk
3 biji ubi keledek oren saiz sedang dibuang kulit dan dibersihkan, kemudian dipotong memanjang seperti jejari kentang @ sesuai selera (jangan terlalu nipis atau kecil)

Cara cara penyediaannya :
1. Masukkan semua bahan bahan untuk salutan tepung, kacau sebati pastikan adunan tidak terlalu pekat, dan tidak juga terlalu cair (rujuk video)
2. Masukkan sedikit ubi keledek yang dipotong kedalam adunan, dan mula menggoreng didalam minyak yang panas.
3. Semasa menggoreng, renjiskan sedikit adunan untuk mendapatkan kerak kerak halus yang rangup.
4. Alihkan ke dua dua belah bahagian , toskan minyak dan letakkan didalam bekas beralas tisu serap minyak.
Sedia untuk dihidang dan dimakan panas panas.Simple dan sedap.Rangup sampai ke malam.Selamat mencuba.

Nota : Jika sukakan cucur yang berpalit lebih tebal, tambahkan beberapa sudu tepung beras lagi sehingga mendapat kepekatan yang diingini, tapi semasa merenjis di dalam minyak keraknya haruslah menggunakan konsistensi adunan yang cair sedikit seperti yang kak Jm gunakan didalam video untuk menghasilkan lapisan kerak yang rangup dan nipis.

Cara saya buat kuih cucur badak

1 kg ubi keledek.
1 mangkuk tpg gandum. (200gm)
Kukus empuk lenyek2 +garam secukup rasa
Marjerin Pelangi 1 sudu mkn tk isi tk pe.bagi wangi & utk melembutkan adunan,dh sejuk @suam2 gaul uli dgn tpg bg sekata,perap sekejap.
Boleh lah di masukkan inti serunding.

Inti 1 biji kelapa muda.jgn muda sangat agak2 la.tua kesat.. (parut)
Serai 5btg *
Bawang putih 2@3 ulas *
Bawang merah besar 3 biji*
Udang kering 2..3 sudu mkn*
Jintan putih 1 sudu mkn.*jintan yg halus tu yer
Cili kering kisar ikut kesesuaian pedasnya.*

Gula melaka, garam .ikut sesedap rasa.
Yg bertanda* tu blend bagi hancur.tumis naik bau masukkan kelapa parut gula melaka tu hiris2 garam..air asam jawa sikit.
Kacau bagi kering masak sekata .

**Sambil2 kacau tu rasa apa yg kurang Tambah la
Rahsia bagi sedap masak dgn kasih sayang.. Bismillah,selawat jgn marah2 nti tk sedap.
Adunan saya tu 21/2 kilo ubi keledek.

Saya Halal kan ilmu ini utk kongsi sama2.
Saya goreng separuh masak utk Frozen.

Salah faham rupanya saya selama ni tentang ubi keledek

Rebus ubi keledek sebenarnya pun ada khasiatnya yang tersendiri, berbanding bakar dan kukus.
Dulu saya ingat kan bila rebus, habis hilang nutrisi bersama-sama dengan air. Rupanya keledek yang direbus nak buat cucur keria, tinggi jugak khasiat yang ada.

Vitamin larut air dalam keledek contohnya Vitamin B dan Vitamin C, akan hilang bersama-sama dengan larutan air.
Tapi beta carotene akan lebih tinggi dalam keledek yang direbus. Sampai ke 92peratus nutrisi dalam keledek dapat dikekalkan bila kita rebus dalam masa yang singkat.
Lepas ni kalau nak buat makanan baby, bolehlah rebus terus keledek kan. Rebus sekali dengan kulitnya. Nak bagi anak makan, baru kita kupas.

Kalau dapat cari keledek yang oren atau ungu yang pekat warnanya, itu lagi tinggi nutrisi tau. Lagi kuat warna keledek, lagi tinggi khasiat untuk anak-anak.
Jom kita banyakkan pilihan real food di rumah, supaya anak-anak tak jemu dengan makanan yang sama je.
Sama-sama kita cuba ya.

Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply