Lapar Itu Sunnah

lapar itu sunnah

LAPAR ITU SUNNAH. Ada satu trend, orang jawa panggil Intermittent Fasting, Ada orang panggil puasa yahudi, Kenapa tak puasa sunat je ? Yang kita tak tahu, Rasulullah pun berlapar, Sebagai tanda kesyukuran.

Tapi dalam sunnah ada hikmah. IF bukan sekadar nak kurus dan sihat. Tapi untuk hadapi PRU masa banjir. Kalau bekalan makanan terputus, insyaallah yang biasa berlapar akan kuat. Bak kata Jalil Hamid

” Orang lain kebulur mati tak makan,
Tapi kita mati kerana banyak makan !!! “

Petua Tahan Lapar Masa Puasa

Siapa nak tahan lapar masa puasa ? weih, puasa confirm lapar, itulah kesyukuran. Tapi kesyukuran tuh bukan bermakna tak ambil makanan berkhasiat masa puasa. Kita kena kerja macam biasa bulan puasa, jadi mesti ada tenaga waktu pagi sampailah ke malam. Jadi jawapannya tentulah ESP SHAKLEE !!!

10 Bahaya Tahan Lapar

Diet itu bukan tahan lapar. Tetapi atur makanan mengikut keperluan dan ada jadual yang tertentu. Menahan lapar boleh bawa kesan buruk yang banyak untuk badan.

Ini 10 hal penting yang anda perlu tahu bahayanya diet menahan lapar,

1. Berlapar akan menyebabkan badan kehilangan vitamin-vitamin yang penting.

2. Mudah berlakunya rabun malam akibat kekurangan Vitamin A, Anemia yang menyebabkan sel darah merah berkurang dan beberapa simptom bahaya lain.

3. Berlapar juga menyebabkan masalah dehidrasi berlaku. Kulit mula kering secara berperingkat.
Buat para wanita yang diet tapi tahan lapar. Untuk jangka waktu panjang ia juga akan menyebabkan kitaran haid kalian tidak teratur.

4. Badan akan menyusut. Otot akan mengecil. Risiko untuk kerapuhan tulang amat tinggi. Atau kita panggil Osteoporosis.

5. Kerap letih juga antara kesan buruk menahan lapar Akibat tidak mendapat nutrien yang mencukupi.

6. Jantung juga akan menghadapi masalah akibat ketidakseimbangan sumber nutrien dalam badan. Silap hari bulan terkena penyakit jantung di awa usia.

7. Kesan jangka panjang lain adalah ia juga akan menyebabkan otak manusia tidak stabil. Mudah marah serta depresi yang tidak tentu arah.

8. Hormon juga jadi kacau bilau akibat stress yang ditanggung kerana menahan lapar.

9. Makanlah bila diet. Jangan ambil keputusan untuk kejar jarum penimbang dengan tahan lapar

10. Menahan lapar telah banyak membunuh manusia secara senyap. Walaupun dia asalnya untuk diet dan sihat. lapar itu sunnah ?

Kredit : Arif Sukri

Panduan makan malam yang sihat

1. Utamakan makanan seimbang mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia.

2. Hadkan pengambilan makanan bergoreng, berlemak dan berminyak.

3. Ketahui saiz hidangan makan malam seharusnya membekalkan anda 400 hingga 500 kalori.

4. Waktu makan malam paling sesuai 6.30 petang hingga 8.30 malam. Sekiranya berasa lapar dan tidur lewat, pilih buahan, roti, biskut atau susu suam sebagai snek.

5. Tidak digalakkan ambil makanan lewat malam.

6. Elak makan malam sambil menonton televisyen.

7. Elakkan teh atau kopi selepas makan malam kerana ia boleh mengakibatkan gangguan tidur.

8. Jika menghadiri jamuan makan malam, makan secara sederhana dengan saiz hidangan kecil, pilihan makanan sihat, utamakan buah-buahan dan air kosong. lapar itu sunnah ?

Talbis Iblis

Lebih baik couple tak payah nikah.

Tak payah tanggung nafkah tempat tinggal, nafkah makan, nafkah pakaian.

Tak payah keluarkan mahar sampai puluhan ribu, gelang emas.

Just berbekalkan mcD boleh dah touch, boleh berzina.

  • Lebih baik makan rasuah daripada bekerja 8 ke 12 jam jadi jaga.
  • Lebih baik jadi peragut kerja beberapa minit je dapat 4 angka daripada kerja halal sebulan baru dapat 4 angka.
  • Lebih baik tak solat daripada solat, lebih baik berjudi di kedai kopi tengok bola daripada solat.
  • Lebih baik tak payah puasa dapat makan, daripada puasa menahan lapar dahaga, takleh jimak pulak tu.
  • Lebih baik takyah keluarkan zakat dapat kumpul banyak lagi harta.

Ini semua talbis iblis.

Aku boleh senaraikan banyak kerja2 yang haram yang syaitan hiasinya nampak baik dan mudah daripada kerjakan yang halal.

Sebab itulah syurga neraka tu dicipta, dunia ni ujian. Dunia ni bangkai bagi mukmin dan syurga bagi puak kuffar.

Neraka dikelilingi apa yang nafsu suka, syurga dikelilingi apa yang nafsu benci.

Bak kata Dr Bilal Phillips, duit kau kerja kau spend untuk bayar sewa bulan2 Allah redha.

Duit yang kau spend untuk bayar loan riba bulan2 kau dah jemput laknat Allah ke atas kau.

Sewa rumah halal, beli tunai halal, loan riba rumah haram.

Bayar loan riba bulan2 tak menjamin rumah tu milik kau malah kena lelong lagi berpuluh2 tahun duk bayar interests je.

Berapa ramai bayar loan riba rumah tapi rumah tak dapat, segala fee, downpayment, installment lebur.

Kemiskinan Super Ring

Saya percaya bukan Najib sahaja yang berhak menikmati Super Ring, setiap rakyat Malaysia berhak menikmati Super Ring. Maksud saya sewaktu Najib belum masuk penjara, dah masuk tu kena tanya warden penjaralah.

Saya akan mulakan meletak pek-pek Super Ring di bilik saya dan di kementerian saya. Langkah ini walaupun nampak kecil tetapi besar maknanya.

Teringat saya kisah seorang budak yang tak mampu menikmati Super Ring, pada waktu itu rakan-rakannya yang lain menikmati Super Ring dengan lazatnya. Lapar dan perit sekali, hanya mampu menelan air liur, air masak pun dia tak mampu. Namun selepas susah, adanya kesenangan. Masuk sahaja waktu berbuka puasa, dia balun semua Super Ring yang ada di kampung tersebut, tidak dilupakan air masak.

Jika usaha meletakkan Super Ring ini berjaya, kita akan perluaskan program meletakkan Super Ring ke seluruh negara. Malah kita akan perkenalkan Super Ring tanpa kalori sesuai untuk pesakit kencing manis. Begitu juga dengan program Super Ring yak yak yeah, nasib individu nakal juga tidak dilupakan. Nakal bukanlah pilihan, jauhilah stigma, hidup Super Ring.

Kita akan gunakan segala aset-aset kerajaan, bon dan pinjaman, bagi mendanai program ini. Peruntukan khas akan dimasukkan dalam belanjawan tahun hadapan. Begitu juga dengan White Paper kementerian dan RMK seterusnya, Super Ring tidak akan dilupakan. Kita akan pastikan program sarapan percuma dilengkapi dengan Super Ring.

Saya tidak pernah lena tidur jika ada rakyat yang kelaparan Super Ring. Dulu, kini dan selamanya, Super Ring.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply