Ubat Sintetik Tiruan

makan ubat

Ubat Sintetik Tiruan. Setiap ubat yang dibuat oleh syarikat perubatan (BIG PHARMA) adalah dari jenis sintetik iaitu tiruan (bukan dari bahan semulajadi). Pfizer dan astrazeneca pun adalah syarikat perubatan (BIG PHARMA) juga. Bahan-bahan yang digunakan oleh mereka terdiri dari kimia dan racun yang amat merbahaya. Kalau kata ubat depa tu pun boleh mengakibatkan kesan sampingan yg amat bahaya saja tu maka hat yg lain tu kita boleh pikiaq sendiri sja la kan?

Ubat tersebut dicipta untuk menghilangkan kesan-kesan sampingan akibat sesuatu penyakit dan bukannya untuk menyembuhkan penyakit. Contohnya ialah ubat untuk penyakit kencing manis. Ubat kencing manis hanya akan mengurangkan tahap kencing manis tersebut dan bukannya menyembuhkan penyakit kencing manis. Sebab itu para pesakit terpaksa makan ubat untuk sepanjang hayat mereka.

Malah ubat kencing manis tersebut juga akan memberi kesan buruk sehingga mengakibatkan penyakit lain pula akan muncul. Begitulah seterusnya sehingga pesakit tersebut meninggal dunia.

Kesan Ubat Batuk Pada Otak

Pernah tengok tak kesan ambil ubat batuk pada otak? Masa kerja di Melbourne dulu saya pernah tengok. Takut saya jadinya bila tengok. Semenjak dari itu saya tak ambil lagi ubat batuk. Tak bagi lagi pada anak-anak. Jauhkan diri lagi ada la.

Kalau batuk saya cari alternatif lain. Cari ubat yang kesannya berbeza pada otak. Ubat tu tak bagi kesan menakutkan. Lama juga cari alternatif ni. Macam-macam Jurnal yang dibaca. Macam macam buku ditelaah. Macam macam orang ditanya. Akhirnya berjumpa juga.

Saya mula buat petua alternatif ini kalau anak anak batuk. Cara pun mudah. Jadi saya kongsikan di bawah ni. Caranya ialah:

  1. Ambil sebiji bawang Holland atau Bombay. Potong kepada dua bahagian. Guna satu bahagian sahaja.
  2. Leraikan ulas bawang tersebut.
  3. Campurkan madu satu atau dua sudu mengikut kadar yang kita mahu.
  4. Gaulkan biar rata.
  5. Tutup dan biarkan selama satu atau dua jam.
  6. Bawang tadi akan mengeluarkan jus yang secara otomatik bercampur dengan madu. Kalau cuaca panas akan jus akan keluar dengan lebih cepat berbanding cuaca sejuk.
  7. Ambil satu sudu dan minum. Rasanya macam ubat batuk. Tujuannya mengeluarkan kahak. Natijahnya tiada kesan buruk pada otak.

Yang bestnya petua ni boleh keluarkan kahak dengan mudah. Lega anak anak jadinya. Bolehlah cuba.

clomid ubat sintetik tiruan

Ubat-ubatan VS vitamin C

1. Omeprazole

Ada kajian yang menunjukkan orang yang sihat (belum ada apa2 penyakit) & orang yang ada jangkitan H. pylori (bakteria penyebab ulser perut) dan makan ubat yang bernama omeprazole selama 4 minggu mengalami masalah kekurangan vitamin C. Ini kerana omeprazole menghalang/mengurangkan penyerapan vitamin C.

2. Aspirin

Kajian pada tahun 1970 (lama gilaa) menemukan bahawa aspirin dalam dos yang tinggi contohnya diambil untuk sakit sendi mengurangkan paras vitamin C.

Kajian2 seterusnya mendapati pengambilan aspirin 600mg mengurangkan penyerapan vitamin C oleh sel darah putih yang merupakan sel imun untuk melawan kuman. Dalam erti kata lain, vitamin C mungkin membantu melindungi perut daripada kesan aspirin.

3. Pil perancang

Beberapa kajian mendapati paras vitamin C adalah lebih rendah & tekanan oksidatif adalah lebih tinggi dalam wanita yang ambil pil perancang. Pengambilan vitamin C mungkin mengurangkan kesan tekanan oksidatif pil perancang.

Sumber : Majalah Better Nutrition Oct,2020. #infovitaminC kredit : Dr Fyda Noh

Bahaya Ubat Tiroid Dalam Teh Kurus

“Doktor, saya sakit dada, rasa jantung laju, lepas tu jalan sikit je dah penat” Lelaki berusia awal 30an itu adalah pesakit kedua saya hari ini. Dirujuk dari klinik swasta selepas didapati jantungnya laju dan tidak sekata. Tiada masalah kesihatan lain sebelum ini.

Katanya, dah seminggu begini. Tidak merokok, tidak menggunakan vape, tiada juga sejarah penyakit jantung pada usia muda dalam keluarganya. Bila disoal lebih lanjut, dia kata nak kuruskan badan. Badannya tidak lah besar mana. BMI lingkungan 28.

Rupanya dia ada ambil teh untuk kuruskan badan. Beberapa hari sebelum dia rasa semua benda ni. Ditanya penjual, dikatakan proses detox memang rasa sebegitu. Tak tahan dengan keadaan sebegini, dia datang jumpa doktor.

ECGnya tidak normal. Ada atrial fibrillation (ritma elektrik jantung tidak normal). Nadinya sekejap 75 sekejap 120 per minit. Mujur tiada tanda-tanda serangan jantung.

Bila buat ujian darah, hormon tiroidnya tinggi dari julat normal.

Saya cuma geleng kepala. Dah agak dah. “Encik, banyak kali kita jumpa orang yang minum teh kurus jadi begini. Ada penjual tak bertanggungjawab yang campur teh mereka dengan ubat tiroid.”

Ubat tiroid (thyroxine) akan meningkatkan hormon tiroid dalam badan. Akibatnya, metabolisma badan meningkat, berat memang akan turun. Namun, ia akan menyebabkan jantung laju, cirit birit dan rasa panas.

Kesan jangka panjang, jantung akan bengkak. Akhirnya akan kena kegagalan jantung. Tapi, ada yang tak sempat bengkak jantungnya, dah mati kena serangan jantung akibat ritma jantung tak sekata.

“Berhenti lah teh itu encik. Ini bukan cara selamat untuk kurus”, nasihat saya padanya. Dia tunduk saja. Menyesal. Sebab dah berkotak dibeli, hanya untuk dibazirkan di rumah.

“Kalau encik nak kurus, ada cara yang selamat. Selain senaman dan penjagaan diet, kita pun ada ubat untuk bantu kurangkan berat encik. Cumanya, encik pun kena ada motivasi dan patuh pada pemantauan doktor.”

Proses menurunkan berat badan tiada jalan pintas. Kalau ada jalan pintas, ia juga adalah jalan pintas ke kubur.

Dan jika anda dah bersenam dan jaga pemakanan, tapi berat anda masih lagi tidak turun, dapatkan nasihat doktor. Ada ubat dan rawatan lain boleh diberikan. Terutamanya, bagi yang ada masalah sakit kronik.

Yang penting, jumpa doktor. Bukan minum teh entah apa-apa. kredit : Dr Amirul Amzar

Risiko Pembelian Ubat Secara ONLINE

Pengumuman ini dibuat khas kepada netizen yang suka membeli ubat secara dalam talian. KKM meneruskan aktiviti kesedaran berkenaan Waspada Pembelian Ubat Dalam Talian dengan tagline baru #biarbetuliklanni!. Tagline ini dipilih bertujuan untuk mendidik pembeli agar tidak mudah mempercayai iklan ubat di dalam Internet.

Jika anda menjumpai iklan yang mencurigakan di laman sosial, tinggalkan di ruangan komen #biarbetuliklanni!. Usaha yang kecil ini secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan berwaspada kepada netizen lain supaya tidak terus percaya iklan ubat tersebut.

Berikut dikongsikan juga risiko-risiko yang mungkin diperolehi oleh mereka yang suka membeli ubat secara dalam talian. Dapatkan nasihat daripada ahli farmasi, ‘Rakan Ubat Anda’, sebelum membeli sebarang ubat dan produk kesihatan. Pastikan semak sebelum klik! Nak selamat belilah vitamin dari kami.ubat sintetik tiruan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply